Ahad, 27 Disember 2009

KENANGAN…Ahmad Lai Bujang (tengah) merakamkan kenangan bersama tetamu yang hadir ke majlis makan malam kesyukuran di rumahnya di Kampung Luak di sini pada semalam.

Ahmad Lai: Umat Islam terjamin di Mekah

UTUSAN SUBIS (27/12/2009) – Umat Islam Malaysia terjamin sepenuhnya ketika mengerjakan umrah di tanah suci Mekah, demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemui di kediamannya di Kampung Luak di sini semalam.


Katanya, rakyat kita semasa di tanah suci semuanya dijaga rapi oleh pihak Tambung Haji Malaysia dan tidak ada sebarang masalah dihadapi di sana.

“Sebilangan rakyat kita yang menggalami sakit ringan telah diberi rehat dan dijaga oleh doktor khas daripada Tambung Haji Malaysia”.


“Dari segi pemakanan dan penginapan kami di Mekah juga sentiasa diberi perhatian terjaga oleh pihak Tambung Haji dan saya sangat berpuas hati dengan penggendalian dan layanan semua kerja mereka”, jelas beliau yang masih lemah setelah kembali dari tanah suci.


Selain itu, perjalanan pergi dan kembali ke tanah air juga disusun rapi mengiktu jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Tambung Haji kita, tambahnya.


PENAT...Selama 35 hari di Mekah banyak aktiviti mengejarkan umrah harus dijalankan demikian kata Tuan Haji Ahmad Lai Bujang sambil menunjuk kesakitan yang terasa di bahagian kaki kiri kepada Rosey Yunus (kanan sekali).


Hadir bersama ke majlis makan malam kesyukuran kembalinya Ahmad Lai Bujang dan isterinya dari Tanah Suci Mekah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.61 Bekenu Rosey Yunus, pegawai-pegawai kerajaan tempatan dan rakan-rakan sepejuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Miri, Bekeu dan Lambir.


*************************************************************************************

*************************************************************************************

JEMAAH HAJI TUNAI IBADAH MELONTAR....Ratusan ribu jemaah (gambr atas) melakukan ibadah melontar tiga jamrah sebagai memperingati perbuatan nabi Ibrahim yang menolak godaan syaitan agar melupakan wahyu Allah SWT untuk mengobankan anak lelakinya Ismail.

Khamis, 24 Disember 2009

Wargakota berpendapatan bawah RM1,500 boleh sertai SUBUR

UTUSAN SUBIS (24/12/2009) – Warga kota yang berpendapatan bawah RM1,500 ke bawah bersama dengan 3 kategori iaitu Miskin tegar, Miskis dan Mudah Miskin adalah peserta yang layak untuk membuat permohonan bantuan Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) demikian kata TALIKHIDMAT Centre kepada Utusan Subis melalui email pada 23/12/2009.

Oleh demikian, warga kota adalah berhak memohon bantuan ini, begitu juga dengan petani yang mengusahakan padi dan kelapa sawit serta pekebun sambil asalkan pendapat mereka di bawah RM1,500 sebulan.

Pada pertengahan Oktober lepas, Utusan Subis telah temubual dengan Pengerusi Majlis Pembangunan Parlimen Pertanian (MPPP) yang juga Ahli Parlimen P.218 Sibuti Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang telah menerangkan bahawa 3 kategori ini, Miskin Tegar, Miskin dan Mudah Miskin adalah rakyat yang perlu mendapat bantuan.

Borang-borang permohonan akan ditapis supaya yang benar-benar layak sahaja untuk mendapat bantuan ini, buat masa ini kita masih lagi membuat penapisan terutamanya bagi Kawasan P.218 Sibuti ini, jelas beliau pada hari berkenaan.

Utusan Subis juga sempat menemui seorang ibu tunggal, Luni ak Ugir, 50-an dari Rumah Lingu Pakut yang mengusaha kelapa sawit seluas 5 ekar bantuan daripada Jabatan Pertanian Bekenu belasan tahun lalu berkata Program SUBUR adalah membantuan rakya yang susah dan terima kasih kepada kerajan negeri dan pusat kerana mengutamakan rakyat.
Luni Ungir
Luni bersama cucunya ketika ditemui di rumahnya di Rh Lingu Pakut, Sibuti.

“Ia memang benar saya peserta Skim Baja Padi Paya Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan telah menerima bantuan skim berkenaan dan saya masih memerlukan bantuan beras SUBUR kerana padi saya telah habis musnah banjir lepas”.

“Pendapatan dari sawit saya yang purata sebulan 4 hingga 5 tan adalah masih tidak memcukupi perbelanjaan saya, saya juga terpaksa memberi belanja kepada anak yang kerja di pekan kerana gaji dia (anak) masih di dalam kategori miskin tegar”, jelasnya.

