Ahad, 18 Mac 2012


RASMI… Rosey Yunus sambil dibantu Ahmad Lai Bujang untuk majlis Penutupan Bengkel Kraftangan anjuran Wanita PBB Ranting Batu Niah di Rh Gamang pada petang semalam.

HASILKAN kraf tangan istimewa dan hidupkan kawasan penuh keduayaan untuk program inap desa yang boleh mendatangkan perningkatan pendapatan, kata  Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus.

Rosey Yunus ketika ditemui di Majlis Penutupan Bengkel Kraftangan anjuran Wanita PBB Ranting Batu Niah di Rh Gamang di sini (27/2/2012) berkata, aktiviti kraftangan dan program inap desa ini iaitu kaum wanita rumah panjang dan kampung harus melibatkan diri kerana ia banyak mendadatangkan faedah kepada keluarga dan kawasan masing-masing.

Katanya, kaum wanita sekarang adalah lebih maju dan ramai daripada wanita ini sangat mengetahui tentang perkembangan dan kemajuan ekonomi semasa di luar dari kawasan mereka, dalam pengetahuan tentang ekonomi tersebut baiknya kaum wanita ini mengusahakan aktiviti ‘balik asas’.

“Aktiviti balik asas yang dikatakan ini ialah tentang sesuatu anyaman saiz kekal dan serupa seperti membuat pelbagai bakul yang boleh digunakan untuk jadi pembalut (bungkusan) dan penghiasan bagi mendapat tarik.

“Secara tidak langsung anyaman pembalut istimewa lagi berkualiti itu akan mampu menjadi tarikkan kepada pembeli dan ia sudah pasti akan menjadi buah mulut dari satu kawasan ke kawasan lain,” jelasnya.

Selain daripada itu, tambahnya, rumah panjang dan kampung di Batu Niah ini juga sangat bersesuai untuk program inap desa kerana lokasi rumah panjang dan kampung di sini berdekatan dengan kawasan pelancongan iaitu Gua Niah yang terkenal di seluruh dunia.


CANTIK… Rosey Yunus bersama Ahmad Lai Bujang ketika meninjau gerai kraftangan yang dihasilkan oleh kaum wanita dari Rh Gamang, Rh Bagal, Rh Jelong dan Rh John di Batu Niah.

Kawasan ini bukan sahaja berdekatan dengan Gua Niah tetapi juga mempunyai sistem jalan raya yang baik dan mudah sampai ke kawasan lain untuk menikmati keindahan alam seperti ke Pantai Bungai, Peliau, Tusan, Tanjong Lubang malahan Bandaraya Miri.

Justeru, kawasan rumah panjang dan kampung juga disaran supaya memperkayakan lagi adat kebuayaan kawasan masing-masing untuk menarik minat pelancong luar negara dan rakyat tempatan sendiri, ujarnya lagi.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Penasihat Wanita Rumah Panjang Batu Niah Magdelyn Semunjang Sirit dan para kaunselor serta ketua kaum setempat.

Pada majlis ini, Rosey Yunus dan Ahmad Lai Bujang juga turut menyumbangkan projek kecil luar bandar (MRP) kepada empat rumah panjang kawasan Batu Niah yang menyertai bengkel kraftangan iaitu Rh Gamang, Rh Bagal, Rh Jelong dan Rh John.