Selasa, 13 Mac 2012



ROSEY Yunus (dua kiri) ketika mengikuti rombongan Datin Hajah Fatimah Abdul di Majlis Pertandingan Kek Lapisan Sarawak Bercorak di Miri.

ROSEY tidak faham tawaran Mawan kepada Geng 5

MENTERI Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus menjadi  tanya terhadap apa motif dan tujuan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom menyatakan pintu SPDP terbuka untuk G5.

Katanya, tawaran Tan Sri Mawan yang bertajuk “Pintu SPDP terbuka untuk G5” yang disiarkan di akhbar Utusan Sarawak pada 11 Mac kelmarin amat menimbulkan satu tanda tanya terhadap diri sendiri bersama empat lagi rakan sepejuang membela nasib rakyat.

“Pintu SPDP terbuka untuk G5? Apa maksudnya dengan tawaran itu, tawaran yang sukar dipahamkan? Ingin kami G5 yang dilucut oleh Presiden SPDP untuk kembali ke SPDP?

“Ikhlaskah tawaran itu? Seikhlas mana tawaran itu apabila pernah beberapa bulan lepas pernah Presiden SPDP sendiri mengeluarkan kenyataan pintu SPDP tertutup untuk G5 dan semua mesyuarat Bahagian SPDP menyaran kami G5 dibuang dari SPDP,” jelasnya ketika dihubungi.

Rosey Yunus yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu menambah, kami dikeluarkan sebelum kami sempat untuk menjawap pertuduhan dan mereka (SPDP) tubuhkan komiti disiplin terhadap kami G5.

Dan kelmarin, Tan Sri Mawan juga menyatakan “Door still open” di New Sarawak Tribune, tetapi yang paling jelas bahawa buat masa ini tidak perlulah G5 menjadi agenda mesyuarat lagi.

“Janganlah….. cukuplah sudah….., kita (G5) sudah berpisah dengan SPDP…. janganlah lagi SPDP masih mahu mengintai-intai apa yang kami lakukan, kami akan buat dan berkhidmat terus sepenuhnya kepada masyarakat di lima kawasan kami.

“Selain itu, seperkara penting ialah tidak ada wujudnya lagi perkataan SPDP5 sebab G5 ini ialah terdiri daripada saya sendiri,  Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Estet dan Perkhidmatan Komuniti Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda Kemudahan Awam dan Pertanian Datuk Sylvester Entri Muran, ADUN Batu Danau (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Miri) Paulus Gumbang dan Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe,” ujarnya lagi.

TERIMA KASIH…. Ahmad Lai Bujang menyampaikan seunit Komputer Riba 1Malaysia kepada Magdeline Simunjan sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus dan Jonathan Anthony Hajon pada petang tadi.

AHMAD LAI : JANGAN TERTARIK DENGAN 
PEMBERIAN DARIPADA PEMBANGKANG

MASYARAKAT  luar bandar dinasihati tidak tertarik dengan setiap pemberian yang agihkan oleh pihak pembangkang yang hanya muncul seketika terutamanya setiap kali menjelangnya pilihan raya.

Pemberian yang lebih besar lagi berterusan dengan menyalurkan pelbagai kemudahan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat adalah hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja pada masa ini, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemui Utusan Sarawak pada majlis perasmian Penyampaian Komputer Ribu 1Malaysia di Dewan Masyarakat Bekenu petang tadi.

Katanya, lihatlah pada hari ini melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekali lagi mengagihkan Komputer Riba 1Malaysia kepada rakyat kawasan Parlimen P.218 Sibuti untuk Fasa Kedua ini kali ini.

“Pengagihan komputer riba 1Malaysia untuk Fasa Kedua di Parlimen Sibuti ini telah diagihkan sebanyak 1,300 unit daripada SKMM dan hari ini seramai 250 rakyat melalui pelbagai persatuan, pertubuhan dan jawatankuasa keselamatan kemajuan kampung (JKKK)telah menerimanya.

“Sebihnya akan diagihkan kepada pelajar di empat sekolah menengah iaitu sejumlah 437 unit untuk SMK Bekenu, SMK Luar Bandar Miri, SMK Suai dan SMK Subis masing-masing diagihkan sebanyak 436 unit,” jelasnya.

Tambahnya, masyarakat yang menerima bantuan komputer riba 1Malaysia ini ditegas agar mereka tidak salah guna terhadap bantuan daripada kerajaan, sebaliknya gunakanlah untuk mencari peluang kemajuan diri dan sampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat luar dari kawasan masing-masing.

Sementara itu, para pelajar yang menerima bantuan ini juga dinasihati agar tidak menggunakan ia sebagai alat memburuk-burukkan kerajaan, gunakanlah untuk mencari ilmu pengetahuan dan cari peluang dalam memajukan diri melalui sesawang dengan kepelbagaian yang boleh diperolehi ketika melayar sesawang tidak sempadan dunia lagi, ujarnya.