Dengan kesimpulan ini, bahawa warga kota berpendapatan RM1,500 ke bawah dan peserta SBPKP-IPP tidak perlu ragu-ragu menyertai permohonan Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).

Selasa, 22 Disember 2009

Aidan Wing menyampaikan buku DUN SARAWAK kepada Pegawai Daerah Miri Boniface Intang dan turut kelihatan ialah ADUN Bekenu ketika perasmian Program Pembangunan Daerah Miri 2009 di Bekenu baru-baru ini.


Aidan : Harap PPB ada di DUN Lambir


UTUSAN SUBIS (22/12/2009) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Lambir) Aidan Wing sangat berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan wujudnya sebuah Pusat Pembaharuan Bandar (PPB) di kawasan pentadbirannya.


Aidan yang di temui selepas menghadiri majlis perkahwinan anak pengerusi Pengerusi Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA) Kaunselor Jamali Haji Basri pada sabtu lepas berkata, cadangan mempunyai PPB ini nanti adalah sebagai usahanya dan penduduk di kawasan Lambir dalam pembangunannya bagi mendapat kemudahan infrastruk seperti di kawasan DUN negeri ini.


Katanya, walaupun Lambir ini terletak dekat dengan Bandar raya Miri namun ia masih lagi banyak pembangunan dari segi aspek kemudahan insfrastruktur supaya ia nampak ada kesinambungan pembangunan antara pusat Bandaraya Miri dan Lambir.


“Harapan saya sangat mendalam agar pihak Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar terbabit meluluskan permohonannya untuk mewujudkan sebuah PPB di Lambir”.


“Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud turut memberikan reaksi positif terhadap permohonannya berhubung perkara itu semasa sesi dialog yang diadakan bersama wakil rakyat di Kuching baru-baru ini dan perkara sama pernah dibincangkannya bersama Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg”, jelasnya.


Katanya, PPB hampir sama seperti Pusat Pertumbuhan Desa, cuma bezanya bidang kuasanya agak lebih besar, iaitu merangkumi semua aspek kemudahan infrastruktur termasuk sistem perparitan dan pelbagai lagi.

Antara kawasan yang akan menikmati pelbagai pembaharuan dan pembangun melalui PPB ini nanti adalah seperti Taman Tunku, Kampung Lusut, Sungai Dalam, Kampung Abdul Rahman, Kampung Tukau dan Kampung Jagus.

Ahad, 20 Disember 2009

SELAMAT PENGGANTIN BARU…Pengerusi Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA) Kaunselor Jamali Haji Basri dan isterinya Mariam Haji Sulaihi bersama anak-anak mereka merakamkan kenangan hari bersejarah di majlis perkahwinan anak kedua mereka iaitu Saiful Bahtiar Jamali dengan tunangnya Masniah Masleh di kediaman mereka di Kampung Dagang Bekenu hari ini. Kauselor Jamali Haji Basri memberi tepung penawar ke tapak tangan anaknya Saiful Bahtiar Jamali. Turut hadir pada majlis ini ialah Setiausaha Datuk Sri Peter Chin Fah Kui, Sebastian Ting dan ahli-ahli politik komponen Barisan Nasional serta masyarakat Iban dari kawasan Palimen P.218 Sibuti dan P.219 Miri.


********************************************************************************* Masalah yang kurang disenangi di Kampung Luak Miri.

KAKI MABUK…Seorang pengurus sebuah bank di bandaraya Miri hari ini terperanjat apabila terlihat seorang remaja terbaring di depan pagarnya dan disangkakan mati dalam perganduhan. Perasaan yang tidak puas hati beliau cuba menghampiri remaja tidak sedar diri itu rupa-rupanya kaki botol dan mabuk. Tidak lama kemudian datang kawan cuba membangunkannya dan membawa pergi dari kawasan di Kampung Luak Miri pada pagi tadi.

Sabtu, 19 Disember 2009

Bantuan seumpama ini, ramai masyarakat yang masih belum menyetai bantuan hingga kini menjadi satu persoalan iaitu yang telah menerima bantuan ini adakah mereka harus menerima bantuan subsidi beras (SUBUR) daripada kerajaan?


PERLUKAH PESERTA SBPKP-IPP SERTAI SUBUR?


UTUSAN SUBIS (19/12/2009)Skim Baja Padi Paya Kerajaan Persekutuan (SBPK-IPP) tahun 2009 telah diagihkan kepada masyarakat rumah-rumah panjang di kawasan Parlimen P.218 Sibuti baru-baru ini.


Bantuan seumpama ini, ramai masyarakat yang masih belum menyertai SBPKP hingga kini menjadi satu persoalan iaitu yang telah menerima bantuan ini adakah mereka harus menerima bantuan subsidi beras (SUBUR) daripada kerajaan?


