Selasa, 9 November 2010

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr. James Jemut Masing (kiri). Larry Sng Wei Shien (kanan).

Sumbangan daripada:
http://www.ibankapit.blogspot.com


Teka Teki Hampir Terjawab!


SEMALAM, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr. James Jemut Masing telah mengumumkan, bahawa kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.54 Pelagus hanya untuk ahli dari kalangan ahli parti PRS.

Walaupun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus ketika ini, Larry Sng Wei Shien menjadi ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) beliau tetap tidak akan dipilih menjadi calon pada pilihan raya akan datang untuk mempertahankan kerusi N.54 Pelagus.

Jawapannya mudah sahaja menurut Dr. Masing, N.54 Pelagus kerusi PRS, Larry Sng pula tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti dan DUN Pelagus majoritinya kaum Iban, jadi wajarlah kaum Iban yang menjadi calon di kawasan terbabit.

Jawapan yang agak pasti, kalau Larry Sng mahu menjadi calon di Pelagus, cuma satu sahaja jalannya iaitu menggunakan tiket bebas. (Kalau bersandarkan kepada pendirian Dr. Masing).

Jika sekiranya, Larry Sng masih mahu menjadi calon BN, dengan penerimaannya sebagai ahli dalam SUPP kelak (jika menjadi kenyataan), beliau hanya boleh menjadi calon di kawasan SUPP.

Cuma harapan kita, dengan penduduk di Pelagus masih mahukan Larry Sng, Negeri pula masih menuntut dan memerlukan tenaga muda serta wakil kaum Cina. Kita harap nasib Larry Sng tidaklah seperti kata-kata pepatah "Si Luncai dengan Labu-Labunya".

Isnin, 8 November 2010

RAJIN BERUSAHA TANGGA KEJAYAAN… Ahmad Lai (tiga kanan) sedang menyampaikan sijili dan hadiah kepada anak-anak Tabika Kemas P.218 Sibuti. Turut kelihatan ialah Datuk Aidan Wing (dua kanan) dan Lipin Lamat (empat kiri).

Sumbangan daripada :
Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti

Hargai Jasa Guru Tadika KEMAS


UTUSAN SIBUTI (KUCHING) – Pengorbanan jasa guru tadika KEMAS yang terawal membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak harus dihargai demi masa depan generasi baru lebih cemerlang kelak.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Tabika Kemas Parlimen Sibuti di sebuah hotel terkemuka di sini pada pagi tadi.


Katanya, ibu bapa juga berperanan untuk bersama-sama dengan pihak KEMAS dalam apa jua aktiviti yang dijalankan serta bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak supaya lebih berpengetahuan luas keilmuan pembelajaran sebelum mereka melangkah kaki ke sekolah rendah di Tahun Satu.


Usaha murni para guru Tabika Kemas tidak boleh diperkecilkan kerana pada peringkat inilah anak-anak perlu mendapat pengetahuan yang lebih mendalam untuk anak-anak mempunyai minat membaca.


Kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi program pendidikan melalui KKLW, Kementerian Pelajaran dan lain-lain kementerian lagi bagi membangunkan dan prasarana-prasarana serta kemudahan persekolahan di luar bandar dan juga dibandar, jelasnya.


Tambahnya lagi, rakyat untuk terus bersama-sama Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberi perhatian dan juga telah terbukti dapat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Malahan BN sentiasa mengambil berat pendidikan anak-anak kerana bagi melahirkan modal insan yang berguna..


"Jauh di sudut hati saya ini, saya percaya dan yakin suatu hari nanti anak - anak ini lah yang akan terus berjuang dan akan menentukan serta menjana gagasan 1 Malaysia bagi merealisasikan wawasan 2020 kelak”, jelasnya lagi.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (BN-Lambir) Datuk Aidan Wing, Pengerusi Pengelola Majlis (Setiausaha Politik Ketua Menteri) Ripin Lamat dan wakil Pengarah Kemas Negeri Sarawak Hendrick Win.

Ahad, 7 November 2010

Ahli Dewan Undangan Negeri (BN - Pelagus) juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng Wei Shien.

Siapa calon DUN Pelagus?

Sumbangan Daripada:
http://www.ibankapit.blogspot.com


PILIHAN Raya sudah semakin hampir. Ramai yang meramalkan, ia akan diadakan selepas Tahun Baru Cina, tahun depan. Namun yang tahu jawapannya hanyalah Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri.

