Isnin, 15 Julai 2019





TAHNIAH… Hajah Rosey Yunus menyerahkan Sijil Pelantikan Tuai Rumah kepada Tr. Richard Pie Tugang sambal diperhatikan oleh Minggu Jampong di Dewan Masyarakat Bekenu pagi semalam.

Jangan sesuka hati muat naik di 'facebook'


15 Julai 2019 [Adum Liu] ~ Tuai rumah dan ketua kampung dinasihat tidak sesuka hati untuk muat naik sesuatu perkara melalui kiriman pihak lain yang tidak pasti kesahihannya terutama tentang keagamaan dan bangsa di ‘facebook’.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Hajah Rosey Yunus berkata demikian pada Majlis Peyerahan Sijil Pelantikan Tuai Rumah dan Ketua Kampung kawasan Bekenu dan Niah di Dewan Masyarakat Bekenu pagi semalam.



Katanya, tuai-tuai rumah panjang dan ketua-ketua kampung harus menunjukan peranan sebenarnya sebagai seorang pepimpin yang bertanggungjawab dalam semua aspek selaku ketua kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Jaga imej masing-masing, dalam kumpulan ‘whatsApps’ kiriman haruslah yang berunsul kebaikan dan bersih, mana yang tidak sesuai tidak perlulah dikirimkan ke dalam kumpulan ‘whatsApps’ kerana boleh merosakkan sendiri.

“Sekali lagi dingatkan ketua-ketua kaum yang bangkit dan sebar hal perkara keagamaan dan perkauman”, jelasnya.


Rosey yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.71 Bekenu menambah, zaman moden ini dengan penggunaan ‘whatsApps’ sangat memudahkan kumpulan besar seperti Kumpulan ‘whatsApps’ Ketua Kaum dalam memaklumkan program dan mendapat maklum balas yang cepat.

Jika mempunyai kiriman kurang sesuai adalah lebih elok kirim terus ke ‘whatsApps’ pribadi rakan, tidak perlu diperhebohkan dalam kumpulan bagi menjaga tanggungjawab sendiri selaku pemimpin masyarakat.

“Jika mahu muat naik sesuatu perkara yang diperolehi daripada rakan adalah harus dikaji terlebih dahulu dan dapatkan sumber yang jelas”, ujarnya lagi.



Turut hadir menyaksikan Majlis Penyerahan Sijil Lantikan itu ialah Timbalan Pegawai Daerah Subis, Minggu Jampong dan hampir kesemua Ketua-ketua Kaum Bekenu dan Niah.

















Seramai tujuh ketua kaum yang menerima Sijil Pelantikan itu ialah Tr. Richard Pie Tugang, Tr. Enju Nyaling, Tr. Chengki Mangun, Tr. Aron Libang, Tr. Epat Bakar, KK Hassan Malik dan KK Mundi Ahmad.