Selasa, 12 Januari 2010


Klinik kesihatan kerajaan hanya mampu menampung pendudk utara dan tengah Miri


AHLI Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai: Miri yang bertaraf Bandaraya hanya mempunyai dua buah Klinik Kesihatan Kerajaan iaitu Klinik Kesihatan Tudan dan Klinik Kesihatan Bandar Miri adalah hanya mampu menampung keperluan penduduk-penduduk di sekitar Zon Utara dan Zon Tengah Bandaraya Miri.


“Mengujur ke Zon Selatan kita hanya mempunyai sebuah Klinik Ibu dan Anak, Lambir yang terletak di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir. Saya rasa Klinik Kesihatan Ibu dan Anak lambir ini tidak dapat memenuhi keperluan kesihatan penduduk-penduduk di kawasan Taman Tunku dan kawasan berhampiran.


“Dengan penduduk dianggarkan melebihi 150,000 ribu orang di Zon Selatan dan kawasan luar bandar, fasiliti kesihatan sedia ada dilihat tidak mampu menampung keperluan penduduk bandaraya ini”, jelasnya.


Penubuhan Klinik 1Malaysia ini adalah langkah pertama kea rah kewujudan klinik kesihatan yang lengkap dan menyeluruh perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan. Adalah diharapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, impian penduduk di Palimen Sibuti untuk mendapat sebuah klinik kesihatan akan terlaksana, tambahnya.



Klinik 1Malaysia Hadiah Tahun Baru 2010


Ahli Dewan Undangan Negeri (N.62 Lambir) Aidan Wing: Kewujudan Klinik 1Malaysia sebagai satu usaha kerajaan mengmbil berat perihal kebajikkan rakyat.


"Penubuhan Klinik 1 Malaysia adalah satu hadiah tahun baru 2010 daripada kerajaan kepada penduduk kawasan Lambir ini.


"Adalah hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar rakyat kita dapat menikmati tahap kesihatan yang sempurna dan kewujudannya ini dilihat dapat merealisasikan hasrat tersebut", kata Adian.


Operasi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10am hingga 10pm.


Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. Faizul Mansoor: Klinik 1Malaysia hanya untuk pesakit ringan. Hari dan waktu beroperasi ialah pada setiap Isnin hingga Jumaat dan tutup pada Sabtu dan Ahad serta pelepasan am, klinik ini akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


Klinik hanya untuk pesakit seperti deman, batuk, sakit perut, muntah, cirit-birit, pesakit asthma/ampus dan luka-luka kecil saja.


RAKYAT DIUTAMAKAN….Ahmad Lai (duduk tengah) memberi talimat mengenai perkembangan MPPP P.218 Sibuti, turut kelihatan Rosey Yunus (dua kanan).

AHMAD : Banyak Projek MPPP Telah Siap Di DUN N.61 Dan N.62

UTUSAN SIBUTI (12/1/2010) – Pelbagai projek melalui Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) P.218 Sibuti berjalan dengan lancar dan teratur mengikut peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang ketika ditemui selepas mempengerusi mesyuarat kedua MPPP di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti di sini hari ini berkata, banyak projek MPPP di sini telah siap pembinaannya.

“Sementara itu, banyak lagi projek MPPP sedang giat dan rancangkan serta dijalankan di kawasan luar bandar untuk kemajuan penduduk kampung-kampung dan rumah-rumah panjang”.

“Projek telah dijalankan di P.218 Sibuti seperti projek kambing sebanyak 5 tempat di DUN Bekenu dan DUN Lambir dengan perbelanjaan RM16 ribu dan jeti-jeti nelayan di Kampung Kuala Niah, Kuala Sibuti, Peliau dan Bakam dengan perbelanjaan RM100 ribu yang sedang dalam pembikinan pada masa ini”, jelasnya.

Tuan Haji Ahmad Lai, projek pertanian seperti benih-benih pokok buah-buahan dengan perbelanjan RM16 ribu dan kita juga memperuntukkan sejumlah RM20 ribu kepada nelayan untuk membeli moto bot dan alat-alat menangkap ikan, tambahnya.

Turut hadir pada mesyuarat ialah ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus, SAO Niah Sebilah Haji Dahlan, Pegawai Operasi FAMA Amin, Jasa Miri Lukanisma dan pegawai-pegawai kerajaan tempat serta ketua kaum P.218 Sibuti.