Jumaat, 27 Mei 2011

KAMI CELIK IT… Ahmad Lai Bujang, Rosey Yunus dan Ripin Lamat merakamkan kenangan bersama JKKK kampung dan rumah panjang yang telah menerima peruntukkan komputer riba 1Malaysia pagi tadi.

60 ribu unit komputer riba untuk Sarawak

UTUSAN SIBUTI - Negeri Sarawak telah diagihkan sebanyak 60,000 unit komputer riba 1Malaysia Fasa Kedua dan kawasan Parlimen Sibuti diperuntukan sebanyak 1,300 unit komputer, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Katanya, sebanyak 1,300 unit komputer riba 1Malaysia untuk kemudahan dan kegunaan para pelajar dan orang ramai yang berkelayakan di kawasan sibuti.

Keprihatinan peruntukan ini adalah daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dan agensinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebanyak 250 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama kalangan orang awam yang layak di kawasan Sibuti telah menerima komputer riba 1Malaysia, katanya di perucapan Majlis Penyerahan Komputer Riba Sibuti di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini.

“Saya juga dipahamkan oleh SKMM telah pun membuat jadual untuk mengagihkan (selepas cuti sekolah) iaitu sejumlah 1,050 unit komputer kepada para pelajar yang layak di empat buah sekolah menengah kebangsanan (SMK) di sini.

“Bagi lain-lain SMK yang termasuk di dalam kawasan ini seperti SMK Taman Tunku, SMK Riam dan SMK Agama Miri juga akan menerima komputer riba 1Malaysia masing-masing menggunakan sebahagian daripada peruntukkan yang diberi kepada Daerah atau Parlimen Miri,” jelasnya.

Beliau menambah, empat sekolah tersenarai menerima ialah SMK Subis sebanyak 375 unit, SMK Suai (375), SMK Bekenu (150) dan SMK Luar Bandar Miri (150). Di mana SMK Bekenu adalah antara SMK yang terawal menerima peruntukkan ini iaitu pada 25 May lepas.

Program ini satu plan kerajaan di bawah Insiatif Jalur Lebar Negara (NB() untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah negara.

Selain daripada itu terdapat beberapa inisiatif lain yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk di sini iaiitu seperti Kampung Tanpa Wayar (KTW) yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Kampung Dagang (Bekenu) dan Kampung Tunku Abdul Rahman (Lambir), jelasnya lagi.

Justeru, diharapkan usaha-usaha ini akan memberi manfaat kepada rakyat celik IT, peningkatan ekonomi, peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya usahawan kecil dan sederhana, golongan remaja dan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus berkata, Inisiatif berkenaan akan dapat menyumbangkan kepada hasrat Perdana Menteri untuk negara mencapai taraf ejonomi berpendapatan tinggi mengikut landasan model ekonomi baru yang diumum beliau baru-baru ini.

“Saya berharap masyarakat setempat khasnya di kawasan Bekenu/Sibuti ini dapat menguasai ilmu dan teknologi ICT, lebih-lebih lagi apabila ilmu ICT tersebut dapat digunakan dalam menjana ekonomi setempat dan seterusnya negeri Sarawak.

“Ibu bapa, golongan pendidik serta mereka yang mewakili pihak kerajaan dan swasta disarankan agar menyokong usaha SKMM untuk faedah bersama,” jelasnya.

ADUN Lambir Ripin Lamat yang turut ditemui berkat, amat yakin dengan sokongan berteruisan dan jalinan kerjasama erat antara SKMM itu akan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid khasnya di kawasan Lambir/Sibuti ini.

Oleh demikian, sangat berharap yang telah menerima komputer riba 1Malaysia ini agar menggunakan dengan tujuan yang baik dan berbakti semula kepada masyarakat.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah SKMM Jonathan Anthony, Pegawai Tadbir Sibuti Ali Abdullah, Salbilah Dahlan (Niah), Tuai-tuai rumah panjang DUN Bekenu/Lambir a dan ketua-ketua kaum Bekenu/Lambir.

TAHNIAH…. Rosey Yunus menyampaikan komputer riba 1Malaysia kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diiringi oleh bapanya.

Pelbagai program tranformasi kepada anak

UTUSAN SIBUTI - Kerajaan Barisan Nasional (BN) penuh dengan pelbagai program transformasi pembangunan membawa perningkatan kepada anak masyarakat luar bandar menerusi politik pelajaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu berkata, kerajaan bukan sahaja pembangunkan kawasan, kerajaan sentiasa peka dengan pendidikan anak-anak yang akan mewarisi transformasi ke generasi baru.

Dalam kontek ini, kerajaan sentiasa buka mata dan mendengar serta turun padang mendampingi masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar dalam membawa rakyat betapa pentingnya perubahan kepada generasi baru kelak.

“Kerajaan melalui program transformasi politik pelajaran kini maju setapak lagi iaitu dengan membawa pelajar kita maju dengan kecelikkan berkemahiran menggunakan ICT (Information and Communication Technology) yang sebar moden zaman ini.

“Untuk menjayakan pelajar mampu menguasai ICT ini kerajaan telah mengambil langkah dengan menyalurkan bantuan komputer riba 1Malaysia ke sekolah di seluruh negeri yang perlu diasuh sejak mereka di bangku sekolah,” jelasnya.

Tambahnya, sokongan dan kerjasama daripada masyarakat untuk tujuan ini sangat diharapkan agar rakyat terus bersatu padu berdiri teguh bersama kerajaan yang telah membawa perubahan di kawasan Sibuti ini.

Sebagai mana yang masyarakat dengar melalui media cetak dan elektronik tentang pilihan raya parlimen akan datang, agar rakyat terus menyokong kerajaan dan kepada mereka di pihak bertentangan semoga kembali bersama BN untuk kemakmuran, keselamatan dan kemajuan rakyat sendiri, katanya yang turut hadir di Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia di SMK Bekenu pagi tadi.