Turut hadir pada masjlis ini ialah Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus, Penolong Pengarah SKMM Miri Jonathan Anthony Hajon, Kaunselor George Thien, Kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua masyarakat di Sibuti.
TERIMA KASEH… Rosey Yunus menyampaikan sumbangan RM3,000 yang disambut oleh Pengerusi  Majlis Kutipan Dana Tr. Ayai Sawing sambil diperhatikan oleh Ahmad Lai Bujang. 

ROSEY : SERAPKAN ANAK-ANAK DENGAN 
KEKUATAN AGAMA

DIDIK anak-anak dengan kekuatan agama dan jati diri supaya mereka tidak mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak baik, kata Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Peluarga Rosey Yunus.

Katanya, walaupun negara kita dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara namun masyarakat kita adalah bebas untuk menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing kerana ia juga turut menyumbang ke arah pembangunan negara.

“Apa yang penting kepada ibubapa ialah perlu menitik berat terhadap agama masing-masing yang harus diserapkan ke minda anak ketika usia kecil supaya  mereka tidak mudah terjejak dengan kegiatan tidak baik yang boleh memusnahkan masa depan mereka.

“Setiap aktiviti sihat melalui agama masing-masing bahawa kerajaan tidak berpilih kaseh untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan, ini kerana kerajaan sangat peka terhadap pembangunan kepada masyarakat dan negara,” jelasnya.

Sementera itu, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata di majlis itu, kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat peka dengan keperluan setiap pertubuhan dan badan sosial (kelab) kawasan ini untuk menghulurkan bantuan dalam memberi pembangunan lebih menjaminkan masa depan mereka.
Oleh itu, kepada mana-mana pertubuhan dan badan sosial (kelab) mohonlah peruntukkan untuk meneruskan kegiatan sosial yang boleh membawa kebaikkan kepada semua malahan kepada negara, tambahnya.

Pada majlis tersebut, Rosey Yunus dan Ahmad Lai Bujang masing-masing menyumbangkan RM3,000 kepada Tabung Kutipan Dana Gereja (BEM)SIB Sunggai Saeh Niah untuk melancarkan kegiatan aktiviti yang telah dirancangkan oleh masyarakat Kristian di Zon Saeh.

Turut hadir pada majlis Perasmian Majlis Makan Malam Kutipan Dana Gereja (BEM) SIB Sungai Saeh Niah ini ialah Pengerusi Majlis Kutipan Dana Tr. Ayai Sawing, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Kaunselor George Thien dan Pengerusi Pembangunan Zon Saeh Epat Bakar dan ketua-ketua masyarakat setempat.



FUTSAL BADAMI 2012…. Kaunselor Sulaiman Ahmad (tiga kanan) bersama ahli jawatankuasa BADAMI selepas bermesyuarat pertama di Bekenu. 

(Bola Sepak)
BADAMI ANJUR KEJOHANAN BOLASEPAK TERTUTUP

PERSATUAN Bakong Daliek Miri (BADAMI) SARAWAK mengalukan ahli dan suku kaum BADAMI sertai Kejohanan Futsal Tertutup BADAMI yang akan berlangsung  di Gelanggang Terbuka Majlis Daerah Subis (MDS)Bekenu pada 17 dan 18 Mac depan.

Pengerusi BADAMI Kaunselor Sulaiman Ahmad ketika ditemui Utusan Sarawak di Masyuarat Pertama 2012 hari ini berkata, tujuan penganjuran kejohanan ini ialah memupuk semangat kesukanan dikalangan ahli dan suku kaum BADAMI yang juga merupakan suku kaum minoriti di Sarawak.

Kejohanan ini juga diharap dapat menjadi satu medium untuk mengeratkan silaturahim  dan persaudaraan antara peserta sekali gus dapat menarik minat ahli baru dari kalangan suku kaum Bakong Daliek Miri menyertai Persatuan BADAMI,jelasnya.

Sementara itu, mengenai Kejohanan Futsal BADAMI ini adalah sangat dialu-alukan sertai, untuk mendapat keterangan lanjut dan borang penyertaan futsal boleh menghubungi Abdul Karem Joni  ditalian 019-4873395, Arbini Salleh (013-8491498)dan Ahmad Yajis Jariee (019-8574016).

Yuran untuk kejohanan ini ialah RM30 dan tarikh tutup penyertaan pada 16 Mac jam 3 petang. Cabutan undi perlawanan jam 3.30 petang di hari yang sama di Kedai Minum Mas Corner Bekenu.

Kejohanan ini terbahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita. Hadiah bagi ketegori lelaki johan akan menerima wang tunai RM250 dan pingat, kedua (RM200, pingat) dan ketiga (RM150, pingat). Wanita johannya menerima wang tunia RM150 dan pingat, kedua (RM100, pingat) dan ketiga (RM80, pingat).



ALBUM… Sambil Tingal (bertopi tengah) bersama rombongan merakamkan kenangan bersama pasukan johan, naib johan, ketiga dan ketempat selepas majlis penyampaian hadiah. 