Ramai warga kota berpandangan bahawa peserta SBPKP-IPP ini tidak wajar menyertai pemohonan SUBUR kerana peserta SBPKP-IPP adalah mengusahakan penanaman padi, jadi sah mereka tidak perlu sertai SUBUR bagi tidak pembaziran wang ringgit kerajaan dan rakyat.


Dalam permahatian Utusan Subis beberapa minggu juga mendapat ramai peserta SBPKP-IPP di Bekenu telah mengisi borang SUBUR, antara yang ramai merebut peluang ini masyarakat daripada rumah panjang yang mempunyai ladang sawit dengan pengeluaran melebihi 8 tan sawit segar.


Dengan ini adalah dikehendakkan Tuai Rumah dan Ketua Kaum dan kakitangan penapisan peserta SUBUR harus tegas. Jangan tidak ingat bahawa Program SUBUR ini adalah khas kepada mereka tergolong dalam miskin tegar, miskin dan mudah jadi miskin.


Pihak Utusan Subis difahamkan bahawa hampir 8 ribu petani telah menerima bekalan bantuan ini sebagai usaha kerajaan membantu mereka menambahkan hasil pengeluar padi untuk menampung keperluan harian mereka.


Baja-baja dan racun makluk perosak (gambar di atas) telah diagihkan kepada peserta skim dengan nisbah 5:2:2:2:1:1:1 iaitu 5 kampit baja kompaun, Urea, Zeo Organik, NPK Tambahan masing-masing 2 kampit.


Mana kala racun makluk perosak setiap peserta skim masing-masing menerima sebotol Decis 500ml, sebotol Nativo 250ml dan sekampit Tikusmin 1kg.


Ramai daripada hampir 8 ribu peserta SBPKP ini telah menerima bantuan seumpama ini sejak tahun 2003.


Kerja-kerja pengendalian SBPKP ini ialah melalui Jabatan Pertanian Miri, Bekenu, Batu Niah, Bakong dan Niah/Suai serta dibantu oleh daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Subis, Miri.


WAKIL RAKYAT SARAWAK BANTU BELIA CARI PEKERJAAN


UTUSAN SUBIS (19/12/2009) – Golongan Belia dan siswazah menganggur Sarawak akan dibantu menerusi wakil rakyat kawasan masing-masing kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Lambir Aidan Wing di Program Nur Bestari anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen P.218 Sibuti yang dijalankan di Balai Raya Riam, Taman Tunku di sini baru-baru ini.


Aidan, kerajaan akan mengambil pendekatan menyeluruh dalam memajukan golongan ini untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka mulai tahun 2010.


Ketua kaum adalah sangat diharapkan dan digesa supaya berkerjasama sepenuhnya dengan menyenaraikan butiran peribadi semua belia di kawasan masing-masing yang masih menganggur.


Butiran peribadi belia atau siswazah seperti kelulusan sama ada ijazah atau diploma, alamat yang lengkap, nombor telefon serta e-mel, bagi membolehkan mereka dihubungi dengan mudah sekiranya diperlukan atau terdapat sebarang kekosongan jawatan, tegas beliau.


Katanya, perkara itu dinyatakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semasa mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada baru-baru ini.


Ini adalah merupakan satu kesungguhan bahawa Ketua Menteri Sarawak sangat memberi tumpuan dan mengambil berat terhadap rakyat dan belia-belia serta siswazah menganggur di negeri ini.


Katanya, penganjuran program ini juga akan mendapatkan kaum wanita lebih memahami dan mengetahui hak-hak mereka dalam keluarga dan masyarakat.


Hadir bersama program ini ialah Pengerusi MPWK Kaunselor Zainani Salleh dan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Ranting Taman Tunku, Arbi Lai serta masyarakat sekitar kawasan itu.

Jumaat, 18 Disember 2009

Khamis, 17 Disember 2009

KENANGAN…Peserta merakamkan kenangan bersama dengan Pengetua SAVTI Michael Entalai (duduk lima kanan), Jumain Hamidon (duduk 7 kiri) dan Adryan Adbul Aziz (duduk 7 kanan) selepas sesi ceramah.

Pekebun kecil puas hati diberi peluang sertai ceramah SAVTI-MPOB

UTUSAN SUBIS (17/12/2009) - Pekebun kecil kelapa sawit kawasan Sibuti berpuas hati diberi peluang untuk menyertai penuntut Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak – SAVTI (PPKS-SAVTI) pada sesi Ceramah Pembangunan Tanaman Kelapa Sawit di sini pagi tadi.


Penceramah Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB-Miri) Jumain Hamidon berkata, tujuan ceramah ini adalah penting kepada pekebun kecil di kawasan ini supaya mereka lebih memahami cara betul yang menguntungkan.


