Khamis, 18 Julai 2019



TERIMA KASIH…. Pegawai Pertanian Bekenu Ace Jawin menyerahkan benih Musang King kepada Wakil ADUN Bekenu, William Changgan, turut kelihatan ialah Kaunselor Sulaiman Ahmad untuk diagihkan kepada penerima fasa pertama di Jabatan Pertanian Bekenu semalam.
  

Lima tahun lagi banyak 

'Musang King' di Daerah Subis


18 Julai 2019 [Adum Liu] ~ Daerah Subis mampu menjadi sebahagian pengeluar durian jenis Musang King terbanyak dari kawasan utara Sarawak dalam masa lima tahun akan datang dengan pengagihan benih tersebut kepada penduduk di sini semalam.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu melalui bantuan Jabatan Pertanian Bekenu semalam telah mulakan pengagihan fasa pertama dengan jumlah 2644 pokok benih durian Musang King untuk 13 kampung dan rumah panjang di sini.

Tr. Richrad Pie Tugang (gambar bawah) dari Bakas Sibuti ketika ditemui ditemui berkata, pengagihan berkenaan merupakan fasa pertama dan permohonan kami adalah melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu.  


“Kami sangat berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri N.71 Bekenu, Hajah Rosey Yunus telah memberi sokongan penuh sehingga berjaya mendapatkan benih Musang kini ini dalam masa yang singkat.

“Bantuan serupa ini sangat tepat dalam usaha kerajaan Sarawak untuk mempertingkatkan ekonomi dan pendapatan masyarakat luar bandar supaya tidak tertumpu kepada sejenis tanaman seperti kelapa sawit”, jelasnya.

Tambahnya, bantuan itu jika boleh berharap kerajaan Sarawak akan menyusuli dengan bantuan seperti baja (subur dan pembesaran) dan racun rumpai supaya pokok dapat cepat membesar dengan pengeluaran hasil yang baik.


Sementara itu, Tr. Magret Jawan dari Kampung Bumiputra Ladang 3 turut merakam terima kasih kepada bantuan benih Musang King yang boleh mendatangkan hasil pendapatan jika durian tersebut dapat tumbuh dengan subur.

Durian ini merupakan buah yang popular untuk dimakan segar lagi harga yang tinggi masa ini, sudah pasti ramai penduduk Daerah Subis akan mudah mendapatinya dengan harga yang murah jika kuantiti pengeluarannya banyak kelak, jelasnya.

Pegawai Jabatan Pertanian Bekenu, Ace Jawin turut menasihati supaya penerima bantuan benih Musang King menjaga tumbesaran dengan baik ialah jarak tanaman dan cara penanaman.


Katanya, jarak tanaman benih Musang King ini ialah sistem empat segi tepat iaitu 10 x 10 meter  atau 12 x 12 meter. Menanam secara kontur pada jarak 10 meter digunakan bagi kawasan curam.


Cara penanaman pula ialah korek lubang berukuran 0.6 m X 0.6m X 0.6 meter digali dan dibiarkan selama dua hingga empat minggu. Sebanyak 5 hingga 10kg bahan organic berserta 200g CIRP dimasukkan ke dalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.


Tambahnya, antara penduduk yang menerima bantuan benih Musang King iaitu dari Kampung Bekenu Asli, Selanyau, Peliau, Bulau, Padang Niah, Masjid Niah, Rumah Panjang Richard Pei, Empading, Ridun, Majang dan kaum Cina di Bekenu dan Batu Niah.  Hadir bersama ialah Pegawai Khas Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu, Kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua kaun setempat.