Selasa, 12 Mei 2009

Oleh : Adum Liu
12 Mei 2009

BOM?? - Polis terkejut dan segera ke tempat bom

UTUSAN SUBIS (BEKENU – 12/5/2009) – POLIS Bekenu terkejut dengan panggilan daripada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman mengenai dua letupan bom yang berlaku di pekan Bekenu sekitar jam 6.30 petang tadi.

Menurut jurucakap daripada balai polis Bekenu ketika ditemui memberitahu bahawa dua letupan kuat yang dikatakan bom itu adalah merupakan bunyi mercun jenis air boom dan memang kuat bunyi letupan sehingga membuat orang ramai di sini gempar seketika.

Katanya, sekumpulan anggota polis yang telah menerima panggilan itu terus bergegas ke tempat letupan dan mendapati tiada kejadian yang serius berlaku.

Perbuatan mengempar itu telah dilakukan oleh dua remaja yang tidak diketahui yang berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak polis, tambahnya.

Pihak PDRM Bukit Aman telah dihubungi oleh seseorang remaja yang terkejut ketakutan dengan dua letupan kuat itu dengan mengguna talian 999, yang kemudian terus sampai ke Balai Polis Bekenu untuk tindakan lanjut.