Ahad, 8 Mei 2011

SELAMAT DATANG… Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir Ripin Lamat mendapat kunjungan Menteri Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan ke kawasannya sempena Majlis Makan Tahun di Kampung Subak 12 kilometer dari pekan Bekenu.

Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Muda Kementerian Kemudahan Awam dan Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak Sylvester Enteri, Ahli Parlimen Sibuti, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Ngumbang.

Majlis diseri dengan bermukun yang turut diserta bertandak bermukun oleh Datuk Amar Awang Tengah dan isteri. Ini adalah merupakan lawatan pertama Datuk Amar Awang Tengah ke kawasan Ripin Lamat yang selaku wakil rakyat setelah menang pada pilihan raya lepas.

Sekitar hampir seribu masyarakat tempatan dan luar kawasan Bekenu dan Lambir hadir untuk menikmati makanan kampung untuk tatapan masyarakat berbilang kaum di sini.

Pada sebelah pagi Datuk Amar Awang Tengah yang ditemani isterinya bersama rombongannya telah hadir ke Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional dan Masyarakat DUN Bekenu anjuran BN Bekenu di sini.
KERAJAAN PRIHATIN… KK Noh Mat (kanan) bersama Rozlan Putit ketika ditemui pada Dialog Lapangan Kampung Tiris.

Rakyat Bukit Bom terima

kelulusan lot pertanian


UTUSAN SIBUTI - Sejumlah 73 penduduk Bukit Bom mendapat surat kelulusan permohonan tapak tanah khas untuk aktiviti lot pertanian daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Miri.

Ketua kaumnya Noh Mat ketika ditemui bersama Penguasa Tanah dan Survei Miri Rozlan Putit hari ini menyatakan ribuan terima kasih kerana telah meluluskan keperluan rakyat di kawasan ini.

Katanya, penduduk di sini sudah lima tahun menunggu jawaban daripada JTS yang akhirnya hari ini telah menerima surat kelulusan dan terbukti sah milik penduduk kampung ini.

“Kerajaan memang prihatin dan tahu masalah rakyat, lihat hari ini kami telah pun menerima surat hak milik dan kami akan terus bekerjasama dengan memberi sokongan kepada pihak kerajaan”, jelasnya.

Penguasa Tanah dan Survei Miri Rozlan Putit turut ditemui berkata, memang benar penduduk Kampung Bom Batu Niah telah memohon tapak tanah lot pertanian lima tahun lepas.

Katanya, pihak JTS telah membuat penelitian dalam masa lima tahun bagi tidak mendatangkan masalah bercanggah dengan pihak lain, dengan penelitian teliti JTS memberi pertimbangan terhadap permohonan mreka.

Mengenai penyukatan NCR di kawasan Tiris berkata, komuniti dan penduduk Kampung Tiris perlu berhubung terus dengan JTS sekiranya terdapat sebarang permasalahan dan kemusykilan berkaitan semasa pelaksanaan penyukatan perimeter tanah NCR di kawasan terbabit kelak.

“Penduduk kampung terlibat agar memberikan kerjasama kepada kakitangan jabatan yang bertugas sepanjang tempoh kerja- kerja penyukatan dan pengukuran tanah NCR milik mereka dijalankan.

“Antara bentuk kerjasama yang boleh diberikan penduduk, adalah seperti memberi maklumat yang jelas berkenaan dengan lokasi yang perlu disukat, memberi bantuan dari segi kemudahan- kemudahan berkaitan dalam menjayakan penyukatan di kawasan terbabit”, katanya.

Rozlad turut berharap komuniti kawasan terlibat dapat membantu untuk menjelaskan tujuan penyukatan kepada penduduk sekitar sambil menambah pihaknya mensasarkan untuk menyiapkan kerja-kerja penyukatan di kawasan berkenaan secepat mungkin sekali gus berharap dengan adanya bantuan dan kerjasama daripada pemilik tanah, kerja-kerja penyukatan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kawasan Tiris merupakan kawasan keempat yang akan disukat dibawah inisiatif baru NCR di Bahagian Miri yang dianggarkan berkeluasan kira- kira 2,241 hektar dimana tanah yang telah disukat akan diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri yang kemudiannya menjadi kawasan yang sah dimiliki oleh komuniti di situ.

Menurut Rozlan lagi, penyukatan tanah NCR tersebut merupakan proses yang berterusan dan akan diteruskan sehingga ke penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan matlamat utama Inisiatif Baru ini adalah untuk memastikan semua tanah NCR dalam negeri ini disukat dan akhirnya dikeluarkan surat hakmilik bertujuan memberi jaminan pemilikan tanah NCR dan secara langsung dapat melindungi hak pemilik tanah NCR di negeri ini.