Isnin, 18 Mac 2013



KENANGAN.... Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Menteri Muda Adat Bumiputera dan Hal Ehwal Penan, Datuk John Sikie Tayai (dua kanan) ketika ditemui di Rh Jimbai Bandir.

Lawatan Shafie Apdal bermakna 
bagi rakyat rumah panjang

TATAU (SAMARAKAN-16/3/2013) ~ LAWATAN Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Seri Mohammad Shafie Apdal ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2013 ke Rumah Panjang Tr. Jimbai Bandir, Nanga Kelebu Tatau di kawasan Parlimen Selanggau tepat pada masanya.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Menteri Muda Adat Bumiputera dan Hal Ehwal Penan, Datuk John Sikie Tayai berkata, kehadiran Dato’ Seri Mohm Shafie Apdal ke kawasan luar bandar sangat bermakna untuk rakyat yang inginkan pembangunan daripada beliau bersama kerajaan pusat.

SELAMAT DATANG… Dato’ Seri Sahfie Apdal ketika sesi Miring, kelihatan di sini ialah Datuk Joseph Entulu, Datuk John Sikie Tayai dan Joseph Maun pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Jimbai Bandir Nanga Kelabu Tatau. 

Datuk John Sikie Tayai yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.53) Kakus berkata, kehadiran beliau hari ini sangat mengembirakan penduduk rumah panjang seperti mana yang telah diumumkan peruntukan sejumlah RM300 ribu di sini, katanya ketika ditemui.

Katanya, kehadir para menteri dan pemimpin kerajaan ke kawasan Kakus ini sangat diperlukan kerana rakyat luar bandar memang masih dahagakan pembangunan dan kemajuan bagi menjaminkan masa depan generasi akan datang.

“Sebelum ini, Dato’ Seri Mohm Sahfie Apdal juga telah mengadakan lawatan dan meninjau keadaan kehidupan rakyat kawasan Hulu Kakus, beliau turut tidak menghampakan rakyat di situ dan memperuntukan beberapa projek pembangunan.

RASMI... Dato’ Seri Sahfie Apdal merasmikan Life Saver 1M (alat penapis air) bantuan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada penduduk Rumah Panjang Jimbai Nanga Kelebu Tatau.

“Di Rumah Panjang Jimbai ini, saya juga turut gembira kerana rakyatnya telah diperuntukan satu set Life Saver 1M (alat penapis air) yang bernilai RM41 ribu yang akan memberi kemudahan penduduk di sini mendapatkan bekalan air bersih untuk menjamin keselamatan mereka,” jelas.

Sementara itu, rakyat di kawasan ini berharap agar permohonan pembinaan  jalan raya dari Jambatan Nanga Kelebu ke Rumah Adu (Hulu Kakus) akan mendapat kelulusan dan pembinaan pada tahun 2014.

Sepanjang Batang Kelabu Kakus ini, kita mempunyai lebih 20 buah rumah panjang termasuk lima rumah panjang kaum Punan dan di Zon Beketan mempunyai empat rumah panjang sangat memerlukan pelbagai pembanguna, tambahnya.

Majlis perasmian Pemimpin Bersama Rakyat 2013 di Rumah Panjang Tr. Jimbai Bandir Nanga Kelebu Tatau yang teletak 65 kilometer dari bandar Bintulu itu telah dirasmikan oleh Menteri KKLW Dato’ Seri Mohm Sahfie Apdal. Turut hadir ialah Timbalan Menteri KKLW Datuk Josep Entulu Belaun (MP Selanggau), Jospeh mauh Ikeh (ADUN Tamin), ketua-ketua pegawai kerajaan dan ketua-ketua masyarakat setempat. ~ Tamat ~


ALBUM… Rosey Yunus merankamkan kenangan bersama masyarakat dan kanak-kanak yang menyertai Program Lan Riadah di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya. ~ 16/3/2013

Program Lan Riadah 
ajak belia dekati masjid

MIRI (16/3/2013) ~ Program Lan Riadah terwujud untuk memberi kesedaran di kalangan belia remaja supaya mendekatkan diri mereka kepada institusi masjid dan saurau kata Menteri Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus.