(Bola Sepak)
Sepupok United Juara Piala Belia Sepupok 2012

PASUKAN Sepupok United menang tipis 1-0 ke atas Paderan FC pada perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah anjuran Belia Sepupok 2012 pada petang semalam.

Sepupok United  yang bergelar juara pada kejohanan ini telah menerima hadian RM500 bersama piala dan pingat yang disampaikan oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir Ripin Lamat iaitu Ketua Pemuda PBB Bekenu Sambli Tinggal.

Naib johan Paderan FC yang akur dengan kehebatan juara itu telah menerima hadiah wang tunai RM300 bersama piala dan pingat.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan PPST (Tanjung Melipat/Batu Niah) dengan menerima hadiah wang tunai RM200 bersama piala dan Pingat, tempat keempat pasukan Sungai Trus FC menerima hadiah berupa pingat sahaja.

Pada majlis penutupan kejohanan ini Sambli Tinggal yang mewakili ADUN Lambir berkata, kejohanan seumpama ini haruslah diadakan kerap kali untuk mendekatkan para belia setempat dengan masyarakat luar yang bertandang menyertai pertandingan tersebut.

Katanya, pertandingan ini juga sangat baik dan dari pertandingan sedemikian dapatlah pihak penganjuran menyerapkan beberapa pemain yang berbakat untuk pasukan daerah ke mana-mana kejohanan bola sepak di bahagian Miri.

Aktiviti sosial bersukan ini amat baik diadakan di Sepupok ini kerana boleh memeriahkan suasana sunyi menjadi satu pekan kecil boleh menarik minat ramai pengunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu, jelasnya.

Selain daripada itu, ia juga dapat mempereratkan lagi perhubungan kerjasama para belia bersama pihak kerajaan terutamanya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)supaya BN lebih kukuh dan menjaminkan masa depan para belia di kawasan luar bandar.

Kejohanan ini turut menarik minat seramai 33 pasukan yang kebanyakkannya dari kawasan luar Sepupok Niah. Turut hadir ialah Ketua Pemuda Ranting Kampung Angus Bekenu, Pengerusi Pembangunan Zon Saeh Epat Bakar dan ahli-ahli komponen Barisan Nasional.

ALBUM…. Adam Abdul Malik (dua kiri) merakam kenangan bersama Rosey Yunus dan jawatankuasa penganjuran Pesta Bekenu baru-baru ini.

Pasukan Brunei dialukan turut serta KKFM

KARNIVAL Kejohanan Futsal Miri (KKFM) 2012 anjuran ANTBIZ NETWORK mengalukan penyertaan beberapa pasukan dari negara Brunei Darussalam untuk merentap bersama pasukan tempatan yang akan berlangsung pada 22 hingga 25 Mac depan.

Pengerusi penganjuran KKFM 2012 (ANTBIZ NETWORK) Adam Abdul Malik ketika ditemui satu mesyuarat ringkas di Majlis Daerah Subis (MDS) baru-baru ini berkata, kejohanan buat julung kali diadakan ini sangat berharap pasukan dari Brunei akan menyertainya.

Katanya, pengelibatan pasukan dari Brunei ini adalah sebagai satu semangat kemasyarakatan berjiran dalam memupuk semangat perpaduan persaudaraan kalangan masyarakat utara Sarawak dengan negara jiran.

Selain daripada itu, ia untuk pasukan tempatan seperti Miri, Limbang, Lawas, Baram, Bekenu, Batu Niah dan Bintulu dalam mengcungkil bakat dalam pertandingan futsal dan mencuri cara gaya permainan pasukan Brunei yang handalan itu.

“Kejohanan ini diadakan bukan semata-mata untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan tetapi untuk tujuan memenangi pertalian erat persaudaran lebih penting,” jelasnya.

Penganjuran ini juga turut melibatkan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Vikings Sports Management (Vikings Futsal Malaysia) dengan menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM5,000 bersama piala dan pingat.

Kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh dapatkan borang dan syaratnya daripada Pengerusi Penganjuran Adam Abdul Malik di talian 016-5252569, Fadilah Ibrahim (013-8137598) dan Lee Joon Siong (City Sport Miri/012-8041199).

Borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada pihak penganjuran pada 21 Mac untuk membuat persiapan jadual perlawanan. Semua perlawanan akan diadakan di Stadium Tertutup Miri.

Selain daripada itu, pihak pengajur juga menyediakan cabutan bertuah kepada pasukan dan orang ramai yang menyertai kejohanan ini bagi memeriahkan sambutan Karnival Kejohanan Futsal Miri 2012 ini.

Kejohanan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dengan yuran penyertaan RM150 sepasukan dan wanita (RM100/sepasukan)

Hadian kategori lelaki, johan akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,500 bersama piala dan pingat, kedua (RM1,000 bersama piala dan pingat) dan ketiga (RM500 piala dan pingat)

Hadian kategori wanita, johan akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM300 bersama piala dan pingat, tempat kedua  (RM200 bersama piala dan pingat) dan tempat ketiga menerima piala dan pingat sahaja.