Ahad, 22 Ogos 2010

KENANGAN…. Rosey Yunus bersama rombongannya merakamkan kenangan dengan penduduk Rumah Lagan Saeh di tapak cadangan pembinaan sebuah rumah panjang baru di Saeh ini.

BEALB nafas baru Rh Lagan Saeh


UTUSAN SIBUTI - Penduduk Rumah Panjang Lagan Saeh yang belum mempunyai rumah panjang setelah terlibat dalam kebakaran beberapa tahun lalu mendapat kelulusan projek Bekalan Elektri dan Air Bersih Luar Bandar dan Wilayah (BEALB) yang kini memberi nafas pemulaan pembangunan kepada mereka.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus ketika ditemui di tapak pembinaan rumah panjang berkenaan hari ini berkata, kerajaan bukan hanya memberi keutamaan kemudahan asas kepada rakyat yang sudah punyai rumah malahan turut diberi perhatian mendalam juga kepada rakyat yang sebar kekurangan.


Katanya, sebanyak 23 pintu ketua keluarga Rh Lagan Saeh yang mempunyai pelbagai kekurangan kemudahan asas akan terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan selepas ini kerana rakyat di sini benar-benar memberi penunjuk contoh kesabaran mereka dalam penanti pembangunan yang disalurkan kepada mereka.


Antara yang harus diberi perhatian yang mendalam oleh pihak kerajaan terhadap penduduk di sini ialah kita (kerajaan) berusaha mencari jalan membantu mereka untuk mendirikan sebuah rumah panjang yang baru bagi memberi keselesaan kediaman yang mereka idamkan selama ini, jelasnya.


“Hari ini, saya telah mengesyorkan sebuah rumah panjang bantuan kerajaan iaitu untuk mendirikan sebuah rumah panjang berkonsep PPRT dan mereka telah menunjuk minat terhadap cadangan saya”.


“Walaupun mereka telah menaruh minat terhadap konsep rumah panjang disyorkan itu, tetapi mereka harus melihat dan meneliti terlebih dahulu supaya cipta rasa mereka terhadap rumah panjang itu seratus peratus memuaskan hati mereka”, tambahnya lagi.


Rosey Yunus turut mengingatkan bahawa rakyat di sini yang bersama dengan Barisan Nasional (BN) supaya teruskan dan perkukuhkan lagi sokongan dan bawa belia-belia berdaftar sebagai pengundi bersama membawa kemajuan BN dan masyarakat di kawasan ini.


Kehadiran dan sokongan belia-belia di kawasan luar bandar sangat penting dalam mengejar pelbagai pembangunan dan kemajuan yang harus diperolehi untuk dinikmati bersama-sama pada zaman sebar moden sekarang ini, katanya.


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Rumah Panjang Lagan turun diberi kelulusan RM5000 melalui Peruntukan Kecil Luar Bandar (MRP) daripada ADUN N.61 Bekenu. Turut hadir bersama rombongan Rosey Yunus ialah Pengerusi (SPDP) Bahagian Bekenu, Kaunselor Sebastian Janting dan Kaunselor Sulaiman Ahmad serta Setiausaha SPDP Bekenu Andrew Abak.

RASMI… Ahmad Lai menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta ramaja yang aktif dalam Rakan Muda Bekenu. Turut kelihatan ialah Daniel Batin (kanan).

UTUSAN SIBUTI - Golongan muda dan belia kawasan luar bandar diseru lebih aktif dalam pelbagai program majukan diri kerana golongan ini merupakan bakal menjadi seorang pemimpin, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Ahmad Lai berkata, tiap-tiap kawasan parlimen sedia dan berusaha untuk melatih rakyat yang berbilang kaum terutamanya kepada golongan muda supaya mempunyai pelbagi ilmu pengetahuan.

“Ilmu pengetahuan ini bukan sahaja kita boleh perolehi semasa di bangku sekolah, malahan ilmu ini boleh kita perolehi di mana-mana sahaja, asal kita mempunyai kemahuan untuk memajukan diri”.

