Ahad, 13 September 2009

PENERANGAN...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (Tengah) cuba mendapat maklumat daripada dua adik beradik yang yatim pada majlis berbuka puasa di Kampung Hunai baru-baru ini.


P.218 Sibuti giat kumpul maklumat dan data golongan perlu bantuan


UTUSAN SUBIS (13/9/2009) – Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti kini giat berusaha bersama Persatuan Penyayang Anak Yatim P.218 Sibuti mengumpul data maklumat yang memerlukan bantuan.


Tinjauan Utusan Subis yang sentiasa mengikuti program Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang bahawa mereka sedang bergiat merekodkan mana-mana pihak yang perlu diberi perhatian sepenuhnya.


Antara fail-fail yang telah dilaksanakan oleh pihak P.218 Sibuti ialah Pembangunan Kemudahan Asas Kampung-kampung dan Rumah-rumah Panjang, Ibu tunggal dan anak-anak yatim.


Data-data sedemikian adalah adalah perlu ada dan membolehkan pihak kerajaan membantu mencari mekanisme dan ikhtiar yang dapat membantu mencorak masa depan terutamanya anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) agar mereka berjaya dan senang dalam hidup.

UNTUK MU...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan duit raya kepada beberapa ibu tunggal bagi meringankan bebanan yang di tanggung masa sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak, penyampaian ini ialah pada majlis berbuka puasa di Kampung Hunai baru-baru ini.

Turut dipahamkan bahawa pihak P.218 Sibuti juga mendapat kerjasama yang memuaskan daripada ketua-ketua kaum dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di P.218 Sibuti kerana ingin melihat nasib rakyat terbela.


Setiausaha Persatuan Penyayang Anak Yatim P.218 Sibuti, Cik Laila Abdul Pata ketika ditemui bersama rombongan Masjli Berbuka Puasa ke setiap kampung P.218 Sibuti bahawa mereka telah menjalankan kerja merekod dan mencari data OKU di kawasan pendalaman dan luar bandar.


“Kita telah pun memperolehi begitu ramai OKU di kawasan pendalam dan luar bandar tidak mendaftarkan diri kepada pihak berwajib dan inilah masanya kita berbakti sepenuhnya dalam kerja seumpama ini kepada golongan yang tidak bernasib baik ini.

KURANG SIHAT...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang walaupun kurang sihat tetap juga turun padang bernuka puasa dan sembayang taraweh bersama penduduk di Kampung Kejapil baru-baru ini.

Kita juga mendapati bahawa setiap kampung dan rumah panjang di kawasan P.218 Sibuti mempunyai begitu ramai OKU dan anak-anak yatim, kita juga amat berasa sedih melihat mereka yang tidak berupaya dengan sempurnanya dalam kehidupan mereka”, tambahnya.


Utusan Subis juga mendapati bahawa setakat ini Persatuan Penyayang Anak Yatim dan OKU telah memperolehi melebihi 100 golongan perlu bantuan, dalam masa yang masa mencari maklumat dalam bulan puasa ini iaitu Tuan Haji Ahmad Lai Bujang telah menghulurkan bantuan kewangan persendirian kepada yang memerlukan ia juga termaksuk kepada mereka bukan islam.

MESRA...Jabu (tengah) berbual-bual dengan salah seorang tuai rumah kawasan Suai selepas majlis perasmi, turut kelihatan di situ ialah Adun Lambir, Aidan Wing dan Pengerusi PTRKS.


JABU : Tempoh Sepuluh Tahun Penduduk Luar Bandar Mampu Nikmati Pelbagai Kemudahan Asas


UTUSAN SUBIS (13/9/2009) – Tempoh sepuluh tahun akan datang satu perubahan kepada rakyat di luar bandar bahawa mereka akan menikmati pelbagai pembangunan kemudahan asas, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.


Berucap di Majlis Perasmian Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Miri di Pangkalan Lubang (Batu Niah) beliau berkata, usaha untuk menjayakan perubahan ini, kita akan mengarahkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri supaya memberi kerjasama dalam mengumpul data yang diperlukan di kawasan masing-masing untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.


“Semua data yang telah diperolehi daripada Ahli Parlimen dan ADUN nanti, kita akan serah kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Malaysia) Datuk Seri Shafie Apdal.


Penyerahkan kepada Ketua Menteri Sarawak dan KKLW ini nanti akan mempercepatkan perlaksanaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat luar bandar”, jelasnya.

