Jumaat, 29 April 2011

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA… Rosey Yunus (dari kanan) , Paulus Ngumbang, Sylvester Entri dan Datuk Peter Nansian ketika ditemui di Kampung Teh, Dalat petang ini.


TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI BN


UTUSAN SIBUTI - Sokongan dan jasa masyarakat pengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 lepas diucapkan jutaan terima kasih dan teruskan bersatu bersama BN lebih aktif untuk banyak pembangunan rakyat sendiri.


Demikian kata keempat-empat calon Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) iaitu ADUN Marudi Sylvester Enteri, ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Ngumbang ketika ditemui hadir pada Majlis Malam Kesyukuran Kemenangan BN Sarawak di sini hari ini.


“Kami sangat berterima kasih kepada pengundi yang turun ramai-ramai di hari pengundian pada 16 April lepas hingga memberi kemenangan besar di kawasan kami masing-masing.


“Juga terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kepercayaan kepada kami untuk terus mencurahkan bati dalam membela nasib rakyat Sarawak”, jelas mereka berempat.


ADUN Marudi, Sylvester Enteri berkata, sokongan dan jasa rakyat pasti akan kami kenangkan dan akan mendapat balasan dari segi perkhidmatan kerja terbaik yang lebih aktif dan memuaskan lagi, ini untuk tidak mengsiakan sokongan rakyat terhadap BN.


Pilihan dan sokongan rakyat kepada BN terutamanya sangat bertepatan kerana kawasan luar bandar kawasan Marudi masih memerlukan pelbagai pembangunan dan kemajuan untuk generasi akan datang.


Sokongan kepada pembangkang sudah tentu pembangunan dan kemajuan kawasan Marudi tidak akan berjaya menerima apa-apa pembangunan malah ia akan memberi kerugian besar dalam masa lima tahun, jeklasnya.


ADUN Bekenu, Rosey Yunus berkata, terutamanya diucapkan ribuan terima kasih ke atas sokongan kepada BN pada pilihan raya lepas dan akan menerima balasan melalui perkhidmatan kerja pemantauan kawasan kelak.


Sokongan perpaduan rakyat ini telah menunjukkan rakyat luar bandar seperti rumah-rumah panjang dan kampung masih memerlukan pelbagai kemudahan asas.


Sokongan rakyat hingga memberi kenaikkan majoriti undi lepas juga sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan yang telah berjaya menyalurkan kemudahan ke kawasan terbabit menerima bekalan elektrik, air bersih, naik taraf jalan kampung, kemudahan persekolahan anak-anak luar bandar dan sebagainya.


ADUN Tasik Biru, Datuk Peter Nansian dan ADUN Batu Danau juga sama-sama akan memberi perkhidmatan kerja lebih terbaik dan menjamin kemakmuran perpaduan rakyat.


“Apa yang pasti kami sebagai wakil rakyat kawasan masing-masing akan terus berusaha membawa rakyat lebih berjaya dalam perningkatan usaha dan kehendak rakyat mengikut konsep gagasan 1Malaysia ilham Perdana Menteri”, jelasnya.

GIGIH USAHA… Ahmad Lai Bujang menyerahkan bendera peransang semangat kepada pihak sekolah sebagai memberi peransangan untuk mencapai kejayaan masa depan pelajarnya.

AHMAD LAI - PERGANBUNGAN DAP SNAP

TIDAK GUGUT BARISAN NASIONAL


UTUSAN SIBUTI - Tidak ada sebarang kesan penggabungan antara Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan ia tidak akan menggugat kekuatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).


Kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemui di Majlis Ringkas Peransang Semangat Pelajar SMK Subis Batu Niah petang kemalrin untuk memberi pandangan dan perkara yang akan berlaku terhadap cadangan pergabungan DAP dan SNAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Parlimen nanti.


BN tidak melihat sebarang kesan jika penggabungan itu benar-benar berlaku kerana rakyat tahu hanya satu kerajaan sahaja yang mampu mentadbir mereka dengan baik iaitu kerajaan Barisan Nasional.


“Pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10 baru-baru ini, parti pembangkang iaitu SNAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meletakkan calon masing-masing bagi kerusi Lambir dan Bekenu, yang merupakan konstituensi di bawah Parlimen Sibuti.


“Calon BN telah tewaskan kedua-dua calon dari parti terbabit dan kita menang dengan majoriti besar. Ia cukup membuktikan rakyat di sini sudah menolak mereka secara terang-terangan”, jelasnya.


