Selasa, 9 November 2010

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr. James Jemut Masing (kiri). Larry Sng Wei Shien (kanan).

Sumbangan daripada:
http://www.ibankapit.blogspot.com


Teka Teki Hampir Terjawab!


SEMALAM, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr. James Jemut Masing telah mengumumkan, bahawa kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.54 Pelagus hanya untuk ahli dari kalangan ahli parti PRS.

Walaupun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus ketika ini, Larry Sng Wei Shien menjadi ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) beliau tetap tidak akan dipilih menjadi calon pada pilihan raya akan datang untuk mempertahankan kerusi N.54 Pelagus.

Jawapannya mudah sahaja menurut Dr. Masing, N.54 Pelagus kerusi PRS, Larry Sng pula tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti dan DUN Pelagus majoritinya kaum Iban, jadi wajarlah kaum Iban yang menjadi calon di kawasan terbabit.

Jawapan yang agak pasti, kalau Larry Sng mahu menjadi calon di Pelagus, cuma satu sahaja jalannya iaitu menggunakan tiket bebas. (Kalau bersandarkan kepada pendirian Dr. Masing).

Jika sekiranya, Larry Sng masih mahu menjadi calon BN, dengan penerimaannya sebagai ahli dalam SUPP kelak (jika menjadi kenyataan), beliau hanya boleh menjadi calon di kawasan SUPP.

Cuma harapan kita, dengan penduduk di Pelagus masih mahukan Larry Sng, Negeri pula masih menuntut dan memerlukan tenaga muda serta wakil kaum Cina. Kita harap nasib Larry Sng tidaklah seperti kata-kata pepatah "Si Luncai dengan Labu-Labunya".