“Sistem penjagaan kebun sawit dengan penggunaan pelbagai jenis baja dan racun harus teratur, kena tahu bila musim dan masa paling sesuai kerja-kerja pembajaan dan meracun rumput rumpai”.


“Jika mereka membaja pada musim hujan atau kemarau maka sudah tentu kerja-kerja pembajaan menjadi sia-sia dan mereka hanya membazirkan wang ringgit mereka kerana baja-baja pada musim ini akan larut cepat dan peratusan bahan kimia sangat rendah”, tambahnya.


Cara penggunaan racun rumpai juga sangat penting kerana salah guna dan caranya ia akan membinasakan anak-anak sawit yang baru ditanam, jika pekebun kecil ingin mengetahui cara teratur dalam pengusahaan sawit ini adalah boleh mohon bantu penerangan daripada pihak MPOB, jelasnya.


Magdaline Lumpoi dan Luni Ugir ketika ditemui pada sesi ceramah yang diadakan di PPKS-SAVTI di kabuloh berkata, ini adalah pertama kali kami menyertai sesi seumpama ini dan ia sangat berfaedah kepada kami.


Antara ceramah yang sangat berfaedah kepada kami ialah ceramah tentang teknik pembajaan berkesan, kelebihan teknologi sungkupan yang disampaikan oleh Jumian Hamidon dan teknik kawalan rumpai yang berkesan yang disampaikan oleh Adryan Abdul Aziz.

Rabu, 16 Disember 2009

Kelab MDS anjur Pertandingan Badminton Tertutup Bumiputera Subis


UTUSAN SUBIS (16/12/2009) - Kelab Rekreasi dan Kebajikan Majlis Daerah Subis (KRKMDS) akan mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup Bumiputera Daerah Subis pada 26-27 Disember ini.


Ahli Jawatamkuasa KRKMDS Ramli Jani ketika ditemui di pejabatnya berkata, tujuan pertandingan ini ialah sebagai memenuhi kelenda aktiviti tahunan kelab ini dan sebagai usaha mencungkil bakat terpendam masyarakat kampung di kawasan luar bandar.


Katanya, pertandingan ini dibahagian kepada dua kategori iaitu Beregu Lelaki dan Beregu Perempuan dan akan dijalankan selama dua hari berturutan di Dewan Masyarakat Bekenu bermula pagi hingga malam.


Kepada jaguh-jaguh badminton tempatan Daerah Subis dari Bekenu, Batu Niah, Niah/Sepupok dan Suai yang ingin menyertai pertandingan ini sila hubungi Ramli Jani (014-5966322) dan Yasin Jumat (014-8469377) atau menemui mereka di Pejabat MDS pada waktu pejabat.


Borang penyertaan yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada pihak penganjur pada 25 Disember selewat-lewatnya jam 6 petang bagi memudahkan pengaturan perlawanan kelak, jelasnya.


Hadiah-hadiah pada kedua-dua kategori ini ialah johan akan menerima dua reket bersama dua beg dan naib johan akan menerima sepasang reket, tempat ketiga dan keempat akan menerima wang tunai.


Majlis perasmian pertandingan ini nanti akan dirasmikan oleh Pengerusi KRKMDS Dihi Mee pada 26 Disember nanti. Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana pertandingan ini dan masuk adalah percuma.

Selasa, 15 Disember 2009

KEANGAN…Angeh Erisen (berdiri tiga kanan) bersama AJPnya dan pegawai PPK Serian merakamkan kenangan di Projek Agromart Bekenu.

PPK Serian lawat Projek PPK Bintulu, Subis dan Jabatan Pertanian Sibu.

UTUSAN SUBIS (15/12/2009)- Pembenihan Kelapa Matag yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Serian (Kuching) berjalan lancar dan mendapat permintaan daripada jabatan-jabatan pertanian di seluruh Sarawak.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan Serian (Kuching) Angah Erisen ketika ditemui dalam lawatan ke PPK Subis Miri hari ini berkata, kini PPK Serian sedang bergiat dalam pengusahaan pembenihan Kelapa Matag dan tanaman sayuran dalam jaring.

Katanya, Projek Kelapa Matag di Pertubuhan kami telah mencecah 2000 pokok, cara menghasilkan benih yang bermutu tinggi adalah dengan cara penyemburan debunga ke atas mayang-mayang kelapa yang baru keluar.

“Hasilnya, iaitu benih Kelapa Matag ini dijual dengan harga RM15 sebiji dan kini telah pun diagihkan ke Jabatan Pertanian Samarahan dan Semongok di Kuching”.

“Sepokok kelapa yang matang menghasilan sekurang-kurangnya 20 biji dan bayangkan sebanyak 2000 pokok kelapa ini semuanya mengeluarkan hasil, maka itulah hasil pulangan yang diperolehi oleh PPK Serian“, jelasnya.