Katanya, BN tidak takut dengan cadangan penggabungan tersebut kerana rakyat sendiri mampu menilai kemampuan dan sumbangan kerajaan BN kepada mereka selama ini.


Sehubungan itu, beliau turut yakin bahawa majoriti penduduk luar bandar masih setia dan menyokong kerajaan BN berdasarkan ke atas kemenangan calon BN mempertahankan kerusi Lambir yang meletakkan calon baru Ripin Lamat dan Bekenu Rosey Yunus.


Walaubagai mana pun, jentera BN tidak boleh berasa selesa kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan termasuk me-mastikan setiap kemahuan dan keperluan rakyat dipenuhi.


DAP dalam pilihan raya lalu sudah banyak menaburkan janji manis kepada rakyat serta memburukkan kerajaan, namun mereka tidak sedar bahawa ramai pengundi yang mengundi mereka kini menyesal,” jelasnya lagi.

Khamis, 28 April 2011


UTUSAN SIBUTI - Masyarakat nelayan di empat perkampungan nelayan kasawan Sibuti kecewa dengan skim subsidi petrol dan insentif RM0.10 sekilo pendaratan ikan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak berfungsi hampir sebulan.

Haji Abdullah Haji Yaman, 57, nelaya sepenuh masa yang ditemui di Kampung Kuala Sibuti hari ini berkata, nelayan di sini amat kecewa kerana tidak dapat menikmati subsidi petrol LKIM ekoran mesin aktif kad (PDA) tidak berfungsi.


Abdullah Yaman yang punya 30 tahun pengalaman turun ke laut mencari rezeki berkata, antara masyarakat nelayan yang terlibat mengalami kekecewaan serupa ialah nelayan Kampung Bungai, Peliau dan Kuala Niah yang terpaksa menggunakan petrol mahal untuk turut ke laut mencari rezeki.


“Kami sangat rugi tidak dapat menikmati minyak subsidi itu, kami juga rugi tidak menikmati insentif RM0.10 sekilo pendaratan ikan yang berjaya didaratkan melalui usaha gigih mencari ikan di tengah lautan yang berbahaya.


“Kami juga tidak mahu LKIM menjadi penghalang utama kepada masyarakat nelayan di sini untuk kami terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya (Parlimen) akan datang”, jelasnya.


Pihak KLIM sangat diharapkan agar dapat turun padang menyaksikan penderitaan kaum nelayan membuat kerja yang terpaksa juga membeli petrol dengan harga pasaran RM1.90 seliter, tambahnya.


Julaihi Zainal, 48 tahun (Kuala Sibuti) adalah salah seorang daripada ratusan nelayan juga terkilan dan kecewa dengan sikap LKIM tidak memandang serius terhadap keperitan kaum nelayan mencari ikan untuk dapatkan bekalan makanan kepada orang ramai.


Katanya, pengagihan subsidi petrol LKIM sebanyak 45 liter itu adalah tidak mencukupi, dalam masa sehari ke laut mencari rezeki kaum nelayan di sini terpaksa menggunakan sejumlah hampir 100 liter petrol.


“Bayangkanlah 100 liter petrol digunakan sehari ke laut dan beberapa harus kami perlu belanjakan? Jika hasil tangkapan ikan tidak mencapai sasaran, maka kami yang mengalami kerugian.


“Pegawai LKIM Miri perlu punya inisaitif sendiri untuk mencapai kejayaannya yang berkonsep gagasan 1Malaysia, teruskan kerja turun padang melihat pejabat kecil LKIM dan mesin aktif kad ahli nelayan di stasyen minyak di pekan Bekenu”, jelasnya.


Paling mengecewakan ialah mesin aktif kad ahli yang rosak telah diganti baru dan kini mesin tersebut berada di stasyen minyak dan masih belum dapat digunapakaikan lagi, tambahnya.


Ahmad Bujang, 48, ketika ditemui berkata, sangat diminta pihak LKIM segerakan kerja turun padang bagi penyelesaian masalah kecil yang dianggap oleh LKIM Miri.


Katanya, pegawai pengistihar di pejabat LKIM Bekenu juga telah lama tidak muncul amat menyukarkan kaum nelayan untuk mendapatkan bekalan petrol.


“Perkara sedemikian amat menyedihkan dan jika keadaan ini terus berlaku maka tidak hairan LKIM akan menjadi penghalang kami untuk memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya kelak”, jelasnya.


Utusan Sibuti juga turut mendapat pengesahkan kejadian ini daripada mantan Pengerusi Persatuan Nelayan Malaysia dan Sarawak Kaunselor Jamali Basri yang kebetulan berada di Kuala Sibuti.


Kaunselor Jamali turut berasa kecewa mengenai perkara sedemikian dan beliau sangat berharap agar pihak LKIM perlu memberi komitmen mendalam terhadap kaum nelayan yang bersusah payah turun ke laut untuk mencari bekalan kepada rakyat.


“LKIM harus segera bertindak sebelum nelayan parah dan bertukar angin tidak bersama kerajaan BN pada pilihan raya nanti”, tambahnya.


UTUSAN SIBUTI - Kekalkan rekod terbaik Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 Parlimen dijangka akan berlangsung pada tahun 2012 depan.

Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berjalan dengan lancar dan rekod terbaik di Malaysia, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Sarawak Datuk Takun Sunggah.


Katanya, rekod terbaik pilihan raya kali ini adalah kerana pasukan petugas SPR telah mendapat talimat yang sepenuhnya dan arahan telah diikuti dengan sempurna oleh petugas-petugas.


TAHNIAH… Takun Sunggah (dua kanan) menyampaikan Sijil Penghargaan dan Terima Kasih kepada salah seorang petugas SPR DUN Bekenu, turut kelihatan di sini ialah Hamdan Katang (dua kiri).


“Pilihan raya di DUN N.61 Bekenu sangat berjaya dan berjalan dengan lancar serta tidak menghadapi sebarang masalah sehingga pengundi di sini turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab.


“Keselamatan semasa pilihan raya iaitu hari penamaan calon, berkempen, pengundian dan kira undi sangat lancar, keselamat semua petugas SPR juga terjamin ekoran kawalan dan bantuan pihak polis dan para media massa juga memberi kerjasama sehingga tamat proses pilihan raya ini”, jelasnya.


Memang sah pilihan raya Sarawak kali ini yang terbaik jika berbandingan dengan keadaan di Semenanjung Malaysia yang sering berlaku huru-hara menjadikan keadaan kurang selamat kepada masyarakat di sana, katanya di Majlis Penghargaan Dan Terima Kasih kepada petugas SPR DUN Bekenu di Miri malam tadi.


Takun, pilihan raya lepas bahawa seramai 213 calon dari kawasan N.1 hingga N.71 yang dipertandingan telah berjaya diteruskan dan tidak ada seorang pun yang menarik diri di saat akhir.


Oleh demikian, petugas SPR diharap yang terus mengekalkan rekod terbaik ini untuk menghadapi pilihan raya yang mungkin akan dilaksanakan pada tahun depan, tambahnya lagi.


Turut hadir pada Majlis ini ialah Pegawai Pengurus SPR Bekenu Hamdan Katang, Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat, SAO Ali Abdullah dan SAO Serbillah Dahlan serta petugas-petugas SPR.

Rabu, 27 April 2011


UTUSAN SIBUTI – Tidak ada sebarang kesan penggabungan antara Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan ia tidak akan menggugat kekuatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika dihubungi untuk memberi pandangan dan perkara yang akan berlaku terhadap cadangan pergabungan DAP dan SNAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Parlimen nanti.


BN tidak melihat sebarang kesan jika penggabungan itu benar-benar berlaku kerana rakyat tahu hanya satu kerajaan sahaja yang mampu mentadbir mereka dengan baik iaitu kerajaan Barisan Nasional.


“Pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10 baru-baru ini, parti pembangkang iaitu SNAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meletakkan calon masing-masing bagi kerusi Lambir dan Bekenu, yang merupakan konstituensi di bawah Parlimen Sibuti.


“Calon BN telah tewaskan kedua-dua calon dari parti terbabit dan kita menang dengan majoriti besar. Ia cukup membuktikan rakyat di sini sudah menolak mereka secara terang-terangan”, jelasnya.


Katanya, BN tidak takut dengan cadangan penggabungan tersebut kerana rakyat sendiri mampu menilai kemampuan dan sumbangan kerajaan BN kepada mereka selama ini.


Sehubungan itu, beliau turut yakin bahawa majoriti penduduk luar bandar masih setia dan menyokong kerajaan BN berdasarkan ke atas kemenangan calon BN mempertahankan kerusi Lambir yang meletakkan calon baru Ripin Lamat dan Bekenu Rosey Yunus.


