Selasa, 30 Mac 2010

JEGOKAN... Dato Shalan Ismail (berdiri kiri) bersama rombongan buat tinjauan ke SK Rancangan Skim Sepupok (Niah) bagi mendekatkan lagi maklumtan yang terperinci ke kawasan luar bandar di Parlimen Sibuti pada 29 Mac lepas.


TIADA NOKTAH PELAJARAN KITA


UTUSAN SIBUTI - Tidak ada tanda noktah kepada pembelajaran persekolahan di Malaysia untuk sampai bila-bila masa, malahan pada zaman kemodenan teknologi dunia kian memerangsang telah menuntut kita untuk rebut peluang yang ada di persekitaran kita.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dato’ Shalan Ismail dalam kerja Tinjauan Mesra di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Skim Sepupok semalam menekan keras supaya anak-anak sekolah luar bandar harus punyai penguasaan Bahasa Inggeris (BI) yang mendalam.


Katanya, zaman yang semakin moden disusuli pelbagai kecanggihan teknologi dunia pada masa ini harus dipahamkan bahawa terdapat ruangan untuk merebut pelbagai peluang yang ada, maka kemahiran dalam BI harus ditanam pada anak-anak di bangkul sekolah rendah.


Dalam memajukan pelajaran kalangan anak-anak masyarakat luar bandar yang utama ialah struktur alam persekitaran sekolah harus mempunyai kelengkapan bagi memberi keselesaan pada sesi pembelajaran dan pengajaran di kalangan guru-guru, tambahnya.


“Keadaan dalam mendidik pelajar adalah tidak asing bagi saya, kerana saya juga merupakan seorang guru suatu masa dulu, memang benar persekitaran sekolah harus mempunyai pelbagai kemudahan”.


“Jika struktur sekolah, kelas, bilik guru dan asrama pelajar serta kemudahan asas bekalan air bersih serta elektrik seperti di bandar pasti anak-anak dan guru-guru kita terasa selesa aman selamat mengejar tuntutan kemahuan dunia dalam arus teknologi moden sekarang”, jelasnya.


Katanya, SK Rancangan Skim Sepupuk (Niah) ini yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk rumah-rumah panjang pada tahun 1976 sudah ada tanda kedaifan yang harus diperbaharui dan permohonan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan penduduk di sini akan dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.


PIBG juga harus memberi kerjasama yang komited dan sangat diperlukan untuk menitik berat atas keselamatan dan kesihatan serta kemajuan anak-anak sekolah.


“Rasa terkejut dengan berita bahawa kolam di SK Rancangan Skim Sepupuk ada buaya sesat dan tindakan pantas penduduk di sini telah menyelamatkan anak-anak kita, syabas kepada penduduk rumah panjang”.


“Saya juga bersimpati dengan pelajar luar bandar yang begitu tabah hati menimba ilmu dalam keadaan yang serba kekurangan, di mana mereka di sini terpaksa mandi di kolam yang penuh lumpur dan terdapat juga pelajar di sini terpaksa mandi air sungai yang masin”, jelasnya.


Penderitaan murid di sini akhirnya mendapat maklum balas dan kementerian akan laksanakan Projek Bekalan Air Bersih di SK Rancangan Sepupok dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Jika tiada sebarang masalah dan halangan, projek ini dijangka akan dilaksanakan melalui NKRA pada 2011 kelak.

ALBUM sekitar lawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia Dato Shalan Ismail bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (BEKENU) Rosey Yunus dan Wakil Ahli ParlimenP.218 Sibuti Nazri Ahmad Lai.

Tarikh : 29 Mac 2010
Lokasi Lawatan : Rh Panjang Selan Skim Rancangan Sepupok/Niah, SK Rancangan Skim Sepupok, Kampung Merlipat Batu Niah, Kampung Lajung Kuala Niah.
Lawatan Kerja : Tinjauan Mesra

BERSATU KITA TEGUH BECERAI KITA ROBOH... begini lah yang diceritakan oleh Dato Shalan Ismail kepada penduduk Rumah Panjang Kauselor Tuai Rumah Selan di Rancangan Skim Sepupok pada 29 Mac 2010.

ANAK HARAP NEGARA... Dato Shalan Ismail mendapat salaman daripada pelajar SK Rancangan Skim Sepupok ketika mengadakan lawatannya ke kawasan Rancangan Skim Sepupok pada 29 Mac 2010.

SALAM RAKYAT SARAWAK UNTUK BAWA KEPADA PERDANA MENTERI...Dato Shalan Ismail mendapat salaman daripada ibu-ibu pelajar SK Rancangan Skim Sepupok ketika mengadakan lawatannya ke kawasan Rancangan Skim Sepupok pada 29 Mac 2010.


