Isnin, 12 April 2010

TERIMA SAYA… Abu Saini berjumpa dengan Datuk Daud Abdul Rahman luah hasrat sertai BN.

Pengerusi PKR Bekenu

mahu sertai BN


UTUSAN SIBUTI – Tiga wakil rakyat komponen Barisan Nasional (BN) sambut baik hasrat Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bekenu telah berubah hati menyuarakan untuk menyertai BN demi rakyat.


Ahli Dewan Undangan Ngeri N.62 Bekenu Rosey Yunus ketika ditemui pada kerja lawatan mesra di Kampung Tiris hari ini berkata, kita sangat mengalu-alukan sesiapa saja ingin menyetai BN dengan terbuka bagi kepentingan masyarakat lebih terjamin.


KEBETULAN… Rosey Yunus (kiri) ketika minum bersama Mokdak Ismail (kanan) secara tidak sengaja terjumpa lawannya pada pilihan raya DUN 2006.


“Saya sangat gembira kerana Ketua PKR Bekenu Abu Saini mempunyai hati terbuka dan berjumpa dengan kami iaitu Menteri Muda Pembangunan Infranstruktur/Hal Ehwal Islam Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan para kaunselor dengan lantang menyuarakan keluar dari PKR dan serta BN”.


“Kami dengan suka cita menyambut penyertaan Abu Saini yang dituruti oleh ramai lagi ahli PKR, kesedaran mereka (pembangkang) ini di atas sebab kerajaan BN telah terbukti membawa pelbagai pembangunan terutama kepada masyarakat di luar bandar kini boleh setandingan menikmati kemudahan asasnya”, jelasnya.


Rosey Yunus yang kebetulan berjumpa dengan calon PKR Mokdak Ismail yang menentangnya dan minum semeja di pekan Bekenu hari ini kelihatan sangat mesra dan masing-masing menunjukkan kematangan politik berdemokrasi ini.


Mokdak Ismail ketika ditanya mengenai terdapat orang kuat PKR Bekenu terasa terkejut kerana tidak tahu mengenai perkara ini dan belum menerima surat keluar dari PKR kepada nya dalam masa terdekat ini.


“Keputusan ini adalah kehendak individu kita tidak menghalang kerana bagi saya adalah lebih penting untuk pembangunan dan mengatasi masalah yang dihadapi rakyat”.


“Bagi saya, penyertai PKR ialah untuk membantu rakyat susah dan cara paling mudah membantu rakyat ialah hanya bersuara di atasan apa yang dihadapi oleh masyarakat di luar banar. Jika penyertai PKR cuma fikirkan mendapat sesuatu dan keuntungan individu daripada PKR ada lebih baik saya tidak setainya kerana itu, yang saya mahu ialah pembangunan kepada rakyat” jelas Mokdak masih tenang dalam berpolitik.


Abu Saini… Insaf dan muak dengan janji kosong PKR.


Ketua PKR Bekenu Abu Saini ketika ditemui baru-baru ini berkata, penyertaan dengan PKR merupakan satu langkah yang salah dan kini tersangat muak dengan janji-janji kosongnya.


“Penyertaan yang salah saya ini telah benar-benar muak dengan peranan PKR tidak dapat membawa apa-apa kebaikkan dan keuntungan serta pembangunan kepada rakyat. Sekarang saya sudah berputus hati dan tetap akan menyertai pasukan Barisan Nasional mampu menjamin masa depan generasi akan datang”.


“Saya bersama PKR telah banyak merugikan masa dan wang ringgit sendiri kerana ingin membantu rakyat, tetapi apa kan daya saya hanya bersama PKR cakap kosong. Dengan ini saya mohon ahli-ahli PKR akan mengikuti saya menyertai BN”, jelasnya.


Katanya, kita telah mendengar dan lihat bahawa sudah ramai wakil rakyat PKR keluar dari parti kerana tidak mempercayai kewibawaan pemimpin tertinggi KPR langsung tiada membawa kemajuan kepada rakyat malah menambahkan kesusahan rakyat yang ada.


Rakyat luar bandar juga dinasihati supaya tidak sekali untuk memberi sokongan kepada mana-mana parti yang menentang BN pada pilihan raya yang bakal menjelang dalam bila-bila masa pada tahun depan, jelasnya.


Mengenai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang dikatakan sedang giat berjalan-jalan kunjungan di kawasan Bekenu ini, beliau berkata, usaha mereka yang cuba untuk menawan kerusi N.61 Bekenu ini adalah sia-sia sahaja kerana rakyat sudah muak dengan janji-janji manis lagi kosong pihak pembangkang.

____________________________


BANTUAN… Datuk Daud (tiga kanan) menyampaian bantuan kepada Surau Al-Azim yang diterima oleh Abdul Ghani sambil diperhatikan oleh Ahmad Lai (empat kanan) dan Rosey Yunus (empat kiri).