Walaubagai mana pun, jentera BN tidak boleh berasa selesa kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan termasuk me-mastikan setiap kemahuan dan keperluan rakyat dipenuhi, jelasnya.

UTAMAKAN PERHUBUNGAN... Ripin Lamat ketika berucap di Malam Majlis Penghargaan Jentera Pillihan Raya N.62 Lambir di kediamannya baru-baru ini.

Perhubungan erat mula dengan perjumpaan

UTUSAN SIBUTI - Perhubungan erat dan kerjasama yang baik antara pemimpin bersama rakyat bermula dengan perjumpaan dan bersalaman yang berterusan sehingga membawa permahaman keperluan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata demikian di Malam Majlis Penghargaan Jentera Pillihan Raya N.62 Lambir di kediamannya baru-baru ini.

Katanya, untuk merapatkan lagi hubungan kerjasama beliau sebagai wakil rakyat baru di kawasan Lambir, sesi perkenalan dengan rakyat di kawasannya dimulakan dengan siri jelajah kawasan sebagai mengulangi kesinambungan lawatannya semasa kempen pilihan raya negeri yang lepas.

Melalui pendekatan ini, ia adalah lebih berkesan untuk dikenali dan memahami keperluan penduduk di kawasan ini sekali gus merancang pelan pembangunan yang berterusan untuk Lambir di dalam perancangan sepanjang 100 hari pertama menjadi wakil rakyat, jelasnya.


Tambahnya, beliau mula turun padang sejak minggu pertama selepas pilihan raya lalu dengan mengunjungi beberapa kawasan rumah panjang di kawasan Ulu Sibuti dan seterusnya ke Bukit Peninjau, Bekenu serta Lambir.

Tugas utama adalah membuat lawatan dengan mengunjungi kawasan yang jauh seperti Ulu Sibuti sebelum pergi ke kawasan yang berdekatan di sini, jelasnya dengan menyeru kepada rakyat di kawasan Lambir agar terus memberikan sokongan dan kerjasama kepadanya demi pembangunan di Lambir.

Turut hadir sama ialah ADUN Bekenu, Rosey Yunus dan suami, Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir, Julani Moktar merangkap pengerusi penganjur majlis, mantan ADUN Subis, Yusof Sani Wahap serta Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Mohd Chee Kadir. Lebih 500 tetamu hadir pada majlis tersebut yang turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh dua artis jemputan iaitu Ricky Andrewson dan Swaylin.
RASMI… Ahmad Lai Bujang menyalakan obor-obor tanda perasmian Majlis Kejohanan Olahraga Ke-5 SMK Bekenu berlangsung hari ini sambil disaksikan oleh Andra Salle (dua kiri).

Ahmad : Guru dan Ibubapa

penyuntik kejayaan kepada anak


UTUSAN SIBUTI - Para guru dan ibubapa pelajar diingatkan supaya sentiasa bekerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti sekolah sebagai penyuntik semangat kepada anak-anak yang merupakan seorang insan pelapis negara.


Demikian kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika berucap di majlis perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Kelima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu di Jalan Bungai pagi tadi.


Katanya, kerjasama dan sokongan kepada setiap aktiviti sekolah antara guru dan ibubapa adalah penting kerana melalui persefahaman kedua belah pihak ini akan mampu melahirkan pelajar itu bertanggungjawab selepas mereka tamat dari alam persekolahan kelak.


Selain daripada itu, ia juga sebagai pemangkin dalam melahirkan generasi perpaduan dan akan mempunyai modal insan yang akan membawa pembangunan pada masa akan datang.


“Dalam kejohanan olahraga hari ini, pelajar yang terlibat bukan hanya untuk bertanding tetapi yang penting ialah untuk mendapat kecergasan dan kesihatan tubuh badan.


“Seseorang pelajar mempunyai kecergasan dan kesihatan terjamin ia mampu melahirkan minda terbuka yang banyak kelebihan kepada pelajar terutamanya mampu menilai sesuatu yang terbaik, kejayaan diri dan pembangunan negara tanpa henti”, jelasnya.


Pada majlis ini, Ahmad Lai Bujang turut menyumbangkan peruntukan kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM3,000 sebagai pergiatkan lagi aktiviti SMK Bekenu dan membuat perninjauan persekitaran sekolah tersebut demi menjamin keselesaan pelajar mencari ilmu.


Turut hadir pada majlis ini ialah wakil Pegawai Pelajaran Daerah Subis Andra Salleh dan Penolong Kanan SMK Bekenu Rahayu Deli dan ketua-ketua kaum serta masyarakat setempat.