SERBU TANYA KHABAR...Dato Shalan Ismail mendapat sambutan luar dugaan kerana pertama dali datang ke Rumah Panjang Kauselor Tuai Rumah Selan, Rosey Yunus (baju biru) turut mendapat salaman pembangunan di sini.

POTERT KENANGAN TATAPAN PERDANA MENTERI sebagai tanda ingat-ingat lah rakyat di sini dan diharapkan akan disampaikan oleh Dato Shalan Ismail kembalinya ke Pejabat Perdana Menteri kelak.
PERLU DIBANTU…Ahmad Lai (berdiri) berusaha membantu Nyanau dan Asia untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.


NYANAU : Mohon KP percuma untuk OKU


UTUSAN SIBUTI – Seorang belia yang membuta selama 21 tahun hari ini mendapat perhatian serius oleh Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang kebetulan terserempak ketika beliau dalam lawatan kerja di Pekan Bekenu.


Nyanau Unyat, 33, berasal dari Rh Libau Batu Niah yang dibawa sendiri oleh Ahmad Lai ke Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rayat P.218 Sibuti bekata, beliau sangat terperanjat kerana kesungguhan wakil rakyat dalam membantunya.


Nyanau Unya... mohon kad pengenalan percuma


“Pada 26 April depan adalah genap saya membuta sejak di bangku sekolah dalam darjah lima ketika itu berusia 12 tahun, zaman kanak-kanak duhulu saya sangat gembira dapat bermain dengan kawan-kawan dan melihat keindahan bumi tuhan”.


“Sekarang hampir 21 tahun tidak melihat alam tuhan, saya rasa saya sudah hilang dan hancur segala harapan, saya sangat kesian dengan ibu saya keseorangan tanpa bantuan dan kami dua sajak tinggal serumah… gelisah sangat gelisah”, luahannya yang kelihatan hampir menangis.


Katanya, dengan hati yang kuat sekarang saya ingin mendapat bantuan daripada mana-mana pihak kerajaan atau egensi tertentu sudi membantu saya dan ibu yang semakin tua.


Hari ini saya bernasib baik terserempak dengan kemurahan hati seorang wakil rakyat yang datang sendiri jumpa saya dan beliau sangat serius ingin membantu saya, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, jelasnya dalam kegembiraan.


Sia Ajiah..bantulah kami beranak


Sia Ajiah (Ibu Nyanau), 52, yang turut bersamanya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 berkata, memang tidak disangkakan Nyanau ketika berusia 12 tahun terkena penyakit gemoluh di muka dan melarat ke mata menjadikan dia buta.


“Kami dua beranak hidup sebar kekurangan yang hanya berngatung kepada hasil kebun sawit yang kecil hasil peninggalan Unyat Ninkan (bapa Nyanau), memang perit kehidupan kami dua”.


“Belasan tahun dulu saya amat kesulitan untuk bekerja mencari rezeki kami dua kerana risaukan Nyanau, tetapi sekarng saya agak senang keluar ke kebun cari rezeki hidup dan dia pula sudah tahu erti hidup dalam kebutaan, dia sudah pakai masak menyediakan makanan bila saya balik dari kebun”, jelasnya

.

Dengan harapan kami dua beranak agar mana-mana pihak yang terbaca berita ini sila bantu kami dalam apa juga pertolongan kami akan terima dengan hati yang kegembiraan. Terima kasih juga kepada Ahli Parlimen Sibuti yang begitu keprihatinannya menyelami erti kepritan rakyat.


Ahmad Lai, saya telah mengarah kakitangan pejabat ini untuk membantu Nyanau memohon Kad Pengenalan dan mendapatkan butir terperinci supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih menjaminkan.


Katanya, jika terdapat sesiapa yang tergolong dalam orang kurang upaya (OKU) dan belum berdaftar dengan mana-mana pertubuhan atau persatuan atau agensi kerajan sila hantar butir lengkap ke pejabat untuk membuat permohonan bantuan yang patut diberikan.


Kita Barisan Nasional (BN) telah diarah unutk bekerja membatu rakyat dalam gagasan 1 Malaysia tidak ada yang tercicir dalam pembangunan dan kemajuan terhadap rakyat yang memerlukan bantuan, tambahnya.

KEPERITAN yang nyata, kelihatan beberapa penduduk kampung terpaksa mandi air masin kerana kemarau terus berpanjang hingga hari ini.

