Jumaat, 2 April 2010

PERJANJIAN… Dato Sri Jemut Masing (tengah) menyaksikan sesi perjanjian di antara Pelita Holding Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Abdullah Chek Sahamat (kanan) dan Cipta Sawit Sdn. Bhd. Pengarah Urusn Hii Poh Bing (kiri).


NCR DIMAJU TANAMAN SAWIT


UTUSAN SIBUTI - Program penanaman kelapa sawit berkumpulan dengan berkerjasama pihak pemaju tanah akan lebih senang untuk membuat penyukatan Tanah Adat Bumiputera (NCR), kata Menteri Kemajuan Tanah, Sarawak.


Menterinya, Dato Sri James Jemut Masing berkata, kerajaan tidak akan mengambil hak milik tanah rakyat malahan kerajaan terus membantu rakyat dalam pembangunan demi kepentingan masa depan rakyat lebih terjamin.


“Permohonan rakyat untuk mendapatkan geran tanah dan mohon pihak Jabatan Tanah dan Ukur untuk kerja pengukuran tanah adalah memakan masa yang panjang kerana banyak perkara harus dilalui dalam kerja pemprosesannya”.


“Maka kerajaan dengan adanya kerjasama daripada peminat majukan tanah telah menjadikan pemprosesan ukuran tanah lebih senang diuruskan kerana pemaju tanah yang ingin kawasan itu untuk sesuatu projek seperti tanaman kelapa sawit ini harus didahulukan mendapat kelulusan daripada penduduk rumah panjang dan Jabatan Tanah dan Ukur ”, jelasnya.

Penduduk harus hafam dan beri kerjasama kerana yang mendapat keuntungan besama peminat memajukan tanah NCR di kawasan tertentu sudah tentu yang mendapat untung dan pulangan hasil nanti ialah pemilik tanah dan anak cucu mereka sendiri kerana sudah ada mempunyai geran tanah milik sendiri.


Majlis Perasmian Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek NCR Bok-Bakong (Block B), Miri telah disaksikan oleh Dato Sri Jemut Masing hari ini ialah perjanjian di antara Pelita Holding Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Abdullah Chek Sahamat dan Cipta Sawit Sdn. Bhd. Pengarah Urusn Hii Poh Bing.


Turut hadir ialah Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak Sylvester Entri Muran, Setiausaha Tetap Kementerina Tanah Sarawak Datuk Jaul Semion dan pegawai-pegawai kerajaan Daerah Baram serta ketua-ketua kaum Daerah Bakong-Baram.


Pada majlis perjanjian ini bahawa sebanyak 35 buah rumah panjang beminat untuk projek penanam kelapa sawit secara besar-besaran bersama pihak pemaju tanah berkenaan, di mana seluas 7,913 hektar akan dibangunkan kelak.


Pada masa yang sama, Dato Sri Jemut Masing juga bercadang untuk membawa projek sedemikian untuk mendapat bantuan dari segi peruntukkan daripada Kerajaan Pusat supaya lebih berkesan yang boleh membawa pembangunan untuk pelbagai infrustruktur dapat dilaksanakan.