“Jika kamu pandai, pandai lah kamu, jika tidak mahu berusaha berjaya maka kamu akan menerima ketinggalan daripada apa yang sedang berlaku dari semasa ke semasa”, jelasnya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Bengkel Rekacipta Laman Blog Dan Pelancaran Pusat Siber Rakan Muda P.218 Sibuti petang tadi.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan Malasyia telah mewujudkan Pusat Kegiatan Rakan Muda (Pusat Siber) kawasan Parlimen di Malaysia. Dan di Bahagian Miri Pusat Siber terletak di Pekan Marudi (P.220 Baram), Tudan (P.219 Miri) dan Pekan Bekenu (P.218 Sibuti).

Objektif pusat siber ini bertujuan menarik minat golongan remaja meningkatkan pengetahuan dan kepentingan penggunaan computer. Selain itu kesamarataan golongan remaja yang celik IT di semua peringkat akar Umbi.

Dengan adanya pusat sedemikian, kementerian berharap golongan remaja dapat mengambil peluang dengan kemudahan ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah dan ia juga sebagai pusat kegiatan dan perbincangan golongan remaja dalam melaksana program-program rakan muda, tambahnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pejabat Belia dan Sukan (Miri) Daniel Batin, Kaunselor Jamali Basri, Pegawai Pelajaran Subis Alu Muddin, Penghulu Sadi dan kakitangan Pusat Siber Miri.
SUMBANGAN….Ahmad Lai Bujang (lima kanan) menyampaikan sumbangan kepada Kaunselor Jamali Basri sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus dan penduduk Kampung Kuala Sibuti pada malam tadi.

PERSEKOLAHAN ANAK PENTING : AHMAD LAI

UTUSAN SIBUTI - Pembelajaran anak-anak tidak boleh diabaikan kerana mereka merupakan generasi pelapis membawa negara lebih membangun pada masa depan, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Ahmad Lai Bujang yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Terawih di Kampung Kuala Sibuti dan Kampung Kelulit malam tadi berkata, anak-anak kita yang masih berada di bangku sekolah harus diberi titikberat dari setiap sudut hingga mereka berjaya memijak kaki ke menara gading.

Katanya, pihak kerajaan telah banyak memberi kemudahan di sekolah-sekolah rendah dan menengah, maka ibubapa dan guru memberi perhatian menyuruh supaya anak-anak kita tidak ketinggalan bagi mencapai keputusan setiap peperiksaan dengan cemerlang.

Justeru, kerjasama dan sokongan kedua-dua belah pihak ialah pengajar dan ibubapa amat diperlukan dalam pemantauan terhadap anak-anak dar semasa ke semasa bagi mereka tidak terpengaruh dan terjebak dengan gejala sosial tidak sihat, jelasnya.


Ahmad Lai turut menasihati agar anak-anak kawasan luar bandar supaya giatkan diri dengan aktiviti sosial sihat bagi menjamin berdaya saing dengan mereka di bandar sekali gus membawa kerjayaan masing-masing di masa depan.


Bersama dengan majlis berbuka puasa, Ahli Parlimen Sibuti juga telah menyampaikan geran peruntukan MRP sejumpah RM3,000 kepada Pengerusi Koperasi Kampung Kuala Sibtui Kaunselor Jamali Basri.


Sumbangan MRP itu adalah sebagai memberi galakkan kepada anak-anak ahli koperasi yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SMP dan STPM tahun 2009 lepas.


Terdahulu, Kaunselor Jamali Basri yang ditemui turut merakamkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sibutin telah menyumbangkan galakkan sejumlah RM3,000 yang memberi sokongan kepada anak-anak masyarakat luar bandar akan lebih berjaya kelak.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Bekenu) Rosey Yunus dan Timbalan Residen Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusof dan penduduk setempat.