Rabu, 11 November 2009

KESULITAN…Kawasan jalan banjir kilat kedua, kelihatan beberapa masyarakat dari dua rumah panjang di Ulu Niah terpaksa berjalan kaki menyeberangi banjir berkenaan.

Banjir Kilat: 2 rumah panjang putus hubungan dengan luar

UTUSAN SUBIS (11 November 2009) - Dua buah rumah panjang di Ulu Niah terputus hubungan apabila jalan utama mereka ke bandar dan kilang-kilang kelapa sawit sepanjang 100 meter akibat banjir kilat ekoran hujan lebat sejak dua hari lepas.

Changgai Dali, 40-an dari Rumah Ranggong Sungai Sah Ulu Niah ketika ditemui di sini pagi tadi berkata, ekoran hujan lebat dua hari lepas telah membuat kami dan Rumah Panjang Belilie Sungai Tema Ulu Niah mengalami kesulitan untuk mengeluarkan tandan segar kelapa sawit ke kilang.

Katanya, ketinggian air dari paras jalan raya ialah 4 hingga 5 kaki dalam dan ini membuat kami di kawasan ini tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti ke kebun sawit dan huma kerana ini merupakan jalan utama kami.

Selain daripada itu, ramai pekebun di sini menggalami kerugian dengan kemusnahan tanaman dan tandan segar kelapa sawit tidak dapat dijual yang terperangkap di tepi jalan, tambahnya.
TUNGGU… Gambar menunjukkan kawasan banjir kilat pertama, kelihatan beberapa buah kenderaan yang tidak dapat melalui jalan kerana banjir kilat telah menenggelami jambatan dan bahaya.

Tinjauan Utusan Subis di jalan berkenaan bahawa terdapat dua jalan utama ditenggelami banjir kilat yang langsung tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil dan lori muatan 3 tan.

Sehingga berita ini ditulis hari ini bahawa keadaan jalan raya berkenaan masih belum surut lagi kerana hujan masih turun pada pagi ini dan membuat masyarakat dua buah rumah panjang semakin risau keadaan bertambah lebih buruk akan berlaku.
Puan Sarifah Sulaiha Wan Tapa mohon pihak MDS supaya menyediakan Stor atau meja berkunci untuk tempat meninggalkan jualan yang tidak habis dijual.

Pengguna berharap MDS menyediakan stor tamu
UTUSAN SUBIS (11 Novermber 2009) - Para penjual sayur-sayuran dan buah-buahan di Tamu Majlis Daerah Subis (MDS) mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan mencari jalan mengatasi masalah untuk penyimpan bekalan jualan harian yang tidak habis dijual pada sesuatu masa.

Penghulu Junit Haji Molok, lewat 40-an ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti hari ini mencadangkan, adalah baik jika pihak berkuasa iaitu Pejabat Daerah Kecil Sibuti dan MDS dapat menyediakan stor atau meja berpeti untuk memudahkan penjual meninggalkan jualan yang tidak habis dijual.

Penghulu Junit Haji Molok

“Saya dipahamkan oleh beberapa penjual tetap (kaum wanita) di tamu berkenaan bahawa mereka mengalami kesusahan untuk membawa pulang bekalan mereka kerana tidak mempunyai kenderaan (kereta) kerana jaul.

Selain daripada terdapat beberapa wanita yang berniaga di sini adalah suami mereka OKU dan mendapat tekanan apabila kena amaran tidak meninggalkan bekalan mereka di setiap petak jual”, jelasnya.

Katanya, saya akan berusaha membawa beberapa penghulu di sini supaya bersama mencari jalan membantu mereka kerana tamu ini digunakan oleh masyarakat berbilang kaum dari kampung dan rumah panjang kawasan P.218 Sibuti.

Sarifah Sulaiha Wan Tapa, 34, dari Kampung Dagang ditemui di tamu dengan keadaan menanggis menceritakan nasibnya bahawa suaminya yang lumpuh beberapa tahun tidak dapat mencari rezeki dan telah memaksa dia (Sarifah) menjual sayur sebagai menyara hidup keluarga.

Noor Halina Abdullah, 42, dari Kampung Pejuang Kelulit juga merasa kesal terhadap pihak MDS yang tidak menyedari keperitan penghidupan kami yang susah bertindak merampas bekalan yang tidak habis dijual semalam.

Puan Noor Halina Bt Abdullah

Dua masyarakat Cina dari Kampung Angus dan Pelapi yang enggan nama disiarkan berharap MDS memberi kelonggaran agar bekalan jualan mereka dapat di tinggal kerana amat bahaya disepanjang jalan membawa pulang jualan yang berat lagi banyak menggunakan motosikal.

Manakala, rata-rata pengguna tamu berkenaan amat berharap supaya pihak MDS dapat menggunakan hasil kutipan harian yang sekian lama telah dikutip dapat membuat stor atau meja untuk memudahkan mereka meninggalkan bekalan mreka.