Sabtu, 27 Jun 2015



BEKENU (27 Jun 2015)

Inap Desa Kampung Kuala Sibuti


KENANGAN…. Rosey Yunus merakam kenangan bersama sebahagian penusaha Inap Desa Kampung Kuala Sibuti di Pejabat Pusat Khidmat Wakil RFakyat N.61 Bekenu di sini petang tadi. – ADUM LIU



BEKENU (27 Jun 2015) – Empat belas pengusaha Inap Desa Kampung Kuala Sibuti sebuah perkampungan masyarakat Melanau di sini sudah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu dari luar dan dalam negara sempena pelbagai aktiviti yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus berkata demikian dalam satu perjumpaan bersama pengusaha Inap Desa Kampung Kuala Sibuti di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.61 Bekenu pagi tadi.

Katanya, program Inap Desa Kampung Kuala Sibuti ini nanti akan memperkenalkan kebudaya dan pelbagai jenis makanan kaum Melanau kepada pengunjung yang datang ke sini kelak.



“Di Bekenu kita ada tiga jenis  Inap Desa iaitu di Rumah Panjang Tr. Patrick Libau (Niah) yang memperkenalkan kebudayaan masyarakat Iban dan Taman Negara Niah (Gua Niah), Inap Desa Kampung Kuala Sibuti dengan pamerkan kebudayaan  Melanau bersama keunikan makanan hasil laut dan Inap Desa Kampung Bungai ketengahkan kebudaya Kedayan dan makanannya.

“Baru-baru ini kita telah berjaya mengadakan Program Melancong Gawai di Inap Desa Rumah Panjang Tr. Patrick Libau yang dirasmikan oleh Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Haji Talib Zulpilip yang mendapat sumbutan membanggakan,” jelasnya.


Sehubungan perjumpaan ini, Rosey yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61 Bekenu) bersama pengusaha Indap Desa Kampung Kuala Sibuti bercadang adakan Program Lancong Raya yang memperkenalkan produk kampung berkenaan yang mampu menarik lebih ramai pengunjung datang ke sini.



Rosey turut menegas agar pengusaha akan membuat pelbagai persediaan yang mempunyai ciri-ciri kelainan produk dan inovasi supaya dapat bersaingan dengan inap desa yang terdapat negeri ini.

Antara produk yang akan diperkenal Inap Desa Kampung Kuala Sibuti ialah melihat kelip-kelip dan mata buaya pada waktu malam, katanya lagi.
BEKENU - 27 Jun 2015

 Belia luar bandar perlu adakan pelbagai cadangan


 TAHNIAH.... Rosey Yunus mengunting ribon sebagai tanda perasmian Pertandingan Sepak Takraw anjuran Kelab Belia Mamut yang diadakan di rumah panjang Mamut Tr. Baie Suka pagi tadi. - ADUM LIU

BEKENU (27 Jun 2015) - Belia luar bandar perlu adakan pelbagai cadangan kepada kaum bapa dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk pembangunan lebih meluas pada masa akan datang.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus berkata demikian pada Majlis Perasmian Pertandingan Sepak Takraw anjuran Kelab Belia Mamut di rumah panjang Tr. Baie Suka pagi tadi.

Katanya, setiap cadangan yang dikemukakan oleh belia harus dipandang berat oleh JKKK kerana mereka (belia) adalah pelapis dan penentu pembangunan negara dan kawasan masing-masing pada masa akan datang.


"Pertandingan sepak takraw hari ini dengan melibat lebih seratus belia luar bandar sangat baik yang mempunyai ciri penunjuk belia luar bandar inginkan sesuatu perubahan masa ini.

"Antara cadang dan penunjuk mahukan perubahan kalangan belia di sini ialah cadangan mewujudkan sebuah pusat internet (Kampung Tanpa Wayer) bagi memudahkan mendapat pelbagai maklumat penting, perkara ini harus dititikberatkan," jelas beliau.

Sehubungan itu, belia juga ditegaskan untuk bergiat dalam pelbagai aktiviti dan hobi yang boleh mendatangkan hasil (dana) melalui keusahawanan yang menjaminkan kelesaan dan masa depan belia.

Antara bidang yang sesuai untuk diceburi oleh belia luar bandar ialah mengusahakan dan menternak kelulut kerana madu kelulut kini mendapat pasaran tinggi, tambahnya lagi.


Rosey Yunus yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61 Bekenu) menambah, belia adalah dinasihat sekerasnya agar tidak terlibat dan terjebak dengan kegaitan sosial tidak baik yang sekali gus memusnahkan masa hadapan dan harapan keluarga mereka.

Sementara itu, Rosey turut memberi jaminan dan keyakinan kepada penduduk rumah panjang bahawa projek jambatan telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri pada tahun lepas dan sedang dalam proses membuat kertas kerja di antara Pejabat Daerah bersama pihak kontraktor.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penghulu Sadi Mancha, Tr. Baie Suka, Kaunselor Sulaiman Ahmad dan para ahli politik komponen Barisan Nasional Bahagian Bekenu serta Pengerusi Kelab Belia Mamut Larry Albert Aggu.

Pada masjli itu, Rosey turut menyumbangkan geran projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM2,000 kepada Kelab Belia Mamu untuk mengadakan aktiviti pada masa akan datang. Pada kejohanan itu terdapat 22 pasukan telah menyertai untuk merebut gelaran juara Pertandingan Sepak Takraw yang julung kali diadakan di sini.