Rabu, 30 September 2009

SELAMAT HARI RAYA… Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang (tengah) mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke Restoran Yun di Pekan Bekenu (29 September 2009) di atas jemputan daripada pengusaha restoran Encik Tay Siaw Pheng (3 kanan), 50-an yang memeluk agama Islam 20 lebih tahun lamanya. Pengusaha restoran berkenaan dengan gelaran Ah Pheng di sini yang masih kekal berwajah Cina dengan berpakaian Melayu amat bersesuai dalam konsep 1 Malaysia. Antara jemputan yang hadir ialah kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti, Depo Tahanan Sementara Bekenu, Guru-guru dari SJK Chung Hwa Sibuti, Pejabat Daerah Kecil Sibuti dan warga Majlis Daerah Subis serta masyarakat berdekatan di Pekan Bekenu.
KENANGAN…Tuan Haji Ahmad Lai (duduk 3 kanan) dan Aidan Wing (duduk 3 kiri) merakamkan kenangan bersama Pengarah FAMA Sarawak, Encik Paza Haji Dan (duduk 2 kanan) dan Amin Pata (FAMA Miri).

Ahmad Lai : Terima Kasih Kementerian Dan Menteri Menitikberat Pembangunan Pertanian Malaysia

UTUSAN SUBIS (29/9/2009) – Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang melahirkan rasa bangga dan berterima kasih kepada Kementerian dan Menteri dalam menitik berat dan bertanggungjawab terhadap pembangunan pertanian di kawasannya dan diseluruh Malaysia.

Berucap pada Mesyuarat Pertama Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) Sibuti di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti, bahawa MPPP ini merupakan ilham daripada Kementerian Pertanian dan Industrian Asas Tani, Datuk Noh Omar yang ingin menggangkatkan sektor pertanian supaya menjadi satu factor boleh menyumbang dan meningkat taraf hidup rakyat Malaysia.

“MPPP ke-14 yang ditubuhkan di sarawak setakat ini, seperti mana yang kita ketahui di Sarawak ada 31 kawasan Perlimen dan hari ini adalah ke 14 kawasan mesyuarat dan kita anggap mesyauarat permulaan pebuhuhan MPPP di kawasan masing-masing.

“Latar belakang MPPP, Jemaah Menteri pada 29 April 2009 telah mengambil maklum bahawa MOA akan menubuhkan MPPP dalam merancang, menyelaras dan memantau program / projek pertanian di setiap kawasan parlimen. Majlis ini akan melibatkan penglibatan Kerajaan Ahli Politik dan Swasta / NGO”, katanya.

Katanya, sebanyak 222 MPPP telah diwujudkan di 222 kawasan parlimen di Malaysia di mana ia di pengerusikan oleh Ahli Parlimen daripada anggota Barisan Nasioanal di kawasan masing-masing.

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang yang juga merupakan Pengerusi MPPP Sibuti berkata, objektif MPPP ini ialah untuk memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan dalam kawasan pertanian tentang program-program pertanian yang dilaksanakan di kawasan parlimen masing-masing.

Kedua, mendapatkan idea-idea berhubung dengan projek-projek tanaman, perikanan, ternakan dan industri asas tani yang boleh dilaksanakan di kawasan parlimen mengambilkira sumber-sumber yang ada.

Ketiga, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah di peringkat perlaksanaan projek-projek tanaman, perikanan, ternakan dan idustri asas tani dengan lebih cepat dan berkesan. Keempat, dapat melaporkan dengan segera segala perkembangan projek kepada pihak Kementerian.

Kelima, ia membantu agensi di bawah MOA dalam memantau perlaksanaan projek-projek pertanian, perikanan, ternakan dan industri asas tani di kawasan parlimen masing-masing.

Turut hadir pada MPPP ialah Adun N.62 Lambir, Aidan Wing, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Paza Haji Dan, Pengurus Operasi FAMA Miri, Amin Pata, Pegawai Jabatan Pertania, Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kakitangan Agrobank dan Pertubuhan Peladang Kawasan Subis serta ketua-ketua masyarakat di P.218 Sibuti.