KAMI MANDI AIR MASIN

Kami mahu kemudahan asas dalam gagasan 1 Malaysia


KEMARAU terus berpanjangan, masalah bekalan air bersih kehabisan hampir dua minggu kini mulai merisaukan hampir 600 penduduk di tiga perkampungan di kawasan pendalaman Sibuti.

Dalam lawatan tinjauan Utusan Sarawak ke Ulu Sungai Sibuti iaitu Kampung Bulau, Mutap dan Sinop petang semalam memang tidak dapat dinafikan keperitan penduduk di sini sudah tidak ada bekalan air bersih pada saat-saat ini.


Lawatan Awang Tengah Hassan di Kampung Bulau pada 8 Mac 2010 baru-baru ini. KK Amin (3 kanan) menyampaikan cenderahati kepada Awang Tengah Hassan di atas perasmiian Jambatan Gantung di Kampung Bulau.


Ketua Kampung Bulau KK Amin ketika ditemui berkata, masalah tiada berkalan air amat perit tambahan pula kepulan asasp menjadikan persekitaran kampung berjerebu musim kemarau ini.


Kewujudan perkampungan di sini pada tahun 1899 kian nampak ada pembangunan dan kemajuan semuanya di atas keperihatinan kerajaan bersama dengan kesungguhan wakil rakyat kita Ahmad Lai (Parlimen Sibuti), Rosey Yunus, Aidan Wing dan Datuk Amar Awang Tengah (ADUN) serta wakil-wakil rakyat dalam Barisan Nasional.


Katanya, masalah kemarau tiada bekalan air bersih sekian lama amat perit pernah dirasai, masa ini penduduk kampung kami terpaksa menggunakan air masin sudah hampir dua bulan.


Aktiviti sukan perahu penduduk kampung di air sungai yang masin sempena lawatan Awang Tengah Hassan pada 8 Mac 2010.


“Sabun yang digunakan untuk mandi tidak mampu berbuih, kita sudah menguji pelbagai sabun mandi yang berjenama tetap juga tidak berbuih, selepas mandi air masin sudah pasti badan terasa gatal”.


“Kami di perkampungan ini hanya bergantung kepada hujan untuk mendapat bekalan air bersih untuk minuman dan masakkan, jika air sungai tidak masin… sudah tentu kami terpaksa juga gunakan air sungai untuk masakkan pada musim kemarau ini”, jelasnya.


Kami akan membuat permohonan pembekalan air bersih daripada Pejabat Daerah Sibuti dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri dalam masa terdekat ini.


Kami di perkampungan di sini dengan hati yang sabar untuk menunggu pemasangan kemudahan asas iaitu bekalan air bersih, kami amat bersyukur kerajaan telah meluluskan peruntukkan yang besar bernilai RM5.4 juta baru-baru ini, jelasnya.


Utusan Sarawak juga mendapati banyak perubahan di kampung berkenaan bahawa baru-baru ini kerajaan sudah pun membina sebuah jambatan gantung bernilai RM150,000, sistem jalan raya ke Kampung Bulau sudah ada begitu juga dengan bekalan elektrik kini dalam perancangan pihak kerajaan.


Lawatan Utusan Sarawak bersama rombongan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Mohammad Shafie Abdullah pada 24 Mac lalu di 13 rumah panjang kawasan Saeh turut menerima impak keperitan musim kemarau yang bermula awal Februari lepas hingga hari ini.


Rumah Mentali Gesa, Saeh Niah, bersama 12 lagi rumah panjang iaitu Rumah Linan Jalak, Suring Liang, Lucas Muling, Limbang Kaiyang, Sikun Ebit, Anyai Ijau, Danggang Tubai, Jalani Mambang, Philip Gindi, Mat Burai, Lagan Mungkun dan Jilin.


Memang juga tidak dapat digelakkan penggunaan air bersih semakin berkurangan dan ada setengah daripada rumah-rumah panjang telah pun kehabisan bekalan air bersih untuk minuman dan masakkan.


Kesemua rumah panjang berkenaan masih lagi memerlukan kemudahan asas dan sangat berharap dalam lawatan Tinjauan Mersa Setiausaha Politik PM Mohammad Shafie akan membuahkan hasil dengan peruntukkan untuk dapatkan kemudahan bekalan air bersih seperti yang dinikmati di kawasan bandar.


Cikgu Tila Chakok... mandi air masin


Seorang pengajar Sekolah Kebangsaan Rumah Mentali Gesa, Cikgu Tila Chakok, 42 tahun berasa dari Bintulu sebar sedikit dengan kemahiran dan inisiatifnya telah mewujudkan sebuah mesin pam air kecil untuk menyalurkan bekalan air sungai dipamkan ke rumah kakitangan Sekolah Kebangsaan Mentali Gesa telah meringankan bebansan mereka.


