Jumaat, 3 Januari 2020


3 Januari 2020


PKR Mempunyai Calon Mampu Menang Di DUN Kemena PRN Tahun 2021

oleh : Adum Liu


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemena sudah mempunyai calon mampu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN Kemena) daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang disandang oleh Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Stephen Rundi pada Pilihan Raya Negeri tahun hadapan.

Penulis mendapat tahu  berita tersebut melalui percakapan sekumpulan penduduk rumah panjang dari kawasan Hulu Niah di salah sebuah kedai kopi di Simpang Ngu Jalan Miri Bintulu pagi semalam.

Salah seorang penduduk ketika ditemui yang enggan nama dan gambar mereka disiarkan berkata, PRN di kawasan DUN Kemena akan datang boleh dikatakan pertembungan yang hebat antara GPS dan PKR kerana masing-masing telah menubuhkan kubu (pejabat) di pasar baru Simpang Ngu Batu Niah.

Program kemasyarakatan yang dijalankan oleh ahli PKR Kemena di Rumah Panjang Binai Hulu Sebauh.

Mereka ketika ditanya siapa kah calon PKR yang dimaksudkan itu, bahawa mereka tidak ingin mendedahkan kerana masih terlalu awal dan hanya memberi tahu calon tersebut merupakan salah seorang cucu kepada bekas menteri berasal dari Daerah Sebauh.

Sehubungan itu, kerusi DUN Kemena turut pernah ditandingi oleh Leighton Manjah (DAP) pada tahun 2016 namun tewas hanya perolehi undi sebanyak 2,324 dan pada tahun 2011 PKR meletak calonnya Bernard Binar Bayang telah perolehi sebanyak 3,020 undi.

Program kemasyarakatan yang dijalankan oleh ahli PKR Kemena.


“Kami tahu PKR dan DAP adalah dalam Pakatan Harapan, namun masyarakat Iban di sini hanya sebilangan kecil bersama DAP jika dibandingkan dengan PKR.

“Laluan Pakatan Harapan untuk menang di Kemena adalah lebih cerah melalui PKR, kawasan DUN Kemena memang sudah awal ditandingi oleh PKR,  pada PRN lepas (2016) PKR tidak mempunyai calon maka beri peluang kepada DAP,” jelas.

Sehubungan itu, calon PKR turut dikatakan telah banyak mengadakan program kemasyarakatan dan bertemu dengan masyarakat rumah-rumah panjang di kawasan Sekaloh, Ulu Niah, Labang dan Daerah Sebauh.

Program kemasyarakatan, kesejahteraan dan keamanan yang dijalankan di sekitar pekan Sebauh.

Menurut salinan Daftar Pemilih Bagi Pilihan Raya Umum Ke-14, notis penentuan yang diwartakan pada 10 April 2018 bahawa DUN N.69 Kemena mempunyai seramai 14,130 pengundi dari kawasan Sebauh, Labang, Hulu Suai, Sekaloh, Sungai Sebauh, Padan, Goyang dan Subis Satu.


SUNGAI LABANG… Di seberang kelihatan pekan kecil Labang dan Klinik Kesihatan Labang di kawasan DUN Kemena masih perlukan pelbagai kemudahan, di sini masih menggunakan pengangkutan perahu .