Jumaat, 16 Mac 2012

BORANG SABERKAS… Pengerusi Saberkas Unit Beluru menyerahkan borang ahli kepada Datuk Sylvester Entri Muran pada majlis yang diadakan di Bakong pagi tadi. 

ADUN Marudi : Saberkas serap belia pegang jawatankuasa

PENGUJUDAN Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) ke kawasan luar bandar sebagai pesediaan untuk mencari pelapis dari golongan belia diserap dalam jawatankuasa pada masa akan datang.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran ketika ditemui di Majlis Pelancaran Unit Saberkas Kawasan Beluru di Dewan Masyarakat Beluru pagi tadi berkata, para belia kawasan luar bandar juga harus diberiperhatian demi pembangunan dan kemajuan.

Katanya, para belia ini haruslah diserapkan untuk menyertai setiap aktiviti dan jawatankuasa di kawasan masing-masing kerana ini secara tidak langsung mereka ini akan terdedah dengan cara-cara kaum bapa menjalankan tugas penting.

“Oleh itu, kita di dalam Saberkas ini telah memberi banyak peluang kepada belia untuk melibatkan mereka ke jawatankuasa, di mana 70 peratus adalah golongan belia dan 30 peratus adalah kaum bapak sebagai pengiring belia ini.

“Wujudnya Saberkas ini juga untuk menyatupadukan para belia dengan masyarakat setempat yang juga mengeratkan lagi perhubungan persaudaraan,” jelasnya.

Datuk Sylvester yang merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Marudi menambah, Saberkas yang ditubuhkan pada tahun 19072 kini berjaya menyatukan golongan belia di negeri ini.

Objektif penubuhan SABERKAS di sini juga selaras dalam pendedahan pembangunan kepada belia yang berusia bawah 39 tahun ke 19 tahun. Pendedahan ini juga mengikuti pembangunan negara yang menuju ke arah pembangunan dalam tahun 2020 dan pembangunan negeri Sarawak pada tahun 2030 kelak, jelasnya lagi.

Saberkas ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menjadi ahli, harus diberi perhatian adalah mereka yang tergolongan daripada usia 16 hingga 39 tahun untuk lebih bergiat.

Mana kalan masayarakat berusia 40 tahun ke atas pula ialah sebagai pengiring untuk menyokong setiap kegiatan aktiviti dirancang oleh para belia, katanya.

Turut hadir ialah,Pengerusi Saberkas Unit Beluru Nelson Nulai, Penghulu Sidu, Penghulu Enggah, Penghulu Nyadang, Penghulu Ela, kaunselor Ida Igar dan tuai-tuai rumah panjang kawasan Beluru.

Pada majlis itu seramai 113 orang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Saberkas Unit Beluru dan borang telah diserahkan oleh Pengerusi Saberkas Unit Beluru kepada Datuk Sylvester Entri.

Saberkas Cawangan Marudi kini mempunyai enam unit iaitu Saberkea Unit Teruking, Unit Nabor, Unit Jengan, Unit Penggelayan, Unit Beluru dan Unit Marudi.