Rabu, 10 Julai 2013

Sayang seorang isteri kepada suami....
Hantar makanan dan minuman 
kepada suami yang hilang

TERUS MENCARI.... Nabila Mina, 23 (isteri mangsa hilang) pergi ke lokasi yang dipercayai tempat Julai hilang pada malam Sabtu lepas sebagai memudahkan penemuan suaminya.

SUAI (Sungai Pabong), 10/7/2013 - SAYANG seorang isteri (Nabila Mina, 23 Tahun) terhadap suaminya Julai Melina, 34 Tahun, yang hilang tetap juga pergi ke lokasi yang dipercayai tempat suaminya hilang untuk menghantar makanan bersampi agar suaminya akan muncul.

Penduduk rumah panjang telah meletakkan baju Julai di dedaun apong dan makanan serta minuman, setelah selesai menghantar semua itu, tiba-tiba hujan panas yang lebat buat seketika. Mereka menjadi hairan kenapa ia tiba-tiba hujan panas sedangkan tidak mendung dan tiada tanda hendak hujan di kawasan tersebut. Hairan !!!!

Tidak tahu punca kehilangan Julai, adakah dia hilang disembunyikan oleh bunian atau pun jatuh ke sungai dan diserang buaya?  Oleh itu mereka sekeluarga sangat berharap agar tidak membuat andaian sesuka hati.

Disebabkan tiada sebarang pernemuan setelah mengguna ada resam Iban, maka mereka telah mohon bantuan orang Islam dari Kampung Luak dengan menggunakan siraman air bacaan doa oleh seorang imam.

Walau pun hari ini telah masuk hari kelima, mereka sangatlah berharap Julai akan ditemui dalam keadaan selamat kerana dia adalah merupakan ketua keluarga yang mencari rezeki untuk hidup.
 Cabaran Kapal Layar Antarabangsa Borneo Ke-10 (BIYC) 2013
One Sail Racing Australia rangkul juara

 JUARA BAHARU…. Ray Rpberth dari Australian Ketua One Sail menerima Piala Kejuaraan Keseluruhan Cabaran Kapal Layar Antarabangsa Borneo Ke-10 (BIYC) di Sutera Harbour Kota Kinabalu daripada Datuk Karmalin dan turut kelihatan ialah Troy Yaw pada malam kemarin.


KOTA KINABALU, 8/7/2013 ~ PENYERTAAN kali pertama Ray Robert dari Australia ONE SAIL  dari Australia menakjudkan apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang utama di Kelas Lumba Antarabangsa (IRC) dan juara keseluruhan baharu pada Cabaran Kapal Layar Antarabangsa Borneo Ke-10 (BIYC) 2013 di Kota Kinabalu (Sabah) bagi malam kemarin.

Mana kala sang juara BIYC 2012 lepas iaitu Utaraid dan najib johan Uranus masing-masing dari Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan yang masing-masing hanya menduduki tempat kedua dan ketiga pada BIYC 2013 ini.


Kejohanan BIYC berdaraf antabangsa ini telah disertai oleh 25 pasukan kapal layar dari lapan buah negara iaitu dari Malaysia selaku tuan rumah, Australia (8), Hong Kong (1), New Zealand (5), Afrika Selatan (1), United Kingdom (2), United State of America (2) dan Pulau Cook (1).

Kejohanan ini terbahagia kepada empat kategori iaitu Kelas Lumba Antarabangsa (IRC), cruising A, Cruising B dan Cruising Multihull.

BIYC yang menyambut Ulang Tahun Ke-10 telah menampakkan perningkatan membanggakan sejak penubuhan pada tahun 2003, persaingan Kategori IRC telah mencapai standard yang lebih tinggi apabila tiga pasukan dari tangga teratas iaitu One Sail, Utarid dan Uranus bersaing hebat ketika dalam pelayaran mereka dari Miri (Sarawak) ke Labuan dan Labuan ke Kota Kinabalu (Sabah) bermula 2 hingga 7 Julai lepas.

Sementara itu, penyertaan oleh legenda pelayar dari Australia (Ray Robert) telah menjadi satu dorongan dan cabaran hebat kepada pasukan Malaysia bersama yang lain, Ray Roberth turut menjadi sebuah pasukan dibanggakan kerana telah berjaya menyertai semua jenis kapal layar di seluruh Asia.

Kategori Cruising A, pasukan Bewitched (Hong Kong) muncul juara dan tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh pasukan Sophia (New Zealand) dan Seventh Heaven (Australia).


Troy Yaw wakil Datuk Lee Kim Shin menerima JC daripada Niab Juara Utarid (Malaysia)sambil diperhatikan oleh Datuk Karmalin pada majlis penyampaian hadiah. 


Kategori Cruising B, pasukan Stella (New Zealand) muncul juara dan tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh pasukan Voahangy (Rarotonga) dan Magnetic (New Zealand).

Kategori Multihull, Mind The Gap (UK) muncul juara dan tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Blue Moon (Malaysia) dan Plane Sailing (Afrika Selatan).


JUARA MULTIHULL…. Mind The Gap (UK) juara keseluran Kategori Multihull menerima hadiah kejuaraan mereka daripada Datuk Karmalin.

Antara pasukan yang menyertai Kategori IRC dalam senarai BIYC Ke-10 (26 Jun 2013) ialah One Sail (Australia), Utraid, Uranus, Ulu Mulu, Miri Magic (Malaysia) dan Selma Star, Centenniel (Filipina).

Pasukan Cruising A dan B ialah Seventh Heaven, Utopia, Maajhi Re, Charelle, Whistle Down The Wind, Second Winds (Australia), Magnetic, Relapse,Sharita, Sophia, Stella (New Zealand), Totem (USA), Full Flight, Gryphon 2 (British/UK),  Bewitched (Hong Kong), Nathape (Switzerland), Slow Motion (Jerman) dan Plane Sailing (Afrika Selatan). Pasukan Kategori Multihull ialah Mind The Gap (UK), Daedalus dab Sacred Spirit (Australia).

Namun terdapat beberapa pasukan terpaksa terbatal diri di saat-saat akhir dalam pelayaran di peringkat pusingan pertama dari Marina Bay Miri ke Marina Labuan disebabkan masalah dokumen perjalanan yang melintasi sempadan Lautan Brunei Darussalam.



Majlis penyampaian hadiah-hadiah kejohanan itu telah disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (Sabah), Datuk Karmalin dan dibantu oleh Troy Yaw wakil kepada Menteri Muda Sukan dan Perhubungan (Sarawak) Datuk Lee Kim Shin. Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Joniston Bangkuai, Pengurus Besar Pelancongan Sabah, Siti Bahaya Damsal dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Sabah. - ADUM LIU