Katanya, mesin kecil dan paip-paip yang disalurkan ke rumah kakitangan sekolah ini tidak perlu kos yang besar, kita cuma membelanjakan dalam lingkungan RM500 sahaja. Di musim kemarau ini kami sukar mengepam air kerana sungai mulai cetek.


“Saya dan 68 pelajar di sini juga terpaksa mandi air masin, apa kan daya…. kemudahan asas bekalan air bersih belum sampai lagi”.


“Di kawasan Seah ini mempunyai 3 sekolah rendah iaitu SK Rh Mentali, SK Rh Undi dan SK Saeh. Ketiga-tiga sekolah ini juga mengalami situasi yang sama terpaksa mandi air masin”, jelasnya.


Tuai Rumah Jalani Mambang


Tuai Rumah Jalani Mambang, 60-an, ketika ditemui berkata, kami seluruh kawasan Saeh Merah dan Putih adalah berdiri teguh bersama Barisan Nasional kerana kami perlu bantuan daripada kerajaan untuk membangunkan rumah panjang kami.


“Tidak pihak pembangkang dalam hati kami, hanya BN yang mampu membawa perubahan kepada kami… dan lihatlah sistem jalan raya sudah ada, dahulu kami terpaksa mengunakan perahu untuk ke pekan Batu Niah dan Niah”.


“Saya amat gembira kerana Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib Tun Razak telah menghantar pegawai ke rumah panjang kami, kami bertuah kerana gagasan 1 Malaysia di mana orang Iban tidak tercicir walaupun di kawasan pendalaman”, tambahnya.


Tuai Rumah Ayai Ijau


Tuai Rumah Ayai Ijau, 40-an, terlebih dahulu terima kasih kepada BN kerana sangat prihatin terhadap masalah yang dialami oleh rakyat.


“Kami perlukan bekalan air bersih, air sungai ada yang tercemar kerana ladang-ladang sawit makin berkembang di kiri kanan yang mengunakan kimia racun dan baja sawit”.


“Penduduk rumah panjang kawasan dua Saeh sudah semakin bertambah, maka pelbagai kemudahan asas juga turut dituntut bagi memberi kemudahan kepada generasi baru kami kelak”, jelasnya.


Harapan kami semoga yang dipohon oleh penduduk Saeh akan sampai kepada Perdana Menteri dan mendapat pertimbangan melalui gagasan 1 Malaysia.

Ahad, 28 Mac 2010

ALBUM sekitar lawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia Dato Mohammad Shafei Abdullah bersama Ahli Parlimen Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (BEKENU) Rosey Yunus.

Tarikh : 24 Mac 2010
Lokasi Lawatan : Kampung Pelapi, Rumah Panjang Saeh dan Kampung Kejapil.

Lawatan Kerja : Tinjauan Mesra

TRADISIONAL... Kehadiran Dato Mohm. Shafie Abdullah (baju merah) disambutan dengan upacara Miring Tradisional Kaum Iban yang diketuai oleh Penghulu Bau. Kelihatan juga ialah Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (baju biru) dan Rosey Yunus (baju putih) untuk mengiring Dato Mohm. Shafie pada upacara tersebut. (Foto: Adum Liu)

BERUCAP : Dato Mohm. Shafie Abdullah berucap pembangunan dan kemajuan dan terangkan apa dia gagasan 1 Malaysia kepada 13 penduduk Rumah Panjang Kawasan Saeh Niah. (Foto: Adum Liu)

SEJALAN... Dato Mohm. Shafie diiringi oleh ADUN Bekenu pada Tinjauan Mesra ke Sekolah Kebangsaan Rh Mentali Gesa. (Foto: Adum Liu)

PERTEMUAN... Dato Mohm. Shafie berbual pembangunan sekolah bersama Pegawai Pelajaran Daerah Subis Ali Mudin di bilik guru SK Rh. Mentali Gesa. (Foto: Adum Liu)
PENERANGAN... Cikgu Tila Chakok menerangkan betapa peritnya pelajar dan kakitangan SK Rh. Mentali Gesa yang tidak mempunyai kemudahan asas iaitu bekalan air bersih. Pelajar seramai 68 orang terpaksa mandi air masin di musim kemarau ini. (Foto: Adum Liu)

BERITA BERGAMBAR……..