Projek sayuran jaring pula kita telah memberi kepada 20 kontraktor untuk menjalankan projek ini iaitu setiap kontraktor hanya diberi 2 jaring dan hasil sayuran ini dijual di sekitar pekan Serian, tambanya.

Tujuan lawatan AJP PPK Serian dan pegawainya ialah untuk melihat projek-projek yang dijalankan oleh PPK Bintulu, Subis (Miri) dan Jabatan Pertanian Sibu telah bermula pada 13 hingga 17 Disember ini.

Pada lawatan di PPK Subis, kita telah melawat pusat pembelian tandan segar kelapa sawit di Suai/Niah, projek Agromart di Bekenu, tapak semaian kelapa sawit, sayuran dalam jaring dan tapak penanaman Betik Subis di Kabuloh.

Isnin, 14 Disember 2009

Elektrik RM20 ke bawah percuma

UTUSAN SUBIS (14/12/2009) – Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sejumlah RM150 juta bagi tempoh 12 bulan program tersebut dijalankan bermula Januari 2010. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga merupa Ahli Parlimen P.219 Miri Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata rakyat yang menggunakan elektrik RM20 ke bawah sebulan akan terus menikmati elektrik secara percuma sehingga penghujung tahun 2010. Kabinet telah bersetuju untuk melanjutkan kemudahan ini yang akan memberi manfaat kepada golongan berkenaan.

Ahad, 13 Disember 2009

TANIAH…Bekas Ratu Kebaya 2008 Lydia menyerahkan mahkota kepada juara baru iaitu Nancy sambil perhatikan oleh Junaidan dan Awang Ja’apari.

KENANGAN...Junaidan, Awang Ja'apari dan Tuah Matnor merakamkan kenangan bersama peserta yang berjaya pada Pertandingan Ratu Kebaya Sibuti 2009.

NANCY Juara Ratu Kebaya 2009 Sibuti

UTUSAN SUBIS (13/12/2009) – Nancy Seli muncul juara Pertandingan Ratu Kebaya Terbuka Sibuti anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri (JKKN) Sarawak sempena sambutan Exspo Pameran Pembanguan Daerah Miri 2009 di sini semalam.

Naib johan dan ketiga dimenangi oleh Lisa Juni dan adiknya Nur Hafieza Juni, dua saguhati pula dimenangi oleh Vivi Haminika Muna Amit dan Masnieza Juni yang juga adik kepada Lisa Juni.

Juara, Nancy Seli telah berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM300 dan menerima mahkota ratu dari bekas Ratu Kebaya 2008 iaitu Lydia Magdelena Bujang. Tempat kedua dan ketiga masing menerima wang tunai berjumlah RM200 dan RM100. Tempat keempat dan lima hanya menerima saguhati berupa hamper.

Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JKKN Sarawak Junaidan dan SAO Sibuti Awang Ja’apari Awang Narawi.

Azran: Yazer ooo Yazer......hang bagi ku nyanyi pula k? Mala hang je yang nyanyi.
Yazer: Tak boleh...ni dah naik mood nyanyi taw, i nak bawa balik KL senyum orang Bekenu Bah.
Azran: Yazer ooo Yazer....please lah, apa kata kita nyanyi sama Alif Ba Ta 1 2 3 ok...
Yazer: Jooomm...p dengan satu syarat, hang kena lagu sikit je nanti hujan lebat turun...
Azran dan Yazer: HAHAHA......
(***mungkin ini juga boleh disingkapkan melalui gambar di atas, tapi memang benar mereka berdua sangat mantap menyusun persembahan sambil menghadian beberapa buah tangan kepada penonton bertuah)

Pertandingan Ratu Kebaya Sibuti 2009 ini turut dimeriahkan oleh dua penyanyian jemputan dari semenanjung iaitu Yazer Yusof (AF3) dan Azram Hamzah (Aie'z bekas vokalis kumpulan Quest) dengan mendendangkan lagu popular M. Nasir.

Gelagat dan persembahan Yazer dan Azram yang mantap sambil gurauan senda terhadap penonton telah membuat mereka terasa amat terhibur pada malam berkenaan.
TERIMA KASIH…Rosey Yunus memukul gong tanda penutupan majlis sambil diperhatian oleh SAO Sibuti Awang Ja’apari.
Rosey : Pantau Harga Barangan

UTUSAN SUBIS (13/12/2009) – Penghulu dan ketua kaum digalakkan supaya aktif dan berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menjaga kepentingan rakyat dari segi pemantauan harga barangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus ketika ditemui berkata bahawa penguhulu dan ketua-ketua kaum kawasan Sibuti dapat menjadi mata dan telinga kepada rakyat demi kebaikan semua.