Bagi penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus, ketika kawasan lain sibuk merencana apakah rancangan pembangunan untuk masa depan, di Pelagus, penduduknya masih tertanya-tanya siapakah akan diangkat sebagai calon di kawasan terbabit.

Memang pada hakikatnya, pada masa ini ia masih disandang oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng Wei Shien. Tetapi setelah, Larry tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti, calon yang bakal dipilih di DUN Pelagus menjadi isu hangat serta bualan orang ramai, bukan sahaja di Kapit malah di seluruh Negeri ini.

Hasilnya, dilontarkan pelbagai idea serta 'kemungkinan'. Timbul pelbagai ramalan antaranya: Larry menjadi calon terus daripada BN, atau Larry menjadi ahli kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan akan menjadi calon di kawasan SUPP (Meradong).

Terdapat juga khabar angin, SUPP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) bertukar kawasan pilihan raya antara DUN Engkelili dengan DUN Pelagus.

Semua itu khabar angin yang menjadi buah mulut rakyat. Tetapi ketika menerjah pemikiran serta penerimaan khasnya Larry sendiri dan Presiden PRS, Dato Sri Dr. James Jemut Masing. Jawapan mereka secara tidak langsung boleh memberi sedikit bayangan siapa yang akan menjadi calon di Pelagus kelak.

Bagi Larry, beliau pernah menyuarakan, jika beliau di beri peluang untuk menjadi calon di Meradong. Adalah lebih baik beliau mengundur diri dari arena politik kerana merasakan peluang untuk beliau menang di Meradong adalah agak tipis.

Mengimbau kembali apa yang pernah disuarakan oleh Ketua Menteri pula, beliau berkata, Negeri ini begitu memerlukan seorang wakil rakyat dari kaum Cina seperti Larry yang masih muda dan agersif. Alasannya, kerana pada masa ini tidak ramai wakil rakyat yang muda seperti Larry pada masa ini.

Tetapi pada masa yang sama, pandangan serta senario politik dalam PRS juga tidak patut dilupakan dan perlu diambil kira. Presiden PRS, Dr. Masing dengan jelas memberitahu, kawasan DUN Pelagus adalah satu daripada Sembilan kerusi yang diperuntukkan kepada PRS. Oleh itu tegasnya, calon yang dipilih hendaklah kalangan ahli PRS.

Malah pernah Dr. Masing menyuarakan, selagi beliau menjadi Presiden, beliau akan memastikan calon yang dipilih menjadi calon di DUN Pelagus adalah kalangan ahli PRS.

Yang pasti rakyat terus tertanya-tanya. Lebih teruk lagi rakyat yang menjadi mangsa kepada 'permainan' politik seperti itu. Rakyat pada keseluruhannya sering menjadi mangsa. Mana tidaknya, kalau asyik memikirkan atau bergolak soal parti, bila hendak memikirkan soal pembangunan.

Baru-baru ini, ADUN Engkelili, Jornical Rayong telah mengumumkan diri menjadi ahli SUPP. Ia membayangkan kepada rakyat bahawa segalanya ada kemungkinan.

Apa yang pasti, jawapannya tunggu sahaja bila sudah dekat hendak pilihan raya. Atau lebih tepat lagi tunggu sahaja senarai nama calon yang akan diumumkan oleh Ketua Menteri kelak.

Sementara itu, penduduk di Pelagus 'makan sahaja panadol' dan jangan tersilap langkah dalam berpolitik. Kerana sebagai rakyat biasa kita senang sekali untuk dipersalahkan dan ditekan.
Datuk Lee Kim Shin dan Rosey Yunus ketika ditemui wartawan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak.

JBSNS belum terima
peruntukan dari KBS


UTUSAN SIBUTI (KUCHING) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak tidak menerima sebarang peruntukan dari Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) untuk disalurkan ke Kelab Sukan Komuniti (KSK) pada tahun 2010.

Menteri Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Datuk Lee Kim Shin (BN-Senadin) berkata demikian ketika menjawap soalan daripada Rosey Yunus (BN-Bekenu) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-16 di Kompleks DUN di sini.

Lee, sejak tahun 2006 hingga 2009 bahawa KBS memang ada memberi peruntukan kepada setiap KSK di seluruh Sarawak dengan peruntukan di antara RM40 ribu hingga RM20 ribu untuk penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi.