SERANGAN WAKTU MALAM… Kebakaran sebeginilah perkara yang tersangat mengerikan kepada orang ramai kerana ia bagaikan munsuh dalam kelambu, kejadian kebakaran yang muncul pada waktu malam secara tiba-tiba ini mudah berlaku musim kamarau berpanjangan dan kawasan lalang kering jadikan ia makin mudah kebakaran berlaku.


Kebakaran ini (gambar) adalah berlaku di 1.5 KM dari pekan Bekenu pada jam 7.45 malam tadi, difahamkan pemilik rumah tidak berada di rumahnya semasa kebakaran ini berlaku dan telah menjadi tumpuan kepada orang ramai yang lalu di sini, kerana takut api marak ke rumah berkenaan.Bernasib baik bahawa ada tiupan angin kuat dari arah rumah berkenaan menjadikan api marak ke kawasan lain. Foto – ADUM LIU

Sabtu, 27 Mac 2010


Lawrence Lai (duduk barisan tengah 5 kanan) bersama warga kerja MBM dan wartawan Miri.


MBM : MEDIA PENTING SAMPAI MAKLUMAT


UTUSAN SIBUTI – Peranan pihak media penting kepada masyarakat bandar dan luar bandar, jadi usaha media selama ini sangat dihargai dalam penyampaian maklumat yang meluas mengenai persekitaran Bandaraya Miri.


Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai ketika berucap pada Majlis Malam Penghargaan Majlis Bandaraya Miri (MBM) di hotel terkemuka di sini malam tadi berkata, dalam penyampaian bahan berita dan wartawan harus punyai berita yang tetap.


Katanya, pihak media banyak membantu terutama membuat liputan berhubung segala aktiviti yang dianjur pihaknya wajar wajar diberi penghargaan kerana tanpa bantuan media, sudah tentu segala aktiviti yang dirancang tidak mendapat sambutan sebagaimana diharapkan kerana tiada publisiti daripada media.


Semangat kerjasama media dan MBM sangat dihargai dan teruskan hubungan yang lebih erat lagi dalam kemajuan dan pembangunan Bandaraya Miri, jelasnya.


Jasa media bahagian utara turut berharap agar golongan pengamal media meneruskan prestasi cemerlang mereka dalm membuat liputan berhubung sesuatu isu atau perkara yang berlaku di persekitaran Bandaraya Miri, tambahanya.


Antara pihak media yang hadir ialah Utusan Sarawak, Eastrn Times, United Daily News, Utusan Borneo, Borneo Post, See Hua Daily News, Sin Chew Jit Poh, The Star, Berita Harian dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

KERJASAMA…Ahmad Lai dan Rosey Yunus (tengah) ketika sesi dialog bersama ketua-ketua masyakat Parlimen Sibuti di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti tadi.

PEMBEKAL TAK NAFI AIR KEKUNINGAN

UTUSAN SIBUTI –
Pihak pembekalan air bersih tidak menafikan bahawa benar keadaan air bersih yang kekuningan hingga membawa kerisauan penduduk di kawasan luar bandar, kata Ahli Parlimen Sibuti di sesi dialog bersama ketua-ketua masyarakat di sini.

Ahmad Lai Bujang, keadaan bekelan air bersih kekuningan ini memang sukar diatasi, untuk mengatasinya perlu peruntukkan yang besar dan membawa masalah besar juga kepada rakyat jika ia dilakukan.

“Kikiskan peranan tamak amalkan peranan berjimat sebagai langkah utama penjimatan penggunaan air di musim kemarau yang agak berpanjangan yang tidak ketahui sampai bila”.

“Ambilah inisiatif masing-masing untuk mengatasi masalah kekurangan dan kehabisan bekalan air bersih, gunakan air bersih untuk minuman dan masakan, gunakan air sungai sebagai penganti air cuci pakaian dan mandian”, nasihatnya.

Katanya, masalah air kekuningan ini disebabkan apabila kandungan bekalan air bersih kurang hingga terhasilnya pelekat di dinding paip, dan apabila air stabil semula maka pelekat kuning berkenaan menjadikan air sampai ke rumah jadi air kekuningan.

Apa yang penting dalam menjaga kesihatan dan keselamatan penggunaannya ialah setiap pengguna harus masak air sebelum diminum, tambahnya.

Bagi mengatasi masalah lebih teruk berlaku, ketua-ketua kaum harus membuat persiapan rapi lebih awal dalam menyediakan senarai nama penghuni masing-masing bagi memudahkan penghantaran bekalan air bersih ke kawasan masing-masing dengan cepat mungkin.