Selasa, 26 April 2011

SETIA PADA BN… Tan Sri Dr George Chan (empat kiri) bersama Andy Chia (tengah) ketika hadir pada Majlis Penghargaan Jentera Pilihan Raya SUPP di sini, malam kelmarin.

SUPP Cari Punca Kekalahan Calonnya


UTUSAN SIBUTI - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan mencari punca ketewasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.63 Piasau dan N.64 Pujut kepada DAP pada pilihan raya lepas, kata ADUN (N.65) Senadin Datuk Lee Kim Shin.


Katanya, meskipun tewas dua kerusi itu kepada parti lawan, SUPP sebagai sebahagian komponen Barisan Nasional (BN) akan terus melangkah ke depan untuk terus kekal sebagai parti yang relevan..


“SUPP akan mencari punca penyebab kekalahan itu dan seterusnya menyusun strategi awal untuk mempertahankan kerusi P. 219 Miri (Parlimen) kelak”, jelasnya di Majlis Penghargaan Jentera Pilihan Raya SUPP di sini, malam kelmarin.


Lee yang juga ahli majlis tertinggi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) menjelaskan SUPP bertanding atas tiket BN dan kekalahan itu seharusnya diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak.


Sekarang bukan masa untuk menyalah siapa tetapi sebaliknya SUPP perlu perhebatkan lagi barisan parti seterusnya bersiap sedia untuk pilihan raya parlimen nanti.


Jentera pilihan raya SUPP memang sudah diperlihatkan cukup berusaha keras bagi memastikan parti itu terus relevan dan diterima masyarakat kawasannya hingga membawa kejayaan dalam mempertahankan kerusi Senadin, tambahnya.


Katanya, beliau bersama mantan ADUN Piasau, Datuk Patinggi Tan Sri George Chan dan ADUN Pujut Andy Chia selama ini telah berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan Miri melalui sokongan masyarakat berbilang kaum di sini.


SUPP yakin jika penduduk masih sayangkan Miri dan memberi kepercayaan kepada parti, maka kita akan terus mentranfomasikan fizikal Miri ke arah pembangunan moden selaras dengan hasrat kerajaan BN, jelasnya lagi.


Pilihan Raya DUN Sarawak lepas Datuk Lee Kim Shin menang tipis ditangan lawannya Michael Teo Yu Keng (PKR) dengan majoriti 58 undi. Sementara itu, Tan Sri Dr George Chan (N. 63 Piasau) tewas ditangan Ling Sie Kiong (DAP) dengan majoriti tewas 1,590 undi dan Andy Chia Chu Fatt juga tewas kepada DAP (Fong Pau Teck) jumlah majoriti tewas 3,849 undi.

TERIMA KASIH… Ahmad Lai Bujang (tengah) menyampaikan MRP kepada salah sebuah pertubuhan telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.

Parlimen Sibuti Agih MRP

Bernilai RM70 Ribu


UTUSAN SIBUTI - Masyarakat luar bandar perlu memahami peranan sebenar kerajaan negeri dan persekutuan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen dalam gagasan 1Malaysia bersama perancangannya.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata demikian di Majlis Penyampaian peruntukan bagi projek kecil luar bandar (MRP) kepada 21 buah pertubuhan dan persatuan di dalam kawasan parlimennya hari ini.


Katanya, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) bersama kerajaan negeri dan pusat yang telah memberi pembangunan dan kemajuan, tetapi tudak ada pun parti pembangkan PKR, SNAP dan PCM berbuat demikian kawasan ini.


Justeru, sangat diharapkan masyarakat dapat dan boleh memahami semua usaha kerajaan selama ini yang sentiasa memhulurkan bantuan demi pembangunan kepada rakyat terutamanya kawasan luar bandar ini.


“Masyarakat yang inginkan pembangunan hanya melalui terus berikan kerjasama dan sokongan kepada kerajaan supaya keinginan pembangunan itu akan mudah sampai ke kawasan rakyat sendiri”, jelasnya.


Pengaihan MRP P.218 Sibuti yang disampaikan oleh Ahmad Lai Bujang di Pusat khidmat Wakil Rakyat Sibuti tadi dalam bentuk melalui satu majlis ringkas yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu N.61 Bekenu Kaunselor Jamali Basri.


