Isnin, 25 Mei 2009

APA KHABAR…. Ahmad Lai (depan) bersalam-salaman dengan para ibu tunggal yang hadir pada Majlis Hari Ibu anjuran PBB N.61 Bekenu.

Oleh : Adum Liu
25 Mei 2009

Ahmad Lai - Beri Kasih Sayang Kepada Ibu

UTUSAN SUBIS (BEKENU – 24/05/2009) – Golongan kanak-kanak dan remaja harus sentiasa memberi kasih sayang yang mendalam terhadap orang tua mereka terutamanya kepada seorang ibu, kerana ibu amat penting dalam membentuk sesebuah keluarga yang berjaya pada masa depan.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Haji Ahmad Lai Bujang ketika berucap pada Majlis Hari Ibu anjuran Wanita PBB N.61 Bekenu di sini petang semalam.

Katanya, kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya adalah sangant tinggi nilainya kerana ibu sentiasa memberi penjagaan secukupnya sejak anak-anak dilahir hingga dewasa.

“Ibu juga tidak setakat itu menjaga kita mala setelah kita berumahtangga juga mereka sentiasa memberi perhatian ini kerana ibu ingin melihat anak-anak lebih bahagia dan berjaya.

Oleh demikian, generasi moden masa sekarang tidak harus melupakan peranan seorang ibu yang telah banyak mendidik kita sejak kecil, maka kita sebagai anak mereka yang telah dewasa ini dan berjaya cuba sedaya upaya untuk membalas jasa budi pengorbanan ibu terhadap kita”, tambahnya lagi.

Beliau juga menyeru setiap lapisan masyarakat di sini supaya terus bersatu dan kerjasama kepada kerajaan, kerana hanya melalui kerajaan masyarakat kita kini mampu mendapat pembangunan yang berterusan di kawasan masing-masing.

Haji Ahmad Lai juga turut menyampaikan sumbangan kepada para ibu tunggal yang turut menyertai Majlis Hari Ibu.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan N.61 Bekenu, Rosey Yunus, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ripin Lamat, Kaunselor Jamali Basri dan Kaunselor Annuar.