Khamis, 28 April 2011


UTUSAN SIBUTI - Masyarakat nelayan di empat perkampungan nelayan kasawan Sibuti kecewa dengan skim subsidi petrol dan insentif RM0.10 sekilo pendaratan ikan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak berfungsi hampir sebulan.

Haji Abdullah Haji Yaman, 57, nelaya sepenuh masa yang ditemui di Kampung Kuala Sibuti hari ini berkata, nelayan di sini amat kecewa kerana tidak dapat menikmati subsidi petrol LKIM ekoran mesin aktif kad (PDA) tidak berfungsi.


Abdullah Yaman yang punya 30 tahun pengalaman turun ke laut mencari rezeki berkata, antara masyarakat nelayan yang terlibat mengalami kekecewaan serupa ialah nelayan Kampung Bungai, Peliau dan Kuala Niah yang terpaksa menggunakan petrol mahal untuk turut ke laut mencari rezeki.


“Kami sangat rugi tidak dapat menikmati minyak subsidi itu, kami juga rugi tidak menikmati insentif RM0.10 sekilo pendaratan ikan yang berjaya didaratkan melalui usaha gigih mencari ikan di tengah lautan yang berbahaya.


“Kami juga tidak mahu LKIM menjadi penghalang utama kepada masyarakat nelayan di sini untuk kami terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya (Parlimen) akan datang”, jelasnya.


Pihak KLIM sangat diharapkan agar dapat turun padang menyaksikan penderitaan kaum nelayan membuat kerja yang terpaksa juga membeli petrol dengan harga pasaran RM1.90 seliter, tambahnya.


Julaihi Zainal, 48 tahun (Kuala Sibuti) adalah salah seorang daripada ratusan nelayan juga terkilan dan kecewa dengan sikap LKIM tidak memandang serius terhadap keperitan kaum nelayan mencari ikan untuk dapatkan bekalan makanan kepada orang ramai.


Katanya, pengagihan subsidi petrol LKIM sebanyak 45 liter itu adalah tidak mencukupi, dalam masa sehari ke laut mencari rezeki kaum nelayan di sini terpaksa menggunakan sejumlah hampir 100 liter petrol.


“Bayangkanlah 100 liter petrol digunakan sehari ke laut dan beberapa harus kami perlu belanjakan? Jika hasil tangkapan ikan tidak mencapai sasaran, maka kami yang mengalami kerugian.


“Pegawai LKIM Miri perlu punya inisaitif sendiri untuk mencapai kejayaannya yang berkonsep gagasan 1Malaysia, teruskan kerja turun padang melihat pejabat kecil LKIM dan mesin aktif kad ahli nelayan di stasyen minyak di pekan Bekenu”, jelasnya.


Paling mengecewakan ialah mesin aktif kad ahli yang rosak telah diganti baru dan kini mesin tersebut berada di stasyen minyak dan masih belum dapat digunapakaikan lagi, tambahnya.


Ahmad Bujang, 48, ketika ditemui berkata, sangat diminta pihak LKIM segerakan kerja turun padang bagi penyelesaian masalah kecil yang dianggap oleh LKIM Miri.


Katanya, pegawai pengistihar di pejabat LKIM Bekenu juga telah lama tidak muncul amat menyukarkan kaum nelayan untuk mendapatkan bekalan petrol.


“Perkara sedemikian amat menyedihkan dan jika keadaan ini terus berlaku maka tidak hairan LKIM akan menjadi penghalang kami untuk memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya kelak”, jelasnya.


Utusan Sibuti juga turut mendapat pengesahkan kejadian ini daripada mantan Pengerusi Persatuan Nelayan Malaysia dan Sarawak Kaunselor Jamali Basri yang kebetulan berada di Kuala Sibuti.


Kaunselor Jamali turut berasa kecewa mengenai perkara sedemikian dan beliau sangat berharap agar pihak LKIM perlu memberi komitmen mendalam terhadap kaum nelayan yang bersusah payah turun ke laut untuk mencari bekalan kepada rakyat.


“LKIM harus segera bertindak sebelum nelayan parah dan bertukar angin tidak bersama kerajaan BN pada pilihan raya nanti”, tambahnya.


UTUSAN SIBUTI - Kekalkan rekod terbaik Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 Parlimen dijangka akan berlangsung pada tahun 2012 depan.

Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berjalan dengan lancar dan rekod terbaik di Malaysia, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Sarawak Datuk Takun Sunggah.


Katanya, rekod terbaik pilihan raya kali ini adalah kerana pasukan petugas SPR telah mendapat talimat yang sepenuhnya dan arahan telah diikuti dengan sempurna oleh petugas-petugas.


TAHNIAH… Takun Sunggah (dua kanan) menyampaikan Sijil Penghargaan dan Terima Kasih kepada salah seorang petugas SPR DUN Bekenu, turut kelihatan di sini ialah Hamdan Katang (dua kiri).


“Pilihan raya di DUN N.61 Bekenu sangat berjaya dan berjalan dengan lancar serta tidak menghadapi sebarang masalah sehingga pengundi di sini turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab.


“Keselamatan semasa pilihan raya iaitu hari penamaan calon, berkempen, pengundian dan kira undi sangat lancar, keselamat semua petugas SPR juga terjamin ekoran kawalan dan bantuan pihak polis dan para media massa juga memberi kerjasama sehingga tamat proses pilihan raya ini”, jelasnya.


Memang sah pilihan raya Sarawak kali ini yang terbaik jika berbandingan dengan keadaan di Semenanjung Malaysia yang sering berlaku huru-hara menjadikan keadaan kurang selamat kepada masyarakat di sana, katanya di Majlis Penghargaan Dan Terima Kasih kepada petugas SPR DUN Bekenu di Miri malam tadi.


Takun, pilihan raya lepas bahawa seramai 213 calon dari kawasan N.1 hingga N.71 yang dipertandingan telah berjaya diteruskan dan tidak ada seorang pun yang menarik diri di saat akhir.


Oleh demikian, petugas SPR diharap yang terus mengekalkan rekod terbaik ini untuk menghadapi pilihan raya yang mungkin akan dilaksanakan pada tahun depan, tambahnya lagi.


Turut hadir pada Majlis ini ialah Pegawai Pengurus SPR Bekenu Hamdan Katang, Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat, SAO Ali Abdullah dan SAO Serbillah Dahlan serta petugas-petugas SPR.