Jumlah keseluruhan yang diagihkan kepada 21 buah pertubuhan itu ialah RM70 ribu. Penerima terbabit terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rh Midul, JKKK Rh Michael Balo, Rh Suring Niah, Rh Gan Bukit Kisi, Rh Busang, Rh. Syuyong, Kampung Pejuang Kelulit, Kampung Mutap, Kampung Bulau, Kampung Danau Sibuti, Rh Jumat Aji, Rh Kelit Bukit Peninjau.


Turut menerima geran sama ialah Jawatankuasa Sambutan Kebesaran Islam Niah, Biro Rekreasi Pemuda Batu Niah, Surau Darul Makmur Kampung Tanjung Melipat, Kelab Rekrasi dan Kebajikan Majlis Daerah Subis, Urusetia Saudara Kita Cawangan Bekenu, Bekenu Chinese Temple Committee, Jawatankuasa Kominiti Bestari Kampung Danau, Tetuan Masjid Al-Muttaquin Bekenu dan Lembaga Pengurusan Tadika Sibuti.

Jumaat, 22 April 2011

Kemenangan BN Bukti
Rakyat Sarawak Susah Dihasut

UTUSAN SIBUTI - Kemenangan dan kejayaan Barisan Nasional (BN Sarawak) memperolehi 55 kerusi daripada 71 pada Pilihan Raya Umum Sarawak Kesepuluh pertengahan April lepas membuktikan tidak semua rakyat di negeri itu mempercayai fitnah pembangkang terhadap kerajaan.

Demikian kata anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Talip Zulpilip ketika ditemui media baru-baru ini.

Katanya, walaupun pembangkang menggunakan media alternatif untuk meracuni fikiran rakyat Sarawak, ia masih gagal memperdaya mereka ini kerana masyarakat Sarawak terus setia kepada BN yang banyak membawa perubahan terutamanya di kawasan luar bandar.

Walaupun pembangkang dari semenanjung bersama pembangkang tempatan yang menggunakan tektik serangan yang berterusan, rakyat Sarawak tidak mudah diperdaya dan mereka masih memilih untuk menyokong BN.

Pembangkang lebih menguasai kawasan bandar kerana DAP menggunakan pelbagai isu untuk mengelirukan rakyat selain mendakwa mereka merupakan orang yang bertanggungjawab mengetengahkan isu kaum Cina, tambahnya.
ADUN N.62 Ripin Lamat

Ripin Lamat Turun Padang

Di Kawasan Lambir


UTUSAN SIBUTI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Lambir Ripin Lamat berusaha membantu rakyat kawasannya dalam mengatasi masalah saliran dan banjir di beberapa kampung di sini.


Demikian kata ADUN Lambir Ripin Lamat yang dihubungi Utusan Sibuti hari ini mengenai perkhidmatan selaku wakil rakyat buat pertama kali selepas memenangi kerusi DUN Lambir tempoh hari.


“Saya akan merujuk masalah tersebut kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan akan memastikan mereka mengkaji dan seterusnya mengatasi masalah saliran di kampung-kampung di Lambir ini,” jelasnya.


Pelan bersifat jangka panjang penting agar kawasan kampung tidak terus berdepan masalah sama pada masa depan, tambahnya yang berharap JPS akan mempercepatkan kerja-kerja membina parit banjir di kampung terbabit.


Utusan Sibuti turut dipahamkan bahawa kawasan terbabit bukan hanya mengalami masalah banjir malah jalan masuk utama kampung itu juga rosak dan berlubang yang harus mendapat perhatian kerajaan demi kepentingan rakyat terbela.


Katanya, apa yang pasti bahawa perancangan yang disampaikan oleh manta ADUN Lambir Datuk Aidan Wing akan tetap diteruskan kerana ia merupakan perancangan yang dilakukan oleh Datuk Aidan bersama masyarakat kawasan Lambir.


Dan, yang penting masyarakat Lambir harus sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan supaya setiap perancangan akan mudah sampai ke kawasan, tambanhnya.

Peribumi Bela Buaya Kekenyangan

Pengundi Cina Umpama Susu Dibalas Tuba


UTUSAN SIBUTI – Keputusan pilihan raya DUN Sarawak ke-10 yang kaum peribumi diibaratkan seperti membela buaya yang dalam kekenyangan pun akan menggigit tuannnya.


Dan, sikap para pengundi Cina yang majoriti menyokong Parti DAPpada pilihan raya negeri Sabtu lepas diibaratkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Sarawak (PERKASA) umpama “susu dibalas tuba” apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) bertolak ansur berhubung hak Bumiputera terutama dalam perniagaan.


