Ahad, 24 Mei 2009

Gambar atas... Pihak Bomba sedang berusaha memadamkan api dalam keadaan gelap dan bahaya.

Oleh : Adum Liu
23 Mei 2009

Pejabat JP Kabuloh musnah dalam kebakaran

UTUSAN SUBIS (Kabuloh – 23/5/2009) – Pejabat Jabatan Pertanian Kabuloh yang telah dibina pada tahun 1964 di kilometer 44 dari Miri musnah dijilat api sekitar jam 10.30 malam semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mereka telah menerima panggilan kebakaran daripada penghuni di Jabatan Pertanian Kabuloh sekitar jam 10.45 malam dan sampai di tempat kejadian kira-kira jam 11.30 malam.

“Setibanya di tempat kejadian kejadian kebakaran bahawa sudah hampir keseluruhan banguan ini musnah dan kerja memadam api juga sukar dijalankan kerana keadaan sekitar yang gelap.

Selain daripada itu, wayar elektrik yang masih hidup yang tersangkut pada pagar besi juga membahayakan kerja memadam api, di mana kami juga memerlukan bantuan daripada pihak Sesco untuk memutuskan bekalan elektrik tersebut”, katanya.

Kebakaran ini juga turut memusnahkan dokumen penting, 5 unit komputer dan 10 bilik pejabat. Punca kebakaran masih dalam siasatan.