Katanya, melalui perbincangan beliau bersama Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri Goh Yong Kiet baru-baru ini, diharapkan ketua-ketua kaum atau pengerusi JKKK kampung untuk membuat permohonan di Pajabat Daerah yang terdekat kawasan masyarakat.

Tujuannya ialah untuk tidak menjadi masalah penghantaran bekalan yang mungkin boleh berlaku kekurangan dan berlebihan hingga membawa kerugian dan pembajiran kepada kita semua, tambahnya.

“Bila sudah membuat permohonan bantuan air bersih, pihak Jabatan Kebajikan akan hubungi ketua-ketua masyarakat dan di sini penghuni perlu buat persediaan tempat menyimpan air berkenaan”.

“Juga sangat diharapkan penduduk jangan berebut-rebut kerana pembahagian air adalah sama rata. Kerjasama penduduk dengan pihak pembekalan air juga diharapkan supaya pelancaran kerja menjadi lancer kerana mereka perlu juga mengagihkan bekalan air ke kawasan lain”, jelasnya.

Hadir pada sesi dialog ini ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan, Pemanca Abu Bakar Pangis, para penghulu, kaunselor-kaunselor dan ketua-ketua kaum daripada Lambir, Bekenu, Batu Niah, Niah/Sepupuk dan Suai.

TAK MENGHALANG…SAO Ali (kanan) bersama Tr. Insin (kiri) dan Tr. Benang (dua kiri) ketika mengadakan tinjauan tiang elektrik dan pokok-pokok sawit yang telah dikepas daun di Bukit Mayaw simpang rumah panjang tersebut.


SAO : JUMPA PENDUDUK HALANG ELEKTRIK


UTUSAN SIBUTI – Pegawai Pejabat Daerah Kecil Sibuti dan Bakong akan terus berusaha untuk menemui enam penduduk yang cuba mendapatkan tuntutan pampasan daripada pihak kerajaan bagi penyelesaian masalah bekalan elektrik di Rumah Insin.


Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Sibuti, Ali Abdullah ketika mengadakan sesi dialog di Rumah Insin Terlajin (Ulu Sibuti) kelmarin berkata, enam penduduk yang masing-masing tiga orang dari Rumah Benang (Bakas) dan Gani (Temam) di kawasan Parlimen Baram harus ada satu perjumpaan.


“Saya akan berbincang dengan SAO Bakong terlebih dahulu sebelum kita berjumpa dengan enam penduduk berkenaan, ini kerana enam penduduk terlibat ini dalam kuasa jagaan Daerah Baram”;


“Kita berharap mereka yang terbabit akan memberi kerjsama kepada kita bagi melancarkan kerja penyelesaian demi kepentingan orang lain dan masa depan generasi baru”, jelasnya.


Katanya, dalam menghadapi mendapat pelbagai lagi pembangunan dan kemajuan di kawasan luar maka kita harus berkerjasama dalam rumpun gagasan 1 Malaysia yang bantu-membantu sesame kita.


Erti kata kerjasama dan bantu-membantu ini ialah kita harus menyokong dan beri bantu kepada yang memerlukan bantuan, melalui kerjasama dan bantu-membantu ini suatu hari nanti di mana kita yang mahu mendapatkan bantuan maka tidak ada masalah pihak lain untuk memberi bantuan, tambahnya.


Pada masa yang sama, Tuai Rumah Benang turut memberitahu bahawa tidak masalah pun dengan penduduknya mengenai isu tebang tiang elektrik dan tuntutan pampasan, ia cuma cakap-cakap merajuk penduduknya sebelum bekalan sampaikan ke rumah panjangnya.


Sebaliknya, kami menyokong penduduk Rumah Panjang supaya bekalan elektrik Rumah Insin dapat disambungkan. Kami turut memberi terima kasih kepada kerajaan kerana telah melaksanakan projek bekalan elektrik dengan kos yang besar ke rumah panjang kami, tambahnya.


Tr. Benang, isu ini tidak masuk akal. Jika penduduk kami jadi penghalang sudah tentu bekalan arus elektrik ke Rumah Lagan tidak akan sampai di sana, lagi pun talian arus elektrik Rumah Lagan dan Rumah Insin adalah satu aliran. Jarak kedudukan kedua-dua rumah panjang sangat berdekatan dalam lingkung 2km sajaha, jelasnya lagi.


Turut hadir sesi dialog ialah Tr. Benang, Tr. Insin, kakitangan Citra Alti, pegawai Ahli Parlimen Sibuti, Penghulu Sadi, Kaunselor Rapahal Engkamat dan penduduk rumah panjang berkenaan.


