Ahad, 28 Jun 2009

BENCI DADAH…Ahmad Lai Bujang menurunkan tandatangan di poster yang disediakan oleh Kelab Bermotor (Miri) sebagai tanda usaha bersama dengan kelab ini dalam memerangi dadah musuh utama negara.

Oleh : Adum Liu
28 Jun 2009

Ahmad Lai : Dadah masalah serius negara

UTUSAN SUBIS (BEKENU, 28/06/09) – Penagih dadah negara ini kini telah menjadi satu masalah yang serius dan membimbangkan, ia telah dianggap sebagai satu wabak yang merebak dengan pesatnya di kalangan belia-belia bukan sahaja di bandar malahan juga belia di luar bandar telah diserapi oleh gejala buruk ini.

Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang, berkata bahawa penagih dadah membawa kesan yang buruk kepada kesihatan mereka yang terlibat, hakikat yang nyata ialah penagihan yang berleluasan boleh menimbulkan kesan buruk dan negatif kepada masyarakat dan negara.

Katanya, negara mengalami kejadian-kejadian jenayah serta kerugian harta benda dan kehilangan daya pengeluar dari sumber tenaga manusia yang begitu besar dan terpaksa menanggung perbelanjaan yang banyak bagi mengawal dan mencegah masalah ini.

Dengan ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada setiap tahun 26 Jun akan mengadakan sambutan Hari Antidadah Sedunia, AADK telah ditubuh dan objektif penubuhan AADK, mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah, merawat dan memulih penagih dadah, mencegah penagih semula, membanteras bekalan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

SELAMAT DATANG…Ahmad Lai (duduk tengah) disambutan dengan Persembahan Gamelan dari Kolej Tun Dato Tunku Haji Bujang.

Kod Etika, mendokong visi dan misi Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai satu amanah, menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan sebagai insan yang mempunyai maruah dan harga diri, peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan pembangunan diri berterusan, berkerjasama dan berurusan secara profesional dan menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas.

Sesungguhnya penagih dadah di negara ini telah melahirkan kesan-kesan negatif yang boleh membantutkan pembangunan sosial-ekonomi, melemahkan ketahanan dan mengancam keselamatan negara sekiranya kawalan rapi dan berkesan tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Oleh kerana ini, kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang tegas bagi menghapuskan pengedar, penjual dan juga penggunaan dadah di dalam negara.

Katanya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dengan memberi kasih saying sewajarnya kepada anak-anak supaya tidak mudah terpengaruh dengan dadah, jangan sekali-kali mengabaikan anak-anak dan ajarlah mereka supaya bencikan dadah.

Dalam lawatan Utusan Subis di tapak pameran sempena sambutan Hari AntiDadah Antarabangsa anjuran AADK Miri bersama Ahli Parlimen P.218 Sibuti di Bekenu merupakan satu usaha kerajaan demi menjaminkan keselamatan, kebahagian keluarga dan malah mampu membawa negara lebih membangun dari masa ke semasa.

BEBIAU…Rosey Yunus (bertudung) dan Ahmad Lain (sebelah kanan Rosey) dibiau dengan ayam oleh Kaunselor Tr. Selan (berdiri kanan) sebagai mohon restu supaya lebih berjaya membawa pembangunan di kawasan mereka.

Oleh : Adum Liu
28 Jun 2009

Dato' Seri Tiong : Sarawak contoh terbaik Konsep 1 Malaysia

UTUSAN SUBIS (BATU NIAH 28/6/2009) – Sarawak contoh terbaik di Malaysia kerana rakyatnya yang berbilang kaum telah berjaya menunjukkan semangat bersatu padu, berganding bahu dan satu suara sesama mereka dan ini menunjukkan Sarawak awal-awal telah mengamalkan 1 Malaysia.

Demikian kata Ahli Parlimen P.217 Bintulu, Dato Seri’ Tiong King Sing yang dibaca oleh ADUN N.61 Bekenu, Rosey Yunus pada Majlis Makan Malam Gawai Ngiling Bidai 2009 di Dewan Masyarakat Subis, Batu Niah malam tadi.

“Konsep 1 Malaysia yang disarankan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menunjukkan bahawa masyarakat di luar bandar tidak dipinggir dari arus perdana pembangunan negara.

Dengan ini saya menyarankan ibu bapa supaya beri keutamaan dan sokongan kepada anak-anak dalam pelajaran persekolahan mereka kerana cuma mereka cerdik pandai sahaja yang akan menentukan perubahan kehidupan keluarga lebih terjamin di masa akan datang” tambahnya.

Selain daripada itu, anak-anak inilah nanti akan menganti kita suatu masa kelak hingga membawa perubahan pembangunan negara lebih maju dan setandingan dengan negara luar, tambahnya.

Katanya, tuai-tuai rumah dan para AJKKK kawasan Niah ini supaya menitik berat terhadap anak-anak muda sekarang dan beri perangsangan dalam atur cara adat serta main asal masyarakat Iban seperti miring, bebiau, ngajat, berpantun dan pelbagai lagi supaya tidak lesap begitu sahaja kerana arus pembangunan sains dan teknolgi terkini.

ADAT IBAN…Rosey Yunus (bertudung) dan Ahmad Lain diberi penghormatan bersama tuai-tuai rumah mengadakan upacara Miring sebagai tanda perasmian Ngiling Bidai. Gambar bawah, pesembahan ngajat yang ditujukkan oleh wanita ini adalah merupakan tarian tradisi Iban yang wajib ada pada sambutan Hari Gawai Dayak.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru tuai-tuai rumah kawasan ini beri kerjasama dengan tuai-tuai rumah di kawasan Suai dan Sibuti serta kepada masyarakat atau kaum lain yang ada di kawasan ini.

Turut hadir di majlis anjuran Persatuan Tuai Rumah Niah (PTRN) ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang, Temenggong Wilson Atong Limping, SAO Niah, Sebastian Intang, Setiausaha MDS, Said Enggang, Kaunselor Jamali Basri, Kaunselor Janting, Kaunselor Anuar dan ketua-ketua Jabatan Kerajaan serta swasta.