“Walaupun mereka tidak mempunyai kad kuasa seperti di semenanjung bahawa mereka boleh masuk premis perniagaan membandingankan harga barangan supaya tiada sebarangan penyelewengan harga“.

“Jika mereka ini mendapat mana-mana premis yang menjalankan perniagaan yang salah dan harga barangan yang mahal, maka mereka dihendaki membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Pengguna untuk membuat siasatan lanjut“, jelasnya.

Sehubungan itu, Rosey juga menyeru agar tuai-tuai rumah dan ketua kaum jangan ketinggalan apa-apa jua program anjuran pihak kerajaan kerana program-program ini merupakan isu-isu semasa yang harus diketahu hingga sampai kepada penduduk mereka sendiri.

Katanya, pada pengelitan Program Pameran Pembanguan Daerah Miri 2009 selama tiga hari telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat di sini, namun pengelitan yang aktif cuma sebilangan tuai-tuai rumah sahaja.

Tuai-tuai rumah kawasan Adun Bekenu ini adalah sangat-sangat dialukan untuk hadir program anjuran kerajaan, kerana mereka harus mengetahui pembangunan modal dan fizikal demi kemajuan genarasi akan datang, tambahnya.

Turut hadir pada Majlis Penutupan Program Pembangunan Daerah Miri 2009 ini ialah SAO Sibuti Awang Ja’apari Awang Narawi, SAO Niah Salbilah Dahlan, Setiasausaha Majlis Daerah Subis Sait Enggan, Pemanca Abu Bakar Pangis penguhulu-penghulu kawasan Sibuti dan ketua kampung terdekat.

Jumaat, 11 Disember 2009

SEJARAH MIRI…Aidan Wing bersama Rosey Yunus ketika mengadakan lawatan ke tapak Pameran Pembangunan Daerah Miri 2009 di Dewan Masyarakat Bekenu.

Aidan : Usaha Sendiri Dapat Pembangunan

UTUSAN SUBIS (11/12/2009) – Program pembangunan tidak dapat berlaku dengan mudah tanpa kita sendiri berusaha untuk menjadikan reality, ianya perlukan iltizam yang tinggi dan kuat daripada kita.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 62 Lambir Aidan Wing berucap pada Majlis Perasmian Program Pameran Pembangunan Daerah Miri 2009 di sini berkata untuk mencapai kejayaan kita perlu bersatu padu dan kerjasama.

Kita juga perlu bersemangat saling hormat-menghormati berkonsep 1 Malaysia serta kecekalan kita untuk maju serta berubah adalah sangat penting demi mewujudkan pembangunan dan kejayaan, jelasnya.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar kita semua terutamanya golongan muda dapat hadir melawat Pameran Pembangunan di Dewan Masyarakat Bekenu yang diadakan selama tiga hari ini.”

“Kehadiran orang ramai adalah digalakkan kerana ia penting agar kita dapat faham dan menghayati apakah pembangunan yang telah mengambil tempat di Daerah Miri ini dari dahulu sehingga kini”, katanya.


Antara aktiviti diadakan iaitu pada 11 Disember (hari ini) ialah Pertandingan Sibuti Idol, Pertandingan Memasak dan Sukan Kampung, 12 Disember ialah senam seni, gotong royong (masyarakat setempat), Pertandingan Sibuti Idol, Pertandingan Memasak Suami Isteri, Teka dan Kuiz, Pertandingan Sukan Rakyat (sumpit/gasing/boling kelapa/tarik upeh), Pertandingan Akhir Ratu Kebaya dan Persembahan Kebudayaan. Pada 13 Disember, Majlis penutupan jam 1100 pagi akan disempurnakan oleh ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus.


Turut hadir di majlis perasmian pembukaan ini ialah ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus, Pegawai Tadbir Sarawak Sibuti Awang Ja’apari Awang Narawi, Pengurus Operasi FAMA Miri Amin Pata dan Kaunselor Jamali Basri serta ketua-ketua kaum kawasan Sibuti.
UTUSAN SUBIS (11/12/2009) – Janji-janji kerajaan berusaha untuk membantu rakyat adalah tidak pernah dibelakangkan demi kesejahteraan dan meringankan bebanan yang menimpa rakyat ketika mengalami bencana banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.61 Bekenu Rosey Yunus bercakap pada majlis penyerahan wang ehsan pertanian di Dewan Masyarakat Niah/Sepupuk bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan permohonan bantu banjir walaupun hampir setahun telah berlalu.

Katanya, kerajaan adalah sentiasa memandang berat terhadap kesulitan rakyat walaupun mereka daripada pihak pembangkang, ini kerana mereka juga rakyat kawasan kita dan kerajaan kita adalah 1 Malaysia iaitu ‘Rakyat Diutamakan, Penyacapaian Didahulukan’ tidak adalah yang terpinggirkan.