“Namun demikian, KSK telah disaran untuk melaksanakan aktiviti berdasarkan konsep gotong-royong dengan menggunakan peruntukan daripada sumbangan ahli KSK sendiri atau pun melalui tajaan pihak-pihak yang berkenaan.

“KSK ini telah berjaya merancakkan lagi aktiviti pembangunan sukan, kecergasan dan rekreasi dikalangan belia khasnya di kawasan kampung dan luar bandar,”, jelasnya.

Tambahnya, kewujudan KSK merupakan pemangkin kepada kecemerlangan sukan dan seterusnya berjaya memupuk semangat perpaduan melalui sukan serta secara tidak langsung ia mendokong konsep Malaysia Cergas dan 1 Belia 1 Malaysia.
Beri Peluang Anak Penan Jadi Pendidik

UTUSAN SIBUTI (KUCHING) - Kerajaan disarankan untuk memberi kelonggoran dan peluang kepada anak-anak kaum Penan daripada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menjadi warga pendidik, kata Adun Dewan Undangan Negeri, N. 57 Belaga, Liwan Langang.


Menurutnya, mempertimbangkan permohonan daripada generasi muda kaum itu untuk menyertai program latihan perguruan hendaklah diberikan kerana mereka dapat membantu membangunkan kaum mereka sendiri.

“Bidang pendidikan merupakan salah satu daripada proses pembangunan yang dapat membawa kemajuan kepada seseorang itu dan melihat kepada aspek itu, keutamanan haruslah diberikan kepada kaum Penan bagi membolehkan mereka memajukan diri,” katanya.

Beliau juga menambah, pengambilan guru itu juga secara langsung dapat mengurangkan masalah kekurangan guru di kawsan pendalaman negeri ini.

Liwan berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2011) dan usul resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke-16 di sini hari ini.

Selain itu katanya, sumber bekalan air bersih di kawasan Belaga masih lagi ditahap yang kurang memuaskan terutamanya di kawasan Long Urun.

“Kawasan ini menempatkan tujuh buah perkampungan Penan dan lima buah perkampungan kaum Kenyah yang dikeliling oleh ladang kelapa sawit yang mana air sungai disekitar tempat itu sudah tidak sesuai untuk untuk kegunaan aktiviti harian ekoran daripada penggunan baja dan racaun kimia oleh pihak perladangan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap pihak bertanggungjawab dapat meluluskan permohonan air bersih kepada perkampungan antaranya, di Long Busang, Long Banga, Long Koyan, Long Kajang, Long Abit, Long Tanyit, Long Lidem, Long Unai dan Long Bala, Uma Seping dan Uma Sihan.
TAHNIAH…. Dato Sri James Jemut Masing (tiga kanan) menyampaikan Surat Perlantikkan Pemanca Tony Kulleh (tengah) sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Ulu Rejang Datuk Billy Abit, Joo (dua kiri), Liwan Lagang (dua kanan/BN-Belaga) dan John Sikie Tayai (kiri/BN-Kakus). Turut menerima Surat Perlantikan ialah Penghulu Katan Lawai (tiga kiri).

Dua KK Kenyah Terima Surat Perlantikan

UTUSAN SIBUTI (KUCHING) – Permohon perlatikan dua Ketua Kaum Kenyah dari Sungai Koyan Belaga beberapa tahun lalu mendapat kelulusan dan perhatian daripada kerajaan negeri demi menjaga kepenting kaum Kenyah di kawasan Belaga.

Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jimut Masing berkata, perlantik ini penting kerana sebelum ini tidak pernah ada Kaum Kenyah menerima jawatan pemanca dan penghulu untuk kaum Kenyah.

Katanya, kawasan Belaga yang mempunyai pelbagai etnik masyarakat orang ulu iaitu seperti kaum Kayan, Punan, Penan dan Kenyah. Pada masa sekarang jumlah rakyat Kenyah adalah lebih enam ribu orang.

Dua Ketua Kuam Kenyah yang menerima surat perlantikan daripada Dato Sri Dr James Jimut Masing di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini petang ini ialah Pemanca Tony Kulleh dan Penghulu Katan Lawai.

Pemanca Tony Kulleh, 50, berasal dari Rumah Bakah dan Penghulu Katan Lawai, 49, berasal dari Rumah Badang yang masing-masing di kawasan Sungai Koyan Asap Belaga mengucapkan ribuan terima kasih dan akan terus memberi perkhidmatan kepada rakyat serta beri kerjasama kepada kerajaan pada setiap masa.