Yang Dipertua pertubuhan tersebut, Abang Abdul Nasser Abang Hadari memberi contoh, baru-baru ini kerajaan telah menarik balik Peruntukan Pengecualian (Liquidated Acertained Damages) khusus untuk kontraktor Bumiputera yang telah dimansuhkan.


Nampaknya majoriti pengundi kaum Cina hanya memperalatkan pemimpin-pemimpin BN mereka untuk mengambil kesempatan terhadap keikhlasan kerajaan asalkan mereka dapat menuntuk hak kesamarataan dengan kaum Bumiputera.


Padahal jelas dan terbukti kaum Cina telah menolak BN dan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pilihan raya negeri ke-10,” katanya dalam kenyataan yang dipetik menerusi sebuah blog.


Justeru, beliau mendesak agar mengembalikan hak dan peruntukan keistimewaan Bumiputera mengikut Perlembagaan Malaysia dan tidak memberi layanan melampau terhadap tuntutan kaum Cina.


Abdul Nasser berkata lagi, DAP wajar dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika Bumiputera menentang semua tuntutan mereka.

Khamis, 21 April 2011

Pembangkang keliru masyarakat Cina


UTUSAN SIBUTI – Parti pembangkang DAP hanya mahu mengelirukan masyarakat Cina di Sarawak mengenai isu yang sepatutnya diselesaikan selepas keadaan kembali tenang, kata Datuk Lee Kim Shin.


Katanya, Ini bukan masanya untuk menambahkan kekeliruan, yang hanya akan membawa kepada keputusan tidak rasional.

“Perkara ini patut diputuskan selepas semua orang telah bertenang”, jelasnya.


Beliau mengulas laporan media pada Rabu, yang memetik Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai berkata pelantikan menteri daripada SUPP tidak membawa sebarang perbezaan bagi masyarakat Cina di Sarawak.

Ini kerana kata Chong, kegagalan SUPP menyelesaikan isu membabitkan kaum itu sejak 30 tahun lepas merupakan sebab penduduk di bandar tidak menyokong mereka pada pilihan raya negeri 6 hingga 16 April 2011 lepas.

Pilihan raya lepas, SUPP bertanding di 19 kawasan dewan undangan negeri (DUN) namun hanya menang di enam kawasan yang mana empat daripadanya diwakili calon bumiputera.

Prestasi buruk parti itu yang menyaksikan Presidennya Tan Sri Dr George Chan tewas di kerusi DUN Piasau membangkitkan persoalan mengenai keupayaan mereka mewakili kepentingan kaum Cina dalam kabinet negeri.

Lee yang merupakan seorang daripada dua calon Cina parti itu yang terselamat, hanya menang tipis dengan majoriti 58 undi mengatasi calon PKR Dr Michael Teo Yu Keng bagi mengekalkan kerusi DUN Senadin.

Seorang lagi wakil Cina SUPP ialah Timbalan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Wong Soon Koh yang mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan dengan majoriti 1,808 undi mengatasi calon DAP Alice Lau Kiong Yieng.

Rabu, 20 April 2011



TERIMA KASIH… Ripin Lamat (empat kanan) ketika bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat luar bandar yang telah memberi sokongan pada pilihan raya lepas.


Rakyat Lambir akan terus

mendapat perhatian kerajaan


UTUSAN SIBUTI - Masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (N.62) Lambir akan terus mendapat perhatian kerajaan supaya tidak ada yang tercici dalam arus pembangunan yang berkonsep gagasan 1Malaysia.


Setiap yang telah dirancangkan dan dalam proses yang dijalankan oleh mantan ADUN Lambir Datuk Aidan Wing akan diteruskan demi kesejahteraan rakyat di sini, kata ADUN Lambir Ripin Lamat ketika ditemui di Pejabat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Lambir hari ini.


“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat kawasan ini yang telah memberi sokongan kepada parti Barisan Nasional telah bekerja keras dalam mempertahankan kerusi DUN Lambir pada pilihan raya baru-baru ini.


“Masyarakat di sini juga diharapkan supaya terus memberi kerjamasa dan sokongan kepada kerajaan BN bagi memudahkan kerja-kerja penyampaian keperluan yang ingin dinikmati oleh rakyat sendiri”, jelasnya.


Katanya, untuk memulakan perkhidmatan sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Lambir ini nanti adalah yang utama akan dilakukan ialah melawat, memantau dan mendengar masalah serta keperluan rakyat.


Pada pilihan raya baru-baru ini, Ripin Lamat dari PBB di tiket BN telah ditentang oleh dua parti pembangkang iaitu Zolhaidah Suboh (PKR) dan Johari Buang (SNAP), di mana Ripin Lamat telah memperolehi sebanyak 4,625 undi, PKR (3,104) dan SNAP (693) dengan majority 1,521 undi.

Ahli Parlimen Sibuti… Ahmad Lai Bujang.


Kemenangan DUN Bekenu - Lambir keyakinan Parlimen Sibuti


UTUSAN SIBUTI - Kemenangan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 61 Bekenu dan N.62 Lambir yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi P218 Sibuti dalam Pilihan Raya Parlimen akan datang.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dihubungihari ini berkata bahawa untuk menghadapi Pilihan Raya Parlimen akan datang kerusi P.218 Sibuti akan mampu dipertahankan berdasarkan kemenangan dua DUN yang berada dalam kontituensi Parlimen Sibuti.


Katanya, kemenangan ADUN Bekenu Rosey Yunus ini adalah kerja kegigihannya yang selalu membuat kerja turun padang sejak menjadi wakil rakyat pada penggal lepas yang mendapat sokongan kerjasama daripada masyarakat luar bandar.


“Dengan kegigihan beliau (Rosey) menjalankan tugas telah memberi beliau bersama BN terus mendapat sokongan rakyat yang berbilang kaum di kawasannya demi masa depan untuk mendapat pembangunan infrastruktur, sosioekonomi dan pendidikkan anak rakyat luar bandar.


“Oleh sebab kerja keras Rosey ini telah berjaya membuktikan beliau mampu memperbaikkan majoritinya dan beliau memang benar mempunyai seorang wakil rakyat yang membela nasib rakyat di kawasan luar bandar”, jelasnya.


Pada pilihan raya baru-baru ini, tektik berkempen keras dan kasar yang ditunjukkan oleh parti pembangkang amat dikesali di DUN Bekenu tetapi mereka (pembangkang) tidak dapat menundakan perasan pengundi yang terus sokong BN di sini tetapi berbeza di bandar Miri, tambahnya.


Bagi DUN Lambir, katanya, kemenangan ADUN Lambir Ripin Lamat adalah mendapat sokongan daripada bumiputera yang 80 peratus turun mengundi berpihak kepada BN.


Sangat sedih sikit di kawasan Cina menunjukkan tidak minat untuk undi calon BN dan mereka ini lebih beri sokongan kepada parti pembangkan iaitu parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).


“Mungkin dalam pemikiran mereka telah terbawa dan terikut rentak rakan-rakan mereka daripada parti pembangkang semenanjung sperti PKR, DAP dan PAS disebabkan dengan janji manis mereka pikat undi calon pembangkang.


“Walaupun dihati mereka mahu undi calon BN oleh kerana desakkan bertubi-tubi peraih undi di depan pintu pagar masuk pusat pengundian, mereka guna tektik kotor tarik pengundi ke tepi undi desak mengundi pembangkang”, jelasnya.


Katanya, Kerajaan BN percaya sokongan rakyat masih teguh kepada BN, kempen yang dijalankan oleh kedua-dua calon N.61 dan N.62 pada pilihan raya DUN Sarawak dan menyifatkan semua penduduk luar bandar masih setia dan menyokong BN.


Majoriti pengundi di dua kontituensi ini lebih kuat dan menyokong BN, jika begini keadaannya, maka tidak mustahil kita akan mempertahankan kerusi P.218 dalam pilihan raya Parlimen kelak, tambahnya.


“Bagi mempertahankan kerusi P.218 Sibuti ini saya bersama ADUN Bekenu dan Lambir akan turun padang dan meninjau keperluan rakyat di kawasan luar bandar untuk disampaikan permohonan rakyat kepada kerajaan persekutuan,” jelasnya.


Pada pilihan raya DUN lepas, beliau juga menolak cara parti pembangkang dari luar yang sengaja menimbulkan keadaan huru-hara terutamanya pada hari pengiraan undi di Stadium Terturtup Miri tidak disangka pembangkang begitu keras hati dengan keputusan yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR.


Rakyat Sarawak seharusnya tidak membenarkan orang luar membuat kacau bilau sebaliknya mengekalkan keadaan aman, kemakmuran dan kestabilan politik di Sarawak.