Rabu, 18 Mei 2011

MEGAH INDAH… Permandangan Batu Niah Food Court yang indah dengan latar belakang bukit tinggi menjadi tarik utama kepada orang ramai.

'Mari makan, suka hati bayar'

"BNFC iktiraf jasa warga tua"

ADA ubi ada batas, ada budi ada balas demikian ungkapan tepat untuk Batu Niah Food Court (BNFC) yang terkenal dengan gerai ‘Aram Makai - Peneka Ati Mayar’ yang menjalankan aktiviti perniagaan secara semangat perpaduan dan kemasyarakatan.

Utusan Sibuti yang sempat menemu bual pengusaha Batu Niah Food Court Kaunselor George Thien Chin Sen baru-baru ini mendapati sangat jarang ada pengusahan gerai makan menjalankan perniagaan yang sedemikian.

JOM MAKAN… Kakitangan Batu Niah Food Court yang membuat persedian hidangan di gerai ‘Aram Makai – Peneka Ati Mayar.

Gerai ‘Aram Makai - Peneka Ati Mayar’ yang bermaksud ‘mari makan – suka hati bayaran’ adalah hanya satu satunya yang terdapat di sempadan Dewan Undangan Negeri N.60 Kemena dan N.61 Bekenu iaitu di simpang Batu Niah.

Namun gerai ini hanya beroperasi setiap Jumaat, Sabtu, Ahad dan hari cuti umum sahaja yang terhad untuk warga tua berusia 65 tahun ke atas.

Kaunselor George Thein, dalam dunia perniagaan harus pandai mencari rezeki halal, maka keuntungan rezeki halal juga harus dikongsi bersama dan secara membuka gerai ‘Aram Makai – Peneka Ati Mayar’ ada yang terbaik membalas jasa masyarakat di sini.

“Lain orang lain cara… hidup bercampuran gaul dengan setiap lapisan masyarakat adalah penting dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

“Berkawan biar ramai, berlawan jangan sekali… inilah prinsip perniagaan yang diamalkan oleh Batu Niah Food Court yang ditubuhkan sejak tahun 2009”, jelasnya.

Sajian yang disediakan oleh Batu Niah Food Court ini pelbagai hidangan yang bersesuaian dengan warga tua dan setiap sajian makanan adalah diberi percuma minuman segar berupa air teh.

Selain daripada itu, perolehan keuntungan melalui pelbagai urusan perniagaan di Batu Niah Food Court di sini, ia juga secara tidak langsung sering mengadakan aktiviti sosial kemasyarakatan.

Aktiviti sosial kemasyarakatan yang sentiasa diadakan ialah setiap kali menjelang sambutan bulan puasa bagi umat Islam bahawa Batu Niah Food Court ini menyediakan pelbagai bantuan, sumbangan, sedekah kepada warga tua dan anak-anak yatim. Begitu juga pada setiap sambutan Tahun Baru Cina,

Gawai Dayak dan Krismas. Baru-baru ini juga bahawa Batu Niah Food Court ini telah menghulurkan bantuan makanan kecemasan kepada mangsa banjir di rumah-rumah panjang kawasan DUN Kemena dan Bekenu.

Batu Niah Food Court ini bukan hanya menjalankan perniagaan di gerai ‘Aram Makan – Peneka Ati Mayar’, ia juga mempunyai mini market barang keperluan harian, kedai makan halal, restauran masakan Cina dan kedai telepon bimbit serta barangan lama bernilai tinggi di mana ia mempunyai hampir 100 warga kerja di bidang masing-masing.

PENGINAPAN… Salah sebuah blok TTL Motel yang cantik dan mewah serta harga berpatutan.

Antara perniagaan lain yang diusahakan oleh Batu Niah Food Court ialah tiga blok TTL Motel sewa yang mewah yang berpatutan harga bagi memberi kemudahan orang luar.

NAFAS PERTAMA… Mibin Jaya Filling Station yang membawa perubahan kepada persekitar Batu Niah Food Court.

Jika ada perayaan pasti motel yang mempunyai 43 bilik itu akan penuh ditempah orang luar untuk beristirehat dengan tenang di sini.

SELAMAT DATANG… Kakitangan Mibin Jaya Filling Station yang sentiasa mesra menanti kehadiran pelanggan.

Sebelum Batu Niah Food Court ini ditubuhkan bahawa perniagaan pertama di sini ialah berurusan jualan petrol harian iaitu Mibin Jaya Filling Station yang beroperasi sejak pada Disember 1996.

PELANGGAN TETAP…. Sekumpulan remaja yang sering datang berehat sambil nikmati minuman segar di Batu Niah Food Court.

BARANGAN LAMA…. Salah sebuah kedai barangan antek yang terdapat di Batu Niah Food Court yang sering mendapat kunjungan orang ramai.