Isnin, 19 Mac 2012


PESTA BEKENU 2012…. Sungai Sibuti, lokasi inilah yang akan mendapat tumpuan daripada orang ramai dan peserta yang merebut gelaran Raja Udang Bekenu 2012 pada March depan

PESTA BEKENU 2012 
SASAR 10,000 pengunjung

PESTA Bekenu 2012  yang menyediakan ribuan hadiah wang tunai anjuran Pejabat Wakil Rakyat Ahli Dewan Undangan Bekenu (N.61 Bekenu) dan ANTBIZS NETWORK yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 March depan dijangka mampu menarik 10 ribu pengunjung ke sini kelak.

Pengerusi penganjuran bersama Adam Abdul Malik  ketika ditemui selepas sesi mesyuarat pertama di Majlis Daerah Subis (MDS) hari ini berkata, acara utama Pesta Bekenu 2012 ini  ialah mencari gelaran Raja Udang Bekenu 2012 iaitu pada 25 March nanti.


Katanya, pertandingan mancing udang ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Jom Lepak Remaja dan Raja Udang Bekenu yang masing-masingnya diadakan di Sungai Sibuti, kedua-dua kategori ini adalah diadakan secara terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Tarikh pertandingan memancing kategori Jom Lepak Remaja (12 hingga 21 tahun) ialah pada 24 March dan kategori Raja udang Bekenu ialah pada 25 March. Tarikh tutup penyertaan ialah jam 5 petang pada 23 March depan.

Borang pertandingan ini boleh didapati daripada pihak penganjur ANTBIZS NETWORK (Miri) dalam masa terdekat ini dan Kaunselor Sulaiman Ahmad di Lot 4, Gerai Perniagaan Persatuan Bumiputera Sarawak (Bekenu).


Hadiah-hadiah kategori Raja Udang Bekenu ini ialah johan akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1200, tempat kedua (RM800), ketiga (RM600), keempat (RM300), kelima (RM200), keenam (RM100), ketujuh dan kelapan (RM60) dan kesempilan dan kesepuluh (RM50) serta masing-masing menerima piala, hamper dan T-Shirt.

Hadiah-hadiah di kategori Jom Lepak Remaja ini ialah johan akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM300, tempat kedua (RM200), ketiga (RM100), keempat (RM80), kelima (RM60), keenam (RM40), ketujuh hingga kesepuluh (RM30) serta masing-masing menerima piala dan hamper.

Setiap peserta yang menyertai kedua-dua kategori pertandingan memancing udang ini akan diberi tiket cabutan bertuah yang akan memenangi oleh sepuluh peserta yang bertuah dan bernasib baik.

Selain daripada pertandingan memancing, turut diadakan ialah pertandingan mewarna khas kanak-kanak berusia 6 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun. Hadiah pertandingan di kedua-dua kategori ini  berupakan wang tunai, johan RM100 dan piala, kedua (RM80, piala), ketiga (RM50, piala). Tempat keempat hingga kesepuluh menerima hamper.

Pertandingan memasak, Johan menerima wang tunai RM200 bersama hamper, kedua (RM150, hamper), ketiga (RM100, hamper), keempat (RM80) dan kelima (RM50). Pertandingan bermukun, johan menerima hadiah wang tunai RM200 dan piala, kedua (RM150, piala) dan ketiga (RM100, piala).

Majlis perasmian ini akan dilaksanakan oleh Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus. Turut disangka hadir pada Pesta Bekenu ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.
TURUN PADANG…. Datuk Sylvester Entri bersama penduduk Rh Assam mengadakan pantauan bersama melihat jalan baru sepanjang 2.5 kilometer  yang bernilai RM500 ribu. 

Datuk Sylvester - Beberapa projek tidak 
setanding nilai peruntukan

MENTERI Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran tidak memuaskan terhadap perlaksanaan beberapa projek kawasan luar bandar yang dijalankan tidak berbaloi dengan nilai diperuntukkan oleh kerajaan.