KENANGAN....Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu (duduk tiga kiri) merakamkan kenangan bersama Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suia, Miri selepas majlis perasmian.


Katanya, oleh yang demikian rakyat harus pantai berpikir dan memilih hala tuju yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat sendiri. Jika rakyat salah pilih mengikuti jejak di Pulau Pinang (Pembangkang), maka sudah tentu rakyat sendiri yang rugi kerana pembangkang cuma tahu bercakap sahaja.


Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menyeru Tuai-tuai Rumah Panjang dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya lebih agresif bertanggungjawab penuh membantu kerajaan menyalurkan maklumat mengenai projek pembangunan di kawasan mereka.


Turut hadir pada majlis ini ialah ADUN N.60 Kemena, Dr Stephen Rundi, Aidan Wing (ADUN N.62 Lambir), wakil P.218 Sibuti, wakil Adun N.61 Bekenu, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai dan kakitangan kerajaan serta ketua masyarakat Sibuti, Niah dan Suai.


Pada majlis berkenaan bahawa Jabu telah mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada PTRKS, Adun Kemenan Dr Stephen Rudndi dan Adun Lambir juga masing-masing memberi peruntukkan MRP RM5,000 untuk persatuan berkenaan menjalankan aktiviti mereka.

TERIMA KASIH SUDI DATANG...Tr Boniface Bada (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawa, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang pada Majlis Perasmian Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai Miri.

Boniface Bada : PTRKS bertujuan memberi sokongan kepada kerjaan dan kemajuan rakyat

UTUSAN SUBIS (13/9/2009) – Penubuhan Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Miri ini sangat diperlukan dalam usaha memberi sokongan, kerjasama kepada Kerajaan dan pembangunan kemajuan kepada penduduk luar bandar.

Demikian kata, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Miri (PTRKS) Tr. Boniface Bada ak Enjah di majlis perasmian yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang di Taman Negara Niah Pangkalan Lobang pada 12 September 2009.

“Terdapat tujuh tujuan utama untuk pernubuhan persatu ini, pertama ialah untuk melahirkan tuai rumah yang dinamik, produktif, berkertampilan dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kepada agama, bangsa dan negara.


Kedua, memupuk semangat perpaduan dan bekerjasama dengan lebih erat di antara ahli serta menjaga kebajikan ahli-ahli. Ketiga, menggembleng tenaga dan bermuafakat dalam menyelesaikan masalah rakyat/komuniti. Keempat, sebagai pemudah cara dan perantaraan dakam merapatkan hubungan di antara kerajaan dan rakyat.


Kelima, memberi Khidmat, bantuan dan menyampaikan informasi tentang peluang pendidikan kepada masyarakat selaras dengan hasrat negara di samping melahirkan modal insan yang cemerlang dan terbilang. Keenam, membina ruang untuk menyuarakan pendapat dan masalah dalam memimpin masyarakat kepada pihak yang berwajib. Ketujuh ialah mengekal dan memelihara adat istiadat, adat resam, budaya dan seni”. Jelasnya.


Katanya, PTRKS ini terdiri daripada 47 orang ahli dari 58 Tuai-tuai Rumah yang terdapat di kawasan Suai di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Miri dan ditadbir di Pejabat Daerah Kecil Niah, Sepupok. Dari segi kawasan pilihanraya kawasan Suai adalah daripada Parlimen Bintulu iaitu 44 orang ahli dari Dun Kemena dan 14 orang ahli dari Dun Kidurong.

Untuk Mu...Tr Boniface Bada (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Adun Kemena Dr Stephen Rundi di majils berkenaan.

PTRKS ini juga telah didaftar dan diluluskan oleh Pejabat Wakil Pendaftar pada 29 Jun 2009 lepas selepas Persatuan Tuai Rumah Kawasan Sibuti dan PTRKS (Suai) ini adalah bahawa Adun N.60 Kemena Dr Stephen Rundi Ak Utom merupakan Penaung dan Penasihat pula kita telah melantik Temenggong Wilson Atong Ak Limping.


Hadir pada masjis ini ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang, ADUN Kemena Dr Stephen Rundi, Adun Lambir Aidan Wing, wakil P.218 Sibuti dan Residen Bahagian Miri Dr Ngenang Jangu dan tuai-tuai rumah kawasan P.218 Sibuti.