Sabtu, 23 Mei 2009

PENERANGAN… Jia Bernadette (dua kiri) menerangkan fungsi-fungsi utama perisian alat komputer kepada rakan-rakannya.

Oleh : Adum Liu
23 Mei 2009

ILP – Selaras Dengan Keperluan Tenaga Kerja

UTUSAN SUBIS (Miri – 23/5/2009) – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jabatan Tenaga Manusia Miri yang menempatkan 700 pelatih masa kini selaras dengan keperluan tenaga kerja dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Pada sidang media Hari Terbuka ILP Miri, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Lee Kim Shin berkata, cadangan ILP Miri menambah keluasan dan fasiliti di bawah RMK-10 adalah mampu menampung 2000 pelatih pada satu-satu masa.

Katanya, panel penasihat masih mengkaji anggaran kos yang diperlukan dan kertas kerja ini akan dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk kelulusan di bawah RMK-10.

Tujuan hari terbuka ILP Miri selama dua hari adalah meningkatkan kesedaran orang awam terutama kepada ibu bapa mengenai peranan ILP Miri di samping mendekatkan kakitangan ILP dengan orang awam.

Ketua program Teknologi Komputer ( TK - sistem), Jia Bernadette Filicitas Tulan Ujih, 24, Betong, yang ditemui di sini berkata, objektif program TK sistem ini ialah tujuan untuk menyediakan dan melaksanakan program-program latihan kemahiran bagi memberi latihan teknikal kepada pelatih-pelatih bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran dalam bidang ini.

Katanya, tempoh kursus/latihan ini ialah selama 1 tahun 9 bulan (3 semester), selepas tamat latihan pelatih akan mendapt SKM TAHAP 2 dan 3 dan juga menerima sijil juruteknik.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan tarian kebudayaan, karaoke, bola keranjang (3 on 3), bola sepak, sepak takraw, tarian shuffle dan mewarna.