“Kemusnahan tanaman, ternakkan dan peralatan ladang akibat banjir yang dimiliki oleh rakyat bahawa kos kerugian yang ditanggung mereka adalah tinggi, maka kerajaan sangat memandang berat kesulitan mereka”.

“Oleh demikian, kerajaan telah mencari jalan dalam membantu mereka iaitu mengagihkan peruntukkan berupakan wang ehsan berjumlah RM1,000 kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Niah/Sepupuk ini“, jelasnya.

Katanya, kerajaan bukan sahaja mengagihkan wang ehsan di kawasan ini sahaja, malah mangsa-mangsa banjir di kawasan Batu Niah dan Bekenu juga menerima bantu yang serupa.

Bantuan ini bukan juga hanya ada di kawasan DUN N.61 Bekenu, ia juga meliputi kawasan DUN di seluruh Sarawak yang menggalami bencana banjir.

Selain itu, kerajaan juga telah mengeluarkan wang ehsan motor bot di N.61 Bekenu pada pertengahan tahun ini dan pelbagai bantuan telah diterima rakyat, ini sudah membuktikan bahawa kerajaan benar-benar begitu prihatin terhadap rakyat, jelasnya.

Pada majlis ini bahawa sebanyak 19 kampung-kampung dan rumah-rumah panjang terlibat telah menerima wang ehsa. Sementara itu, beliau juga menyeru ketua-ketua kaum supaya mengemas kini rekod penduduk masing supaya tidak ada yang dipenggirkan.

Turut hadir membantu Rosey Yunus pada penyerahan wang ehsan ialah pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Daerah Niah/Suai, SAO Niah Salbilah Madah dan ketua kaum kampung dan rumah panjang.

Isnin, 7 Disember 2009

BERSATU...William Manan menyerah Catar Ketua-Ketua Bahagian Zon Utara kepada Ketua Bahagian Bekenu Kaunselor Sebastian Janting semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (Pemilihan) 2009 Bahagian-Bahagian SPDP Zon Utaradi Bakong, Baram baru-baru ini.

SPDP-PRS bergabung sebelum pilihan raya?

UTUSAN SUBIS (7/12/2009) Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masih berminat penggabungan dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS) demikian kata Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Dato Sri William Mawan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP di ibu pejabat parti itu di Kuching.

Dato Sri William Mawan, kemungkinan dua parti berasaskan penduduk luar bandar terutama kaum Dayak itu bakal bergabung sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri akan datang yang dijangka Mei 2011, sebagai mengukuhkan lagi kedudukan Barisan Nasional (BN).

Idea menggabungkan kedua-dua parti itu muncul pada 2005 dan kedua-dua parti terbabit telah menubuhkan jawatankuasa masing-masing bagi tujuan itu dan bertemu serta berbincang.

“Pada masa yang sama, Mawan berkata, kita telah mengarahkan sayap wanita SPDP, Pemuda dan Puteri bekerjasama dengan komponen BN yang lain dalam membantu mengenal pasti serta mendaftar golongan miskin di bawah program e-kasih. Beliau berkata usaha itu membantu kerajaan mengenal pasti golongan yang benar-benar miskin pada masa sama wujud masalah pendaftaran bagi program e-kasih tidak lengkap“.

"Kita tidak mahu mereka yang tidak miskin didaftar di bawah program ini menyebabkan golongan yang benar-benar miskin tercicir. Jika tidak program kita membantu rakyat tidak berjaya yang akhirnya boleh menjejaskan sokongan terhadap BN,” ujarnya.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi mengumumkan Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) parti itu akan diadakan pada 28 hingga 30 Disember ini dan pindaan perlembagaan mungkin dilakukan bagi meningkatkan lagi jumlah delegasi yang boleh mengundi pemimpin tertinggi parti itu.

Beliau memberitahu buat masa ini, setiap bahagian dihadkan kepada kuato tertentu bergantung kepada jumlah ahli berdaftar di bahagian tersebut dan akan lebih ramai delegasi akan mengambil bahagian dalam pemilihan majlis tertinggi parti,” katanya.

Ahad, 29 November 2009

SERUMPUN…Rosey Yunus (tiga kanan) dan Aeries Sumping Jinggan (dua kanan) ketika di Majlis Makan Malam St. Boniface Parish di Rh Baie Mamut pada malam tadi.

Rosey : Contohi majlis makan malam di Rh Baie

UTUSAN SUBIS (29/11/2009) – Sifat kental yang sentiasa ada di dalam diri penganut agama Kristian masyrakat Iban di Rh. Baie Mamut Sungai Sibuti harus dicontohi kerana berjaya membawa mereka untuk julung kali mengadakan majlis makan malam setaraf di hotel tempatan.