Selepas sesi dialog bersama penduduk rumah panjang, rombongan daripada Pegawai Tadbiran Sarawak Sibuti dibawa untuk tinjauan pokok-pokok sawit yang dikatakan sebagai penghalang bekalan arus elektrik ke Rumah Insin.

BERMULA…Setiausaha MDS Said Enggang (kiri) memotong reben pada majlis pelancaran Program 5S yang berlangsung di Majlis Daerah Subis pagi tadi.


MDS : PERANAN PENTING JAYAKAN 5S


UTUSAN SIBUTI – Kakitangan Majlis Daerah Subis (MDS) harus memainkan peranan bertanggungjawab ke atas tugas masing-masing bagi menjayakan program 5S akan tercapai.


Setiausaha MDS, Said Enggang ketika berucap pada Majlis Pelancaran 5S di sini hari ini berkata, kakitangan MDS perlu berterusan memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas kerana ia salah satu di antara inisiatif kualiti yang diwajibkan oleh kerajaan negeri.


Katanya, kita masih diperingkat awal dalam mencapai kejayaan 5S iaitu diperingkat ‘Sisih’ dan kita masih mempunyai 4S lagi iaitu susun, sapu, seragam dan sentiasa amal dan dalam 3 bulan untuk mendapat pensijilan 5S yang sempurna”.


Oleh demikian, kita semua harus meneruskan berusaha ini dan sama-sama bertanggunjawab untuk ke tahaf yang tertinggi akan tercapai, demikian nasihatnya kepada kakitangannya.


Maksud 5S ini ialah sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Objektif Sisih ialah mengenal pasti barang yang tidak diperlukan, menghapuskan sikap suka menyimpan barangan yang tidak perlu di tempat kerja, menghasilkan tempat kerja yang lapang dan selesa dan selamat serta menjimatkan masa pencarian sesuatu barang.


Susun, menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah dilihat, mudah diambil dan disimpan semula ketempatnya oleh sesiapa sahaja. Sapu, mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada debu dan kotoran dilantai, mesin dan peralatan.


Seragam, memelihara tempat kerja yang produktif dan selesa sepanjang masa serta mengamalkan pengulangan dengan berkesan. Sentiasa amal, berdisiplin dan melatih pekerja memathui peraturan berbudaya kualiti di tempat kerja.


Selain itu, objektif ini juga untuk meningkatkan kerja berpasukan dan semangat setiakawan, menjadikan sistem kerja yang lebih efisien dan efektif, pelanggan yang berurusan dengan MDS juga akan mendapat kepuasan yang dengan kerja yang kita jalankan, tambahnya.

KEMUDAHAN ASAS…Penduduk Kampung Pejuang Kelulit dapatkan air bersih melalui paip bomba buat sementara untuk hadapi kemurau dan air sungai yang masin.


PEJUANG KELULIT NIKMATI AIR BERSIH


UTUSAN SIBUTI - Penduduk Kampung Pejuang Kelulit nikmati bekalan air bersih buat julung kali dalam sejarah kampung mereka walaupun bekalan air ini belum sampai pada rumah ke rumah buat masa ini.


Penguhulu Junit Haji Mulok ketika ditemui berkata, penduduk kampung mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri dan pusat telah memperuntukkan kos yang besar di kawasan Parlimen Sibuti.


“Kawasan Parlimen Sibuti memang bensar dan banyak kmpung sudah memperolehi pelbagai kemudahan asas terutamanya bekalan air bersih, dan banyak juga kampung-kampung kawasan ini dalam proses penyambungan bekalan berkenaan”.


“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Muda Bekalan Air Sylvester Enteri dan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang serta ADUN Bekenu Rosey Yunus kerana membantu meluluskan pembukaan untuk mendapatkan air bersih melalui paip bomba pada musim kemarau ini”, tambahnya.


Katanya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini kami di sini telah mendapat pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, jalan raya bertar, bekalan air bersih dalam proses penyiapan dan banyak lagi yang dinikmati oleh rakyat di sini.


Selain kampung kami, sejak sudah adanya jalan raya Jalan Persisiran Jalan Pantai Miri Bintulu memang banyak kampung berbilang kaum sudah mendapat pelbagai kemudahan asas dan peruntukkan daripada kerajaan, jelasnya.

SUMBANGAN…Ahmad Lai menyerahkan kerusi roda kepada kakak Sarita Timbang. Sarita menerima bantuan ini ekoran tidak dapat berjalan selepas terlibat dalam kejadian kemalangan jalan raya pada tahun 2009. Kelihatan di situ ialah Rosey Yunus (tengah) dan Goh Yong Kiet (dua kiri).


