Ahad, 10 Mei 2009

TERUK...Asap tebal di kawasan hostel ILP Miri (gambar atas) dan kawasan perumahan Tudan akibat kebakaran terbuka petang tadi.

Oleh : Adum Liu
10 Mei 2009

Pembakaran terbuka jejas kesihatan dan bahaya

UTUSAN SUBIS (Miri-10/5/2009) - Pembakaran terbuka di sekitar kawasan Tudan/Senadin sejak beberapa hari lalu telah menjejaskan kesihatan penduduk dan pelatih di Institut Latihan Perindustrian (ILP-Miri) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN-Miri) serta warga Universiti Curtin.

Tinjauan Utusan Subis petang tadi di kawasan Tudan/Senadin mendapati memang menyedihkan kerana orang ramai di sini terpaksa menghadapi asap tebal yang semakin menjadi-jadi dan sukar dikawal oleh pihak Bomba setakat ini.

Keadaan sedemikian juga membahayakan kepada pengguna jalan raya semasa melimpasi kawasan jalan berasap tebal yang sukar melihat jalan raya dan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

BAHAYA...Asap tebal dekat kawasan jalan-jalan di Tudan/Senadin/ILP-Miri petang tadi.

Seorang pelatih ILP yang enggan nama disiarkan memberitahu bahawa asap ini telah menimbulkan ramai rakannya demam, sakit mata dan pada waktu malam terdapat juga rakannya sesak nafas dan tidak tahan mencium bau asap.

Faktor keadaan cuaca agak panas sebelah petang juga merupakan satu punca menjadikan kebakaran besar dan asap tebal ini terus merebak ke kawasan lain.