Ini adalah satu sifat yang patut dicontohi rumah-rumah panjang dan masyarakat lain di Sarawak yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN N.61) Bekenu Rosey Yunus ketika berucap pada Majlis Perasmian Makan Malam anjuran St. Boniface Parish di sini, kita yang pelbagai kaum dan agama tidak harus berpilih-pilih lagi kerana kita merupakan 1 Malaysia bahawa tiada yang tercicir daripada arus pembangunan dan kemajuan.

“Kita tidak seharusnya bersama janggal dengan pengganutan agama masing-masing kerana ianya adalah bebas dan tidak agama yang membawa kejahatan kepada kita malah kan memberi banyak kebaikkan kepada kita.

“Apa yang penting ialah kita harus saling menghormati sesama kita yang berbeza bangsa dan agama, dengan ini kita akan mampu untuk lebih maju dan membangun. Kita juga sentiasa kena bersikap kerjasama dengan pelbagai kaum terutamanya bersatu dengan Barisan Nasional yang membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar”, jelasnya.

Pada majlis ini, Rosey Yunus turut mengumumkan peruntukkan MRP RM2000 kepada Gereja St. Boniface Parish Mamut, Sibuti. Turut hadir bersama ialah Pengerusi Parti Progressif Demokratik Sarawak (SPDP-Bekenu) Sebastian Janting, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Tr. Baie, The. Rigst Rev. Asst. Bishop of Kuching Aeries Sumping Jinggan dan Rev. Fr. Jecksion Tay.
IBADAH KORBAN…Jamali Basri (tengah) bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Mutabbquin Bekenu pada majlis penyembelihan salah seekor daripada empat lembu untuk dikorbankan pada Hari Raya Haji Semalam.

Masjid Bekenu korban empat ekor lembu

UTUSAN SUBIS (29/11/2009)– Jawatankuasa Masjid Al-Mutabbquin Bekenu menerima empat ekor lembu sumbangan daripada ADUN N.61 Bekenu dan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu sempena Hari Raya Korban semalam.

Pengerusi pengelola majlis penyembelihan Kaunselor Jamali Basri ketika ditemui berkata, sumbangan empat ekor lembu ini masing-masing daripada ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus dan Yusuf Sani adalah untuk diagihkan kepada lebih 200 fakir miskin kawasan Bekenu.

Jamali, upacara penyembelihan dan melapah daging korban adalah dilaksanakan secara gotong-royong oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid ini yang terdiri daripada ketua-ketua kampung dan kakitangan kerajaan serta penduduk setempat.

“Kita semua di sini mengucapkan terima kasih di atas sumbangan empat ekor lembu daripada ADUN N.61 Bekenu dan Yusuf Sani yang bermurah hati terhadap pemberian sumbangan berkenaan.

Aktiviti ini harus dilaksanakan oleh umat Islam sebagai memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya“, jelasnya.

Kita juga pada setiap tahun akan mengadakan majlis seumpama ini yang tidak mahu ketinggalan seperti yang dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh dunia kerana ianya sangat wajib, tambahnya.

KENANGAN…Rosey Yunus menerima cenderahati daripada Daneil Bating pada majlis perasmian Program Rakan Muda di Rh Selan Batu Niah Baru-baru ini, turut kelihatan ialah SAO Niah Serbilah Haji Dahlan (kiri).


Program Rakan Muda dapat sambutan di rumah panjang


UTUSAN SUBIS (29/11/2009) – Program Rakan Muda Wawasan Desa (Etnik) 2009 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri di Rh Selan Rancangan Sepupuk Niah mendapat sambutan para belia rumah-rumah panjang kawasan Batu Niah dan Niah/Suai.


ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus berucap pada majlis perasmian berkata bahawa program seumpama ini harus diteruskan ke setiap kawasan rumah panjang dan kampung-kampung demi memberi pelbagai kesedaran yang berfaedah dan bermanfaat kepada belia pada masa akan datang.


Katanya, program ini juga mampu mengurangkan para belia kita terlibat dalam gejala lepak yang merosak masa depan, oleh itu belia kita harus pandai berfikir berusaha untuk maju bersaing merebut peluang kerja yang ada pada setiap masa.


“Masyarakat di sini harus mempunyai sifat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana telah banyak memperuntukan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.


“Kepada mana-mana rumah panjang dan kampung yang masih belum mempunyai kemudahan tertentu bahawa bersabarlah kerana peruntukan kemudahan sudah disalurkan hanya menunggu masa kerja sahaja“, jelasnya.


Program kemudahan asas ini bahawa kerajaan kita telah merancangkan siap sepenuhnya selewat-lewatnya hujung tahun 2012 kelak.


Turut hadir majlis ini ialah Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri Daneil Bating, Pegawai Dearah Kecil Niah, Serbilah Haji Dahlan; Penghulu Bau dan tuai-tuai rumah kawasan Batu Niah dan Niah/Suai.