Masing (BN-Balleh), kemenangan Barisan Nasional pada dua pilihan raya kecil di Galas (Kelantan) dan Batu Sapi (Sabah) semalam telah menunjukkan satu perkembangan yang baik kepada masyarakat sendiri.

Secara tidak langsung kemenangan BN pilihan raya kecil itu juga menunjukkan rakyat kita kian makin sedar dengan peranan penting kerajaan BN yang sedang dalam rancak membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat kita, tambahnya lagi.

Turut hadir pada majlis penyampaian surat pelantikan ketua kaum ini ialah Ahli Parlimen Ulu Rejang Datuk Billy Abit, Joo, Liwan Lagang (BN-Belaga) dan John Sikie Tayai (BN-Kakus).
CERAH… Rosey Yunus (kiri) bersama ADUN Semariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika ditemui di Komplek DUN pada tengah hari tadi.

Balai Bomba Niah RM8j
Pada RMK-10

UTUSAN SIBUTI - Cadangan projek pembinaan Balai Bomba Gred C Niah (Sepupok) dengan kos pembinaan RM8 juta telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) kata Menteri Muda Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.


Menterinya yang juga ADUN Keneba Dr Stephen Rundi berkata, hak milik tanah untuk membina Balai Bomba Niah di tapak tanah Lot 745 Blok 15 Niah Land District (04-LCLS-028-015-00745) telah diperuntukkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.


Katanya, tapak cadangan pembinaan Balai Bomba Niah ini adalah seluas 8.377 meter persegi itu agar ADUN Bekenu Rosey Yunus dan Ahli Parlimen Sibuti terus berusaha untuk majukan permohonan bantuan kepada pasukan sukarelawan yang terdapat di kawasan DUN Bekenu.


Mohonlah bantuan dari pelbagai aspek penting untuk pasukan sukarelawan bomba dalam bentuk peralatan dan kursus-kursus serta talimat penting, jelasnya.


ADUN (BN-SPDP) Bekenu, Rosey Yunus ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak Keenambelas hari kedua hari ini berkata, beliau dan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang akan terus berusaha bagi memastikan projek balai bomba ini akan terbina nanti.


“Sekadar memerlukan bantuan daripada persatuan bomba sukarelawan di kawasan ini memang tidak mencukupi walaupun anggota bomba sukarelawan ini mempunyai pengalaman jika peralatannya tidak memcukupi.


Kita juga akan berusaha untuk menaik taraf perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik kepada pasukan sukarelawan di pekan Bekenu dan Batu Niah.”, jelasnya.


Tambahnya, tapak yang telah diperuntukan itu sangat bersesuaian yang merupakan pertengahan ke tiga lokasi iaitu, Pekan Batu Niah, Bekenu dan berdekatan beberapa rumah panjang dan kampung kawasan Suai/Niah.


Adanya sebuah balai bomba ini bukan sahaja membatu kebakaran tetapi juga mampu menyelamatkan nyawa mangsa kecelakaan jalan dengan segera dan kemusnahan harta benda rakyat juga akan terjamin oleh kerana mendapat bantuan dengan segera di kawasan Batu Niah, Niah dan Suai.

AGAR TINDAKAN KONKRIT.... Yosey Yunus (tengah) ketika ditemui pihak media di Komplek DUN Kuching pada pagi tadi. Turut kelihatan di situ ialah Menteri Muda Komunikasi dan Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin (kiri) dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Ripin Lamat (kanan).

Kajian Perlu Atasi Masalah Elektrik Dan Air


UTUSAN SIBUTI - Kajian terperinci perlu dilakukan untuk melihat punca sebenar permasalahan gangguan bekalan elektrik dan air bersih yang kerap berlaku di sekitar kawasan Batu Niah, Niah dan Bekenu.


Agar tindakan konkrit dapat dilaksanakan supaya mungkin seluruh sistem elektrik dan bekalan air bersih dinaiktaraf atau ...ditukar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (BN-Bekenu) Rosey Yunus ketika ditemui oleh media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kelima DUN Sarawak Ke-16 di Kompleks DUN di sini pada hari ini.

Katanya, gangguan bekalan letrik paling buruk berlaku ialah pada 2 Novermber lepas iaitu mulai jam 12.30 pagi hingga 8.30 pagi dan 30 Oktober lepas dari jam 5 petang hingga 12.30 lagi pada 31 Oktober.

