Khamis, 17 September 2009

TERIMA KASIH…Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyampaikan cek RM50,000 daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk Lembaga Amanah Kebajikan Islam Niah. Turut kelihatan ialah Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (kiri), Datuk Daud Abdul Rahman (3 kiri), Datuk Amar Abang Zohari Openg, Rosey Yunus dan Aidan Wing.

Parlimen P.218 Punya 3 Bandar Baru Dalam Tempoh 10 Tahun

UTUSAN SUBIS (14/9/2009) – Kawasan Parlimen P.218 Sibuti dalam tempoh sepuluh tahun lagi akan mempunyai tiga bandar baru di Bekenu, Batu Niah dan Niah serta satu di Nyalau iaitu bersempadan dengan P.217 Bintulu dan P.218 Sibuti.

Demikian kata Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada Majlis Perasmian Masjid Al-Jabbar (Masjid Baru Daerah Kecil Niah) pada 13 September 2009.

Katanya, dengan kejayaan terbinanya sudah sebuah masjid besar lagi indah di kawasan luar bandar di Niah ini adalah merupakan satu perubahan pembangunan dalam menempuhi gelombang kedua politik di negeri Sarawak.

"Sebuah bandar baru di Nyalau nanti amat sesuai dengan mengikut arus pembangunan ekonomi negara yang tertubuhnya sebuah pusat industri iaitu SCORE juga akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Kewujudan SCORE dalam paras gelombang kedua politik ini akan meningkatkan lagi pendapatan negara sebanyak lima kali ganda iaitu pada tahun 2030 nanti. Jangan takut cabaran ini, kerana pada tahun 1981 saya balik ke Sarawak dan masa itu ekonomi kita secara purata hanya RM5,000 sahaja dan sehingga kini 2009 sudah pun melebihi RM30,000 dan ini melebihi 5 kali ganda”, jelasnya.

Katanya, sekarang kemudahan jalan raya juga telah diperhebatkan iaitu sepanjang 18,000 kilometer ditambah dan memberi banyak kesenangan yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

Selain daripada itu, dalam dua setengah tahun yang lalu bahawa kerajaan juga telah bermesyuarat merancang untuk penyambungan jalur HIFI ke kawasan luar bandar supaya anak-anak dan generasi baru dapat berkomunikasi dengan dunia luar melalui internet yang semakin maju pada masa sekarang, ini juga merupakan satu perubahan dalam usaha pembangunan dan kemajuan kepada masyarakat luar bandar kelak, tambahnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakan dan Pembangunan Estet-Estet Perindustri) Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah (ADUN N.62 Lambir) Aidan Wing, Adun N.61 Bekenu Rosey Yunus, Adun N.60 Kemena Dr Stephen Rundi ak Utom, Adun N.23 Lingga Hajah Semoi bt Peri, Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak Datuk Haji Putit Matzen, Pengarah JAIS Sarawak Datu Misnu dan ketua-ketua kampung dan rumah panjang yang berbilang kaum.
TERIMA KASIH...Tahniah kepada umat Islam Niah kerana sudah mempunyai sebuah masjid baru yang tersergam indah dan terima kasih kepada penderma-penderma yang ikhlas.


Rakyat Sibuti bertuah punya
pemimpin berjiawa rakyat

UTUSAN SUBIS (14/9/2009) – Rakyat kawasan Sibuti sangat bertuah dengan komitmen yang diberi oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat iaitu Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di mana politik pembangunan yang diilhamnya menjadi kenyataan.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang yang turut hadir dan berucap pada majlis Perasmian Majlid Baru Niah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 13 September 2009.

Katanya, sekarang kita menempuhi gelombang kedua politik pembangunan yang akan membawa pembangunan yang lebih pesat di kawasan-kawasan luar bandar.

“Rakyat di kawasan Sibuti amnya dan penduduk Niah khasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak kerana impian umat Islam di kawasan Niah telah tercapai walaupun kami telah merancangkan begitu lama untuk mengadakan Masjid Baru Niah ini lebih kurang sembilan tahun yang lalu.

Pada hari ini kita melihat Masjid Baru Niah tersergam indah dan siap untuk digunakan oleh umat Islam, terima kasih kepada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Haji Daud Abdul Rahman dan Adun N.62 Lambir Aidan Wing selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah yang dibantu oleh Adun N.62 Rosey Yunus yang berkerja keras mencari dana dan galakkan“, tambahnya.

Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat dan luar serta penderma-penderma yang ikhlas bukan Islam telah memberi kejayaan kepada kita hingga menjadi kenyataan yang Masjid Baru Niah sudah pun siap sepenuhnya.

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang turut gembira dengan melihat kehadiran para mahasiswa-mahasiswi dari Universiti Malaysia Pahang seramai 34 orang dan diiringi oleh dua pensyarah dalam lawatan sambil belajar ke Bintulu Sarawak turut hadir meriahkan suasana majlis perasmian ini.

Kehadiran mereka yang datang dari berlainan negeri di semenanjung ini adalah sebar sedikit akan mencerita pengalaman lawatan mereka terutamanya dalam arena politik di Sarawak yang melihat kemesraan Ketua Menteri Sarawak dengan rakyatnya mampu seiring sejalan dalam membangunkan masyarakat di Sarawak.
TAHNIA DAN SYAHBAS...mungkin ini yang dibisek oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada ADUN N.62 Lambir sambil diperhatikan oleh Datuk Daud Abdul Rahman (kanan) dan Datuk Amar Abang Zohari Openg (kiri).


KM: YB Aidan harus dicontohi oleh masyarakat bukan Islam


UTUSAN SUBIS (14/9/2009) – Yang Berhormat Aidan Wing beragama kristian dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.62 Lambir perlu dicontohi oleh masyarakat bukan Islam kerana beliau telah berjaya bersama masyarakat Islam kawasan Niah bercadang membuat masjid dan kini telah pun siap dibina.

Demikian pujian Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada Majlis Perasmian Masjid Al-Jabbar Niah di sini pada 13 September 2009.

Katanya, cadangan membuat masjid ini dahulu adalah semasa Aidan Wing menjadi wakil rakyat di kawasan N.55 Lambir sebelum ia dipecah kepada N.61 Bekenu dan N. 62 Lambir.

“Ini telah mengambarkan dan menunjukkan bahawa Yang Berhormat Aidan Wing telah duhulu menjalankan tugasnya berkonsep 1 Malaysia seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak mengenai konsep 1 Malaysia.

Tahniah dan syahbas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah, Yang Berhormat Aidan Wing kerana kesungguhannya membina masjid kini menjadi kenyatakan, masjid yang amat indah seluas 6.28 ekar dan kos pembinaan 4 juta sudah pun berjaya dalam tugasnya“, tambahnya.

Katanya, dengan adanya sudah masjid ini, semoga jalinan kemasyarakatan dan perpaduan berkonsep 1 Malaysia dapat terjalin lebih erat lagi di antara islam dan kristian, kristian dan islam, islam dan buddish dan semua kaum yang ada di Sarawak.

Tahniah juga kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah iaitu Penasihat Datuk Haji Daud Abdul Rahman (Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (Ahli Parlimen P.218 Sibuti), Timbalan Pengerusi Rosey Yunus (Adun Bekenu), Setiausaha Kr. Anuar Haji Ahmad, Bendahari Penghulu Adenan Salleh dan ahli-ahli jawatankuasanya.
KENANGAN...Mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaysia Pahang juga turut tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan di Pentas Perasmian Masjib Al-Jabbar Niah.

UM Pahang turut meriahkan majlis perasmian dan berbuka puasa

UTUSAN SUBIS (13/9/2009) – Ketua rombongan lawatan sambil belajar mahasiswa-mahasiswi dari Universiti Malaysia (UM) Pahang, Cik Aneth Athea Bt Mat Som berasa gembira melihat masyarakat berbilang kaum dan agama serta darjat mampu duduk bersama yang berkonsep 1 Malaysia.

Katanya, lawatan sambil belajar yang selama 6 hari yang bermula di Bintulu telah mengadakan lawatan ke empat kawasan perindustrian di Bintulu dan hari ini (13 September 2009) telah diberi peluang untuk hadir ke Majlis Perasmian Masjid Baru Niah dan terus berbuka puasa di sini.

“Kami yang hadir menjalan lawatan sambil belajar ini terdapat 34 peserta dan dua pensyarah telah mengiring kami, dua pensyarah ini ialah Encik Zairi Baharom dan Encik Basirul adalah ditanggung oleh pihak Universiti Malaysia Pahang.

Pada esok (14 September 2009) kami akan mengadakan lawatan belajar kami ke Sesco Bahagian Miri dan Borcos Bhd Miri“, jelasnya.

Kesemua mereka yang terlibat dalam lawatan sambil belajar ini ialah Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2, 3 dan 4.