Sabtu, 20 Julai 2013

Jalan Rosak Dalam Proses Kajian JKR
4 jalan rosak di Jalan Beraya 
Bakam akan dilaksana sikit masa lagi

BINCANG… Datuk Fadillah Yusof mendengar talimat daripada Jurutera JKR Miri Goh Soon Boon mengenai jalan yang perlu dibaikpulih segera sambil diperhatikan oleh ADUN Lambir Ripin Lamat.

MIRI, 20/7/2013 - Empat lokasi jalan rosak di sepanjang Jalan Beraya Bakam di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak  dan di bawah penyelagaran penyelian oleh CMS Road Sendirian Berhad akan dilaksanakan dalam sikit masa lagi.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof ketika ditemui media di lokasi berkenaan dalam tinjauannya petang tadi berkata, dua daripada empat jalan rosak adalah akan dibaikpulih dan telah selesai dalam kajian oleh IKRAM dan dua lagi akan dilaksanakan oleh CMS.

Katanya, antara kajian yang dibuat oleh IKRAM ialah bagaimana untuk mengatasi masalah cerun yang sering runtuh kecil dan rosak akibat hujan di kawasan bertanah berpasir yang mudah rosak.

Salah satu kawasan jalan rosak di Batu 14 di sini sudah pun mendapat kos anggaran sejumlah 3 juta, mana kala tiga lagi masih dalam proses kajian untuk mendapat kos yang diperlu untuk baikpulij, jelasnya.

RUNTUH…. Sebahagian cerun yang runtuh akibat hujan lebat di kawasan tanah berpasir.

“Dan kita akan berbincang kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan untuk mencari dana untuk baikpulih empat jalan rosak tersebut.

“Jalan ini sangat penting dan perlu dibaikpulih bagi keselesaan pengguna jalan raya dan kedua dari sudut keselamatan,” jelasnya.

BERHATI_HATI.... Sebahagian cerun yang runtuh dan sangat bahaya kepada pengguna jalan di kawasan tersebut terutamanya ketika hujan lebat.



Tambahnya, tinjauan ke kawasan ini juga merupakan permohonan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Lambir) Ripin Lamat bersama penduduk di Kampung Beraya untuk meninjau jalan rosak perlu dibaikpulih segera.

Sementara itu, ADUN Lambir Ripin Lamat turut melahirkan terima kasih kepada Kemterian Kerja Raya iaitu Datuk Fadillah Yusof telah datang untuk meninjau kawasan Jalan Beraya Bakan yang rosak. 

Turut hadir pada lawatan ini ialah ADUN Lambir Ripin Lamat, Jurutera Jabatan Kerja Raya Miri Goh Soon Boon dan pegawai-pegawai kerajaan tempatam.