Datuk Sylvester Entri yang ketika ditemui (18/3/2012) di Majlis Randau Rakyat Bersama Pemimpin di Rumah Panjang Assam Menggong, Sungai Pedana Asam Paya Hilir Baram hari ini berkata, terdapat beberapa projek yang disalurkan oleh kerajaan ke kawasan luar bandar sangat kurang memuaskan.

Katanya, dalam pemantauan bersama penduduk Rumah Panjang Panjang Assam Menggong, Sungai Pedana Asam Paya Hilir Baram untuk melihat projek jalan baru sepanjang 2.5 kilometer yang bernilai RM500 ribu rata-rata penduduk kurang puas hati kerana tidak sepadan dengan nilai diperuntukkan.

“Dalam perkara ini, saya sendiri akan menemui Pegawai Daerah Marudi untuk mengetahui dan mendengar penjelasan bagaimana kerja memperbaiki jalan berkenaan boleh dibuat baik lagi untuk  tidak menimbulkan perasaan kurang senang terhadap perlaksanaannya.

“Walau pun kurang memuaskan terhadap projek jalan tersebut, rakyat juga harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana kawasan ini dulu tidak disangkakan telah memperolehi jalan raya untuk ke Bandaraya Miri,” jelasnya.

Datuk Sylvester yang merangkap Ahli  Dewan Undangan Negeri N.66 Marudi  menambah  jeti bernilai RM80 ribu yang telah siap juga telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk di sini  sebagai pengkalan menunggu ekpress ke Miri dank e Marudi.

Selain daripda itu, jeti ini juga meberi kemudahan kepada pendudukan rumah panjang ini mudah untuk menjalankan aktiviti nelayan kecil mencari rezeki di sekitar Sungai Baram ini.

RASMI… Datuk Sylvester memotong reben di Majlis Perasmian Jeti Baru Rh Assam yang telah siap dan boleh digunakkan sepenuhnya, sambil diperhatikan oleh Tr. Assam (kiri) dan Tr. Mikal (kanan).

Katanya, peruntukkan projek pembinaan jeti bukan sahaja di Rumah Panjang Assam Menggong sahaja, malah kerajaan juga telah memperuntukkan nilai RM80 ribu kepada Rumah Panjang Muna untuk projek jeti ini.

“Saya akan mengadakan pemantauan bersama pegawai kerajaan ke Rumah MikalSungai Putat untuk melihat projek bernilai RM100 ribu yang belum dijalankan sehingga hari ini,” jelasnya.

Justeru itu, juga dinasihatkan kepada para kontraktor yang telah ditawarka sesuatu projek haruslah menjalankan kerja perlaksanaan projek berkenaan mengikuti arahan sepenuhnya sebagai mana yang tercatit dalam projek itu.

Bagi mencapai kemudahan asas adalah perlu rakyat teruskan memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada kerajaan dan pihak kontraktor  yang melakukan kerja pembangunan supaya setiap permohonan akan mudah sampai ke kawasan masing-masing, katanya lagi.

Pada majlis Randau Rakyat Bersama Pemimpin tersebut, Datuk Sylvester Entri turut melancarkan Unit Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (Saberkas) Pengalayan yang dipengerusikan oleh Thomas Lingtung.

Unit Saberkas Pengelayan juga turut diperuntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM10 untuk menjalankan aktiviti dan kegiatan Saberkas di kawasan Pengelayan yang juga akan turut sertai perjumpaan Saberkas Cawangan Marudi yang dijadualkan berlangsung di Marudi pada 7 April depan.

Saberkas Cawangan Marudi kini mempunyai enam unit iaitu Unit Saberkas Pekan Marudi, Pengelayan, Nabor, Beluru, Teruking dan Jengan.

Turut hadir bersama di Majlis Randau ini ialah Tr. Assam, Penghulu Enggah, Penghulu Ela, Pengerusi Saberkas Unit Pengelayan Thomas Lingtung dan tuai-tuai rumah yang berdekatan.