Jumaat, 13 November 2009

SIBUTI BOLEH... Kemeriahan Pesta Makan Buah-buahan Tempatan 2008 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Hajjah Rohani Abdul Karim (3 kanan), turut kelihatan ialah Tuan Haji AHmad Lai Bujang (2 kanan) dan Puan Rosey Yunus (3 kiri) di Gelanggang MDS Bekenu pada tahun 2008 lalu.

Orang ramai dijemput hadir ke Pesta Makan Buah-buahan 2009

UTUSAN SUBIS (13/11/2009) – Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti dengan kerjasama FAMA Miri akan mengadakan Pesta Makan Buah-buahan Tempatan di sini pada 15 November ini.

Objektif utama penganjuran adalah sebagai usaha kedua-dua pihak penganjur untuk mempromosikan Bekenu merupakan sebuah pekan yang mempunyai pelbagai hasil tanaman terutamanya buah-buahan tempatan pada masa ini.

Selain daripada itu, ia juga untuk membantu para pekebun kecil dari sekitar kawasan Sibuti mengeluar dan pemasaran serta penyebaran bahawa kawasan ini mempunyai pelbagai buah-buahan tempatan boleh didapati pada musim buah.

Majlis perasmian ini nanti akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, Hajjah Rohani Abdul Karim dan turut hadir Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.

Antara yang menarik pada pesta berkenaan ialah pertandingan gubahan buahan dan teka jumlah buah serta 60 meja pameran dari agensi kerajaan.

Orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi pesta buah-buahan dan menangi pelbagai hadiah yang telah disediakan oleh pihak penganjuran.