Alasan yang sering diterima terjadinya gangguan elektrik ialah punca kayu tumbang, oleh itu satu cadangan perlu mendapat perhatian kerajaan ialahagar penyenggaran berkala dilakukan pada laluan letrik untuk memastikan tiada pokok berada dalam jarak yang tertentu, jelasnya.

Tamabahnya, bekalan air juga kerap terputus di samping warna air yang ke kuning-kuningan. Terputusnya bekalan air yang terburuk adalah pada penghujung bulan ramadan lepas mengakibatkan kawasan Kampung Tanjung Belipat di Batu Niah terputusan bekalan air hampir seminggu.

Apa yang diberi maklum adalah berlakunya kebocoran pada saluran paip, di samping terdapatnya 'airlock' dan kemudian diikuti oleh kerosakan pada pump, jelasnya.


TERIMA KASIH…. Ahmad Lai (tiga kanan) menyampaikan MRP kepada Sakawi Suhaili bagi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu.

28 Pertubuhan Terima MRP


UTUSAN SIBUTI - Sebanyak 28 pertubuhan menerima geran peruntukan kecil luar bandar (MRP) daripada Ahli Parlimen Sibuti (P.218 Sibuti) Ahmad Lai Bujang pada pagi semalam.


Ahmad Lai ketika dihubungi hari ini berkata, peruntukan berkenaan adalah untuk pertubuhan dan jawatankuasa keselamatan kemajuan kampung (JKKK) menjalankan aktiviti kemasyarakatan di luar bandar.


Ia juga sebagai tanda keperihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyokong apa jua aktiviti pembangunan dan kemajuan kampung, rumah panjang, agensi-agensi kebajikan kemasyarakatan dan sekolah di kawasan luar bandar mahu pun di bandar jelasnya.


Sepuluh daripada 28 penerima yang dilakukan pagi tadi ialah semua diperuntukan kepada kawasan luar bandar iaitu di Bekenu dan Batu Niah, di mana sejumlah RM40 ribu telah diagihkan, tambahnya.


Antara penerima MRP yang dilaksanakan di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti (Bekenu) itu ialah JKKK Kampung Bulau, Surau Darul Makmur Kampung Terhad Jaya, Tanggap (Niah), Masjis Al-Mutaqquin Bekenu, Kampung Jambu, PPWS Bekenu, Kampung Kejapil, Pulau Untung (Kelulit), Majlis Gububesar Sibuti dan Simposium PIBG Subis.


Di majlis penyampaian yang berasingan petang semalam, iaitu untuk 18 penerima MRP yang dilaksanakan di Pejabat Ahli Parlimen Sibuti oleh Ahmad Lai ialah Jawatankuasa Rukun Tetangga (JKRT) Pulau Melayu, JKKK Rh Nangga Jella, AJK Bengkel CPS Tabika Kemas Zon 2 Bekenu, JKRT Taman Bumiko, Persatuan Peniaga Bumiputera Miri Sarawak, PIBG SMK Agama Miri, Persatuan Bulan Sabit Merah Miri, Badan Kebajikan Islam Miri, Persatuan Melayu Miri, Persatuan Penyayang Kanak Kanak Istimewa, Kelab Sukan Mountain Bike Borneo, JKKK Rh Linggie Belaja, Jawatankuasa Induk Perayaan Islam Daerah Miri, Persatuan Bola sepak Miri, PIBG SK Agama Miri, Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu, Majlis Pengakap Daerah Piasau dan Surau Abu Bakar As-Siddiq, Senadin.


Tambahnya, kepada mana-mana pertubuhan di atas dan yang telah menerima MRP hendaklah menggunakan MRP ini dengan cara yang baik baik memberi manfaat yang harus dikongsikan bersama rakyat masing-masing demi kebaikkan bersama.


Bagi mana-mana pertubuhan kampung dan rumah panjang kawasan P.218 Sibuti yang masih belum menerima MRP hendaklah bersabar kerana masih terdapat beberapa buah kampung dan rumah panjang, sekolah serta badan kebajikkan kemasyarakatan belum mendapat MRP, jelasnya.


Justeru, bagi menjayakan dan merancakkan pembangunan dan kemajuan di kawasan luar bandar masyarakat harus terus memberi sokongan kerjasama dengan kerajaan BN, setakat ini hanya BN yang benar-benar mampu menjamin memberi pembangunan kepada rakyat. Sejumlah RM 80 ribu telah diagihkan kepada 18 pertubuhan, jelasnya lagi.