17,600 MOHON BANTUAN JKM


UTUSAN SIBUTI – Sarawak sudahpun mempunyai seramai 17,600 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan daripada Kerajaan Pusat dan borang mereka dalam tapisan di Kementerian Kebajikan Masyarakat di Kuala Lumpur.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang berucap pada Majlis Perasmian Pertama Program Gempur Kebajikan di Dewan Masyarakat Bekenu tadi, jumlah itu akan meningkat dan diharapkan mana-mana pihak agar tampil sendiri untuk yang benar-benar perlu bantuan.


Katanya, setakat ini JKMM telah membelanjakan sejumlah RM366,255 kepada 1637 orang pada bulan Mac 2010, dan jumlah ini nanti dijangkan akan bertambah setiap bulan dengan kewujudan Program Gempur Kebajikan.


Bantuan ini masih lagi beroperasi membantu rakyat yang memerlukan bantuan, ini kerana kerajaan sentiasa memandang berat terhadap mereka dalam kesusahan, tambahnya.

“Ini adalah Fasa I daripada JKMM menyampaikan bantuan kepada golongan sasaran yang lebih awal memohon bantuan daripada agensi berkenaan, mereka yang belum menerima bantuan ini jangan rasa terkilan”.


“Lihatlah kepada kami wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang berkerja untuk semua lapisan masyarakat yang tidak seorang pun yang akan tercicir melalui ilham Perdana Menteri dengan gagasan 1 Malaysia”.


Katanya, program E-Kasih yang dijalankan oleh JKMM bersama wakil rakyat kawasan kita bahawanya hari ini kita telah memberi bantuan sejumlah RM23,055 kepada 76 orang penerima.


Katanya, jangan sekali rakyat yang memerlukan bantuan dan masih belum menerima bantuan terus terasa tercicir lalu berpaling tadah dengan kerajaan terus sertai mana-mana parti pembangkang.


Turut hadir pada majlis ini ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, Penolong Pengarah JKMM Goh Yong Kiet, Pemanca Abu Bakar Panggis, pegawai-pegawai kerajaan tempatan dan ketua-ketua kaum sekitar Parlimen Sibuti.


CETEK…Anak sungai di Ulu Sungai Sibuti yang cetek dan kotor dalam musim kemarau ini.


HUJAN LEBAT SUNGAI MASIH CETEK


UTUSAN SIBUTI – Hujan lebat di beberapa kawasan pedalaman di Parlimen Sibuti hari ini melegakan penduduk mengenai masalah kekurangan bekalan air terutamanya kepada mereka punyai ahli keluarga yang ramai.


Tinjauan Utusan Sibuti selepas hujan lebat selama setengah jam pagi ini di beberapa batang anak Sungai Sibuti mendapati banyak sungai masih belum pulih seperti sedia kala.


Sungai Bakas (anak Sungai Sibuti), Ulu Pidek, Pakut dan Mamut didapati semakin cetek, kotor dan tercemar oleh kayu-kayu hakikat pembukaan ladang sawit di beberapa bahagian sungai berkenaan.


Jika keadaan air sungai yang kotor seperti ini di rumah panjang dan perkampungan di pendalaman yang tidak mempunyai bantuan air bersih sudah pasti sangat membebankan masyarakat yang berbilang kaum sekitar kawasan di sini.


Penduduk di setiap pendalaman hanya bergantung kepada air hujan sebagai sumber air utama untuk minuman dan masakan. Tinjauan ini juga mendapati banyak tangi air bersih penduduk semakin berkurangan dan terdapat juga telah hampir bekalan air.


Dalam perjalanan tinjauan di Kampung Sinup, Mutap dan Bulan di mana ketiga-tiga kampung ini belum mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih telah memaksa mereka mandi dan mencuci pakaian di sungai yang airnya masin hampir dua bulan.


Di Batu Niah, Niah dan Suai juga menerima keadaan yang sama di mana anak-anak sungai di sini kini juga cetek dan bekalan air bersih dalam keadaan kekuningan.


Tinjauan turut menerima panggilan daripada penduduk di situ bahawa hujan lebat malam tadi dan pagi ini telah melegakan mereka yang khuatirkan masalah bekalan air akan timbul jika hujan tidak turun.


Apa yang penting selepas tinjauan ini adalah diharapkan agar penduduk rumah panjang dan kampung di pendalaman harus menjaga kebersihan sungai supaya tidak mendatangkan masalah teruk jika kemarau ini terus berpanjangan.