Jumaat, 11 Disember 2009

SEJARAH MIRI…Aidan Wing bersama Rosey Yunus ketika mengadakan lawatan ke tapak Pameran Pembangunan Daerah Miri 2009 di Dewan Masyarakat Bekenu.

Aidan : Usaha Sendiri Dapat Pembangunan

UTUSAN SUBIS (11/12/2009) – Program pembangunan tidak dapat berlaku dengan mudah tanpa kita sendiri berusaha untuk menjadikan reality, ianya perlukan iltizam yang tinggi dan kuat daripada kita.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 62 Lambir Aidan Wing berucap pada Majlis Perasmian Program Pameran Pembangunan Daerah Miri 2009 di sini berkata untuk mencapai kejayaan kita perlu bersatu padu dan kerjasama.

Kita juga perlu bersemangat saling hormat-menghormati berkonsep 1 Malaysia serta kecekalan kita untuk maju serta berubah adalah sangat penting demi mewujudkan pembangunan dan kejayaan, jelasnya.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar kita semua terutamanya golongan muda dapat hadir melawat Pameran Pembangunan di Dewan Masyarakat Bekenu yang diadakan selama tiga hari ini.”

“Kehadiran orang ramai adalah digalakkan kerana ia penting agar kita dapat faham dan menghayati apakah pembangunan yang telah mengambil tempat di Daerah Miri ini dari dahulu sehingga kini”, katanya.


Antara aktiviti diadakan iaitu pada 11 Disember (hari ini) ialah Pertandingan Sibuti Idol, Pertandingan Memasak dan Sukan Kampung, 12 Disember ialah senam seni, gotong royong (masyarakat setempat), Pertandingan Sibuti Idol, Pertandingan Memasak Suami Isteri, Teka dan Kuiz, Pertandingan Sukan Rakyat (sumpit/gasing/boling kelapa/tarik upeh), Pertandingan Akhir Ratu Kebaya dan Persembahan Kebudayaan. Pada 13 Disember, Majlis penutupan jam 1100 pagi akan disempurnakan oleh ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus.


Turut hadir di majlis perasmian pembukaan ini ialah ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus, Pegawai Tadbir Sarawak Sibuti Awang Ja’apari Awang Narawi, Pengurus Operasi FAMA Miri Amin Pata dan Kaunselor Jamali Basri serta ketua-ketua kaum kawasan Sibuti.
UTUSAN SUBIS (11/12/2009) – Janji-janji kerajaan berusaha untuk membantu rakyat adalah tidak pernah dibelakangkan demi kesejahteraan dan meringankan bebanan yang menimpa rakyat ketika mengalami bencana banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.61 Bekenu Rosey Yunus bercakap pada majlis penyerahan wang ehsan pertanian di Dewan Masyarakat Niah/Sepupuk bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan permohonan bantu banjir walaupun hampir setahun telah berlalu.

Katanya, kerajaan adalah sentiasa memandang berat terhadap kesulitan rakyat walaupun mereka daripada pihak pembangkang, ini kerana mereka juga rakyat kawasan kita dan kerajaan kita adalah 1 Malaysia iaitu ‘Rakyat Diutamakan, Penyacapaian Didahulukan’ tidak adalah yang terpinggirkan.

“Kemusnahan tanaman, ternakkan dan peralatan ladang akibat banjir yang dimiliki oleh rakyat bahawa kos kerugian yang ditanggung mereka adalah tinggi, maka kerajaan sangat memandang berat kesulitan mereka”.

“Oleh demikian, kerajaan telah mencari jalan dalam membantu mereka iaitu mengagihkan peruntukkan berupakan wang ehsan berjumlah RM1,000 kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Niah/Sepupuk ini“, jelasnya.

Katanya, kerajaan bukan sahaja mengagihkan wang ehsan di kawasan ini sahaja, malah mangsa-mangsa banjir di kawasan Batu Niah dan Bekenu juga menerima bantu yang serupa.

Bantuan ini bukan juga hanya ada di kawasan DUN N.61 Bekenu, ia juga meliputi kawasan DUN di seluruh Sarawak yang menggalami bencana banjir.

Selain itu, kerajaan juga telah mengeluarkan wang ehsan motor bot di N.61 Bekenu pada pertengahan tahun ini dan pelbagai bantuan telah diterima rakyat, ini sudah membuktikan bahawa kerajaan benar-benar begitu prihatin terhadap rakyat, jelasnya.

Pada majlis ini bahawa sebanyak 19 kampung-kampung dan rumah-rumah panjang terlibat telah menerima wang ehsa. Sementara itu, beliau juga menyeru ketua-ketua kaum supaya mengemas kini rekod penduduk masing supaya tidak ada yang dipenggirkan.

Turut hadir membantu Rosey Yunus pada penyerahan wang ehsan ialah pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Daerah Niah/Suai, SAO Niah Salbilah Madah dan ketua kaum kampung dan rumah panjang.