Rabu, 1 Julai 2009

Datuk Francis Harden ketika ditemubual oleh pihak RTM Miri turut kelihatan ialah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Subis, Tr. Boniface Bada.

Oleh : Adum Liu
1 Julai 2009

Pelbagai kemudahan jadi PPK semenanjung lebih berjaya

UTUSAN SUBIS, (SUAI 1/7/2009) – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di semenanjung adalah lebih berjaya dari Sarawak kerana telah mempunyai pelbagai kemudahan dan factor yang telah sedia ada.

Demikian kata, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis pada sidang media pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Penutupan Program Rumah Panjang AADK Daerah Miri di Rumah Boniface Bada di Suai pada 29 Jun lepas.

Katanya, dengan banyak prasarana dan sistem jalan yang berturap serta pelbagai kemudahan sedia ada telah memberi banyak kebaikan. Di Sarawak mempunyai seramai 150,000 ahli peladang dengan punyai sebanyak 28 PPK.

Selain itu, wargakerja PPK di semenang sangat aktif dan berpengalaman tinggi pengendalian kerja-kerja di kawasan masing-masing juga memberi peluang yang besar lebih maju berbanding PPK di Sarawak.

Francis Harden yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak berkata, di Sarawak terdapat sebanyak 28 PPK dan PPK Subis (Miri) adalah merupakan yang terbaik dan berjaya kerana mempunyai pelbagai projek dijalankan.

Datuk Francis Harden (tengah), Dr. Stephen Rundi (3 kiri) dan Tr.Boniface Bada (3 kanan) semasa majlis Perasmian Program Anti Dadah di Rumah Boniface Bada pada 29 Jun Lepas.

Antara yang membawa peningkatan kepada PPK Subis ialah berjaya menghasilkan banyak anak benih kelapa sawit dan mendapat sambutan menggalak daripada ahli-ahli peladangnya sendiri dan sekarang ia melaksanakan projek betik dan dalam proses menghasilkan buah dalam sedikit masa lagi.

Katanya, kemajuan PPK Subis ini juga atas kerjasama bersatu antara Ahli Jemaah Pengarah, Pengurus Besar dan wargakerjanya juga merupakan faktor membawa kejayaannya.

PPNS juga mengadakan pemantauan dan pameran gerai untuk membantu mana-mana PPK di Sarawak yang mempunyai masalah untuk membangunkan diri, sejak awal tahun ini kita telah melawat PPK Lawas dan Limbang.

Pada 25 Jun lepas kita di PPK Saribas dan Kelaka dapatkan laporan bersama kakitangan Jabatan Pertanian. Melalui laporan ini nanti kita cari peluang untuk membantu ahli-ahli supaya lebih aktif.

Turut hadir majlis anjuran Agensi AntiDadah Kebangsaan (Miri) ialah ADUN N.60 Kemena, Stephen Rundi Untom, SAO Boniface Intang, Temenggong Wilson Atong, Pemanca Wilson Siang Lim, Tuai-tuai rumah Sibuti dan Niah serta Suai.

UNTUK KEPASTIAN...Para tuai rumah dari kawasan Niah, Suai dan SIbuti yang hadir mendengar ulasan mengenai wang ihsan di Rh Boniface Bada di Suai pada 29 Jun lepas.

Oleh : Adum Liu
1 Julai 2009

BANJAIR : Mangsa banjir Niah/Suai dapat wang ihsan

UTUSAN SUBIS, (SUAI 1/7/2009) – Banjir besar Sarawak awal tahun ini di kawasan Niah/Suai didapati masih ramai yang tidak menerima wang ihsan kerana tidak melaporan kemusnahan tanaman dan ternakan mereka di Pejabat Jabatan Pertanian.

ADUN N.60 Kemena, Stephen Rundi Untom ketika ditemui di Rumah Boniface Bada berkata, kerja-kerja untuk mengisi borang mangsa banjir yang tercicir sedang dalam proses di mana SAO dan tuai-tuai rumah turut terlibat mengendalikannya.

Di kawasan Niah/Suai terdapat lebih 20 rumah panjang dilandar banjir besar hingga banyak tanaman dan ternakan mereka musnah dan wang ihsan ini adalah bertujuan meringankan bebanan yang mereka alami.

“Kerajaan Pusat telah memperuntukan sejumlah 1.3 juta dan telah disalurkan kepada mangsa banjir ini. RM300 adalah diberikan kepada mangsa banjir kawasan rumah sahaja.

Mana kala RM1000 adalah diberikan kepada mangsa banjir yang melihatkan kemusnahan lading kebun termasuk ternakan, dan kemusnahan lading kebun tanaman ini adalah perlu dilaporkan kepada Jabatan Pertanian di sini”, katanya.

MESRA...Dr. Stephen Rundi berbincang sesuatu bersama Datuk Hasan Sui yang merupakan seorang usahawan berjaya yang turut hadir ke Rh Boniface Bada di Suai pada 29 Jun lepas.

Kita juga sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan wang ihsan bagi mangsa banjir yang telah tercicir dalam membantu meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Utusan Subis yang juga pergi melawat ke Jabatan Pertanian Batu Niah baru-baru ini telah mendapati begitu banyak borang yang telah disedia dan diisi cuma dalam proses kemas kini untuk dimajukan kepada pihak atasan.

Pengagihan wang ihsan buktikan menunjukkan bahawa kerajaan berpegang dan mengotakan janji-janjinya kepada rakyat yang menghadapi masalah, khasnya golongan yang dilanda bencana.