Sabtu, 13 Julai 2013

 Kehilangan seorang lelaki di Sungai Suai menjadi tanda tanya !!!
Bomoh Buaya Tarik Diri Saat Akhir ?
 

OPERASI DITERUSKAN… Penduduk rumah panjang Tr. Ngumbang keluar beramai-ramai ke Sungai Suai untuk mencari mangsa hilang pada malam Sabtu lepas. (gambar kecil) Nabila Mina.

SUAI/NIAH (12/7/2013) - Hasrat isteri Julai Melina untuk mendapat khidmat seorang bomoh buaya gagal meski pun bomoh tersebut telah tiba di pecan Batu Niah pada petang semalam.

Kegagalan bomoh untuk menunaikan khidmatnya mencari Julai Melina yang hilang ketika mencari udang di Sungai Kabong (anak Sungai Suai) pada tengah malam Sabtu lepas tidak diketahui mengapa di saat akhir menolak permintaan.

Kegagalan bomoh itu untuk melaksana kerja membatu mencari mangsa turut terus menjadi tanda tanya kepada masyarakat rumah panjang mengapa enggan meneruskan hasrat tersebut.

Sekumpulan media berada di Balai Polis Batu Niah hari ini, telah dimaklumkan bahawa operasi mencari tetap akan diteruskan selagi belum menerima sebarang arahan untuk berhenti daripada pihak atasan.

Operasi mencari pada hari kelima dan keenam semalam, pihak polis terpaksa menggunakan perkhidmatan anjing sebagai memudahkan kerja mencari, namun masih gagal juga.

Hari ini adalah genap seminggu sudah mangsa hilang masih belum dapat dikesan lagi, ramai sudah beranggap mangsa telah dibaham buaya dan segelintir lagi mengatakan kemungkinan ia telah dilarikan oleh bunian.

Sementara itu, Nabila Mina, 23, isteri mangsa hilang ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mereka akan berusaha mencari suami yang hilang dengan pelbagai cara.

 “Walau pun hari ini genap seminggu, saya sangatlah berharap suami saya akan ditemui dalam keadaan selamat kerana dia adalah merupakan ketua keluarga kami yang mencari rezeki untuk hidup,” jelasnya.

Jika dia (mangsa) telah hilang (mati), kami juga berharap dapat menemui tubuhnya dan dibawa pulang ke rumah untuk dikebumikan. Dan, sangat berterima kasih kepada pihak Polis, Bomba, JPA, media dan orang ramai datang untuk menghulurkan bantuan dalam operasi mencari, tambahnya lagi.