Selasa, 15 Disember 2009

KEANGAN…Angeh Erisen (berdiri tiga kanan) bersama AJPnya dan pegawai PPK Serian merakamkan kenangan di Projek Agromart Bekenu.

PPK Serian lawat Projek PPK Bintulu, Subis dan Jabatan Pertanian Sibu.

UTUSAN SUBIS (15/12/2009)- Pembenihan Kelapa Matag yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Serian (Kuching) berjalan lancar dan mendapat permintaan daripada jabatan-jabatan pertanian di seluruh Sarawak.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan Serian (Kuching) Angah Erisen ketika ditemui dalam lawatan ke PPK Subis Miri hari ini berkata, kini PPK Serian sedang bergiat dalam pengusahaan pembenihan Kelapa Matag dan tanaman sayuran dalam jaring.

Katanya, Projek Kelapa Matag di Pertubuhan kami telah mencecah 2000 pokok, cara menghasilkan benih yang bermutu tinggi adalah dengan cara penyemburan debunga ke atas mayang-mayang kelapa yang baru keluar.

“Hasilnya, iaitu benih Kelapa Matag ini dijual dengan harga RM15 sebiji dan kini telah pun diagihkan ke Jabatan Pertanian Samarahan dan Semongok di Kuching”.

“Sepokok kelapa yang matang menghasilan sekurang-kurangnya 20 biji dan bayangkan sebanyak 2000 pokok kelapa ini semuanya mengeluarkan hasil, maka itulah hasil pulangan yang diperolehi oleh PPK Serian“, jelasnya.

Projek sayuran jaring pula kita telah memberi kepada 20 kontraktor untuk menjalankan projek ini iaitu setiap kontraktor hanya diberi 2 jaring dan hasil sayuran ini dijual di sekitar pekan Serian, tambanya.

Tujuan lawatan AJP PPK Serian dan pegawainya ialah untuk melihat projek-projek yang dijalankan oleh PPK Bintulu, Subis (Miri) dan Jabatan Pertanian Sibu telah bermula pada 13 hingga 17 Disember ini.

Pada lawatan di PPK Subis, kita telah melawat pusat pembelian tandan segar kelapa sawit di Suai/Niah, projek Agromart di Bekenu, tapak semaian kelapa sawit, sayuran dalam jaring dan tapak penanaman Betik Subis di Kabuloh.