Selasa, 6 April 2010

BAHAYA… Kesibukan di sekitar jalan lulus di Jalan Persisiran Pantai Miri/Bintulu yang perlu diberi perhatian kerana di sini kenderaan-kenderaan mulai pecut laju.

TINJAULAH… Garisan kuning melintang tengah jalan perlu dibuat oleh pihak berkenaan di kawasan simpang empat dan selekoh serta jambatan sempit harus diambil kira kerana kawasan ini merupakan tumpauan orang ramai ke Pasar Tamu Kampung Bakam.

JALAN KAMPUNG BAKAM BAHAYA

Ramai nyawa telah hilang


UTUSAN SIBUTI – Keadaan Jalan Persisiran Pantai Miri/Bintulu di Kampung Bakam (gambar) perlu diberi perhatian sepenuhnya secara mendalam oleh pihak kerajaan dan agensi keselamatan jalan raya ekoran kematian seorang pelajar 10 tahun baru-baru ini akibat kecelakaan jalan raya.


Seorang penduduk Kampung Bakam yang hanya dikenali sebagai Dan, 30-an ketika ditemui telah menyuarakan kurang senang terhadap sikap segelintir pengguna jalan raya yang memandu laju di kawasan perkampungan.


Katanya, sejak permulaan tahun 2010 hingga April ini bahawa kawasan jalan ini telah mengorbankan ramai nyawa disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan pejalan kaki dan kenderaan kecil.


“Pengguna harus mempunyai sikap ambil berat keselamatan orang ramai terutama kepada kanak-kanak yang pergi ke sekolah dan pulang rumah masing-masing dalam keadaan selamat, jelasnya”.


“Demi keselamatan penduduk kampung kawasan ini adalah baik pihak kerajaan supaya memperbanyakkan lagi garisan lintang kuning di jalan yang lulus supaya kenderaan melalui kawasan ini agar berhati-hati dan pandu pelahan”, jelasnya.


Jika situasi ini dan mana-mana pihak atau wakil rakyat kawasan ini tidak terus berusaha mencari jalan penyelesaian, maka pasti akan lebih ramai lagi nyawa akan tergadai akibat kecelakaan yang tidak diundang, tambahnya.


Utusan Sarawak yang berada di kawasan Jalan Persisiran Pantai Miri/Bintulu kini sudah semakin hari semakin ramai penggunanya, malahan Utusan Sarawak turut dikejutkan dengan beberapa pengguna jalan raya memang tidak menghiraukan orang lain dengan pecut kelajuan tahaf bahaya dan terdapat kenderaan masih berani memotong kenderaan depan di garisan kembar had halang memotong kenderaan.


Bagi pemandu berkhidmat adalah perlu berhati-hati dengan pihak kedua kenderaan yang memandu secara sesuka hati. Pejalan kaki juga turut diingatkan supaya sentiasa berwaspada ketika bersama anak-anak melalui kawasan ini.