Sabtu, 9 Januari 2010

1malaysia.com.my (PM):

Klinik 1Malaysia, Doktor Swasta Tidak Perlu Bimbang


UTUSAN SIBUTI (8/1/2009) – Doktor swasta tidak perlu bimbang dengan penubuhan klinki 1 Malaysia sebanyak 50 klinik di Malaysia kerana ia hanya akan menumpukan kepada pemeriksaan kesihatan yang biasa seperti memeriksa tekanan darah dan kandungan gula.


Utusan Sibuti (http://www.utusansubis.blogspot.com) yang melayari http://www.1malaysia.com.my mengenai berita Doktor Swasta Tidak Perlu Bimbang Dengan Penubuhan Klinik 1Malaysia – Najib pada 8 Januari 2010 adalah harus di ketahui semua lapisan masyarakat negara kita.


Dalam blog 1Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka (doktor swasta) tidak terjejas sebab kes-kes daripada sini akan kita rujuk kepada mereka... umpamanya jika pesakit ada hubungan dengan mana-mana doktor swasta, kita akan rujuk kepada mereka.


Tetapi ini memudahkan rakyat jelata untuk membuat pemeriksaan biasa seperti paras gula dalam darah, periksa tekanan darah kalau mereka hipertensi... untuk pemeriksaan lebih lanjut, mereka akan pergi ke klinik swasta atau hospital kerajaan, katanya.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengadakan sesi dialog dengan anggota Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengenai perkara berkenaan.

Perdana Menteri menegaskan bahawa klinik 1Malaysia, yang setakat ini 44 daripadanya sudah beroperasi di seluruh negara, diwujudkan untuk kepentingan rakyat.


Katanya, untuk 50 klinik, kita peruntukkan RM10 juta... tapi RM10 juta ini bukan untuk bangunan...ini adalah untuk kita buat peralatan dalaman sahaja dan untuk ubat-ubatan. Klinik 1Malaysia yang diperkenal dan dilaksanakan kerajaan bertujuan memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di negara ini boleh dinikmati secara adil, saksama dan menyeluruh oleh semua rakyat, sejajar hasrat kerajaan.


Selain itu, pesakit tidak perlu tunggu lama kerana Klinik 1Malaysia akan memberikan layanan pantas. Dalam keadaan ini, Kementerian Kesihatan mendapat untung kerana boleh mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan asas.


Perdana Menteri berkata Klinik 1Malaysia akan beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dan masa perkhidmatan adalah dari pukul 10 pagi hinggga 10 malam dengan dikendalikan oleh kumpulan paramedik yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih.