Khamis, 8 Januari 2015

URUS BADAN SUKAN 
IKUT PERLEMBAGAAN

MIRI (8/1/2015) - Semua badan sukan di negeri ini dinasihatkan supaya mentadbir dan mengurus badan sukan mereka meningikut perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pejabat Pesuruhanjaya Sukan Negeri Sarawak (PPSNS) kata pegawainya Lamat Nyalau.

Lamat Nyalau, perkara tersebut penting bagi mengelak ketidakpuasan hati dikalangan ahli umumnya dan masyarakat khasnya serta menjurus kepada aduan terhadap badan sukan berkenaan kepada Pejabat Pesuruhanjaya Sukan.

Katanya, badan sukan juga harus mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.

"Pada tahun 2014 terdapat sebanyak 350 buah badan sukan sepatutnya mengadakan AGM, tetapi hanya terdapat 230 buah badan sukan yang berjaya mengadakan AGM dan selebihnya iaitu 120 badan sukan dianggap tidak mengadakan AGM kerana tidak menghantar laporan tahunan kepada PPSNS.

"Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua badan sukan berkaitan telah diberikan makluman dan surat peringatan perlu ada AGM dan laporan tahunan," jelasnya.

Sehubungan itu, jika badan sukan yang telah tidak dapat mengadakan AGM mengikut tarikh yang telah termaktud dan perlembagaan, mereka boleh memohon penangguhan daripada PPSNS dengan alasan yang kukuh.   (GAMBAR) Lamat Nyalau

Tambahnya lagi, kegagalan mengadakan AGM mengikut tempoh yang ditetapkan boleh memberikan kesan negatif kepada badan sukan berkenaan juga boleh dikenakan tindakan pembatalan atau penggantungan di bawah Seksyen 20(1) Akta Pembangunan Sukan 1997.

Justeru itu, badan sukan Peringkat Negeri juga dinasihatkan supaya menubuhkan 'Ahli Gabungan' mereka di peringkat Bahagian, penubuhan ahli gabungan di Peringkat Bahagian ini amat penting supaya segala usul dan cadangan dari setiap Bahagian dapat disampaikan secara terus kepada Badan Induk Sukan berkaitan di Peringkat Negeri.

Dengan melalui struktur ini juga akan dapat memperluaskan, memberi ruang dan peluang pencarian bakat yang lebih menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi, katanya lagi.