Penduduk Kampung Tidak

Lagi Terpinggir - Daud


UTUSAN SIBUTI – Masyakat Kampung Bungai bukan tergolong dalam kawasan terperinci dengan pelbagai kemudahan asas sudah dapat dinikmati seperti di bandar bandar lain di negeri kita.


Demikian kata Menteri Muda Infranstuktur (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman ketika mengadakan lawatan kerja dan penyerahan perkakasan ke pada Surau Kampung Gatas di sini pada malam kelmarin.


Katanya, kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat sekali pun berada di pedalaman, kita sentiasa memainkan peranan penting untuk rakyat supaya setiap lapisan masyarakat kita mendapat pembangunan dan kemajuan kerana masyarakat telah memberi sokongan padu kepada kerajaan kita.



“Dengan pembangunan infranstruktur dan kemudahan asas seperti jalan raya persisiran pantai, sekolah, Surau, bekalan air bersih dan elektrik serta pelbagai telah membawa Kampung Gatas Bungai ini tidak lagi terperinci”.


“Dahulu kampung ini yang tidak mempunyai kemudahan asas jika hendak ke Miri terpaksan memerlukan masa selama sehari suntuk dan sekarang Cuma 45 minit sudah sampai di Miri. Kampung ini juga telah mempunyai bekalan air bersih dan elektrik adalah atas keperihatian kerajaan kita”, jelasnya.


Katanya, masyarakat harus berterima kasih kepada kerajan hanya melalui sokongan pada terus memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk membangunkan negeri yang lebih setanding dengan bandar lain di Malaysia.


Masyarakat di sini turut dinasihati agar menggunakan kemudahan asas dengan sebaik-baiknya kerana peruntukkan kerajaan yang disalurkan itu memerlukan peruntukkan yang besar, jelasnya.


Sehubungan itu, sistem jalan kampung juga sudah sempurna maka rakyat di sini akan mudah mengeluarkan pelbagai hasil tani dan pendapatan mereka akan lebih baik malah mereka juga akan mampu bersaing dengan di bandar yang tetap dengan pendapatan bulanan mereka, tambahnya.


Pada majlis berkenaan, Datuk Daud Abdul Rahman turut menghulurkan bantuan kepada Surau Al-Azim Gatas sejumlah RM3000 untuk kegunaan surau ini menjalankan aktiviti keagamaan islam di kawasan ini.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Bekenu Rosey Yunus, Pengerusi Surau Al-Azim Gatas Abdul Ghani Kamet, pegawai Jabantan Islam Sarawak dan Miri, pegawai Baitulmal Miri, kauselor-kaunselor dan Ketua-ketua kaum Bekenu.

_______________________________________________


SAMBUTAN… Penduduk kampung mengambil peluang untuk pemeriksaan kesihatan dalam Projek Program Kesihatan Kemasyarakatan pada pagi tadi.


Program Kesihatan Masyarakat

dapat sambutan


UTUSAN SIBUTI – Projek Program Kesihatan Masyarakat anjuran Mercy dan Jabatan Bomba Miri di Kampung Tiris hari ini mendapat sambutan daripada masyarakat luar bandar.


ADUN Bekenu Rosey Yunus ketika ditemui dalam kerja meninjau keadaan program berkenaan berkata, kerja amal yang dijalankan oleh kakitangan kerajaan di penghujung minggu harus dihargai kerana mereka sanggup menjalankan tugas luar daripada waktu pejabat.


Katanya, ini sudah terbukti bahawa kerajaan juga sentiasa mengambil berat tentang kesihatan, kebersihan dan keselamat penduduk kampung di dalam keadaan yang terjamin bebas daripada masalah penyakit.


Kerja amal sedemikian adalah banyak memberi kemudahan kepada penduduk kampung yang jauh dari bandar untuk mereka datang ke klinik swasta dengan kenderaan sewa sudah cukup membebankan mereka dengan perbelanjaan yang besar ke sana, jelasnya.


Di sini penduduk kampung yang mempunyai pelbagai masalah sakit boleh tampil ke depan untuk diperiksa, antara pemeriksaan yang dijalankan di sini ialah periksa mata, pergigian, darah dan masalah sakit wanita juga disediakan.


Sehubungan itu, masyarakat luar bandar jika terdapat program sedemikian di kampung-kampung adalah jangan malu dan ambil peluang ini untuk pemeriksaan awal supaya tidak mengalami masalah terakhir bila sudah tahu diri mengalami penyakit tertentu, nasihatnya.


LATIHAN… Hendry Jugah memberi latihan ringkas cara memadam api kepada penduduk kampung.


Program Mercy yang diketuai oleh Jennie Soh yang disertai oleh empat orang doktor dan dua anggota bomba serta belasan kakitangan Mercy telah memberi perkhidamatan yang memuaskan.


Selain itu, pihak bomba turut menyampaikan 10 tong pemadam api yang di sampaikan oleh pegawai bomba Miri Hendry Jugah. Penduduk kampung turut diberi latihan ringkas cara mengguna dan memadamkan api yang lebih selamat ketika berhadapan dengan masalah kebakar yang berlaku.