Program ini juga untuk menerapkan kepentingan dalam menjaga kecergasan jasani, adi dan rohani dengan acara bersukan yang dijalankan, katanya di Majlis Program Lan Riadah di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya di sini.

Katanya, Program Lan Riadah merupakan salah satu daripada 11 Program Inovasi Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Berpusatkan Masjid dengan dilaksanakan oleh seluruh bahagian dalam negeri Sarawak termasuklah.

Pada tahun ini iaitu di Bahagian Miri, Masjid Ar-Rayyan terpilih untuk dijadikan sebagai pusat pelaksanaan program ini dalam usaha untuk menyuburkan semangat cintakan ibadah dalam diri bersama keluarga dan masyarakat di sekeliling kawasan masing-masing.

Selain itu, melalui program ini juga akan mampu meningkatkan lagi perhubungan dan eratkan silaturrahim perasaudaraan, tambahnya.

Rosey yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61) Bekenu berkata, bahawa Program Lan Riadah di sini telah melibatkan enam permainan yang dipertandingkan iaitu street soccer, karom, dart, catur, congkak dan batu saremban.

“Program ini diadakan di sekitar kawasan masjid (bahagian dalam dan luar masjid). Hal inisedemikian adalah untuk mendekatkan belia remaja untuk pergi ke masjid.

“ Antara pengisian lain dalam program ini adalah seperti ativiti kerohanian dan kerja amal gotong-royong,” jelasnya lagi.

Justeru itu,  penganjuran daripada jawatankuasa pengurusan masjid ini ialah bagi mengimarahkan rumah Allah S.W.T. agar dikunjungi oleh segenap peringkat umur tidak kiralah kanak-kanak, remaja dan warga emas. ~ Tamat ~

KENANGAN… Ahmad Lai Bujang merankamkan kenangan bersama para belia dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang terlibat sertai program yang diadakan di Kampung Kuala Sibuti pada 17/3/2013.

GURU DINASIHAT TIDAK BERPOLITIK

SIBUTI ~ GURU sekolah yang terang-terang kelihatan berpolitik dan memberi sokongan kepada parti pembangkang dinasihati tidak mengulangi kesilapan mereka kerana ia boleh dikenakan disiplin oleh kementerian, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Ahmad Lai ketika ditemui 17/3/2013 berkata, ada beberapa orang guru yang diketahui giat berpolitik dan berkempen dengan memburukan kerajaan sediada sangat dikesali oleh ibubapa pelajar yang mahu anak mereka maju dalam pembelajaran.

“Kita menasihati mereka (guru) supaya lebih tahu apa tugas mereka sebagai seorang guru sebab mereka telah dilatih untuk mengajar anak-anak sekolah kita menjadi bijak pandai yang bakal menjadi pemimpin negara kita di masa hadapan.

“Guru-guru sekolah bukan dilatih untuk berpolitik, jika mereka sudah berpolitik, maka jiwanya sudah tentu tidak ada dalam satu-satu kelas yang mereka ajar itu untuk mendapat berkhidmat seratus peratus memberi penuh perhatian kepada murid disebabkan sentiasa memikirkan hal politik,” jelasnya.

RASMI... Ahmad Lai Bujang ketika merasmikan Program IKBN Ke Desa di Balai Raya Kampung Kuala Sibuti.

Tambahnya, mengenai guru berpolitik dan berkempen untuk parti pembangkang bahawa  kita telah merayu kepada pihak kementerian untuk bertindak keras dengan segera memberi perhatian sepenuhnya supaya ia tidak berlarutan memburukkan kerajaan yang di pimimpin oleh Perdana Menteri datuk Sri Najib Tun razak.

Jika guru ini masih dan sangat berminat berpolitik tidak menyokong kerajaan, bahawa baiknya kita tukarkan mereka ke tempat yang jauh lagi di luar bandar supaya mereka merasa bagaimana susahnya para guru yang berada di luar bandar begitu tulus berkhidmat demi kebaikkan murid menjadi bijak pandai, jelasnya lagi.

“Harapan saya, jikalau guru itu benar mahu menjadi orang politik adalah disaran supaya memohon kebenaran daripada pihak kementerian, pengarah mereka atau berhentilah menjadi seorang guru,” tambahnya.

Sementara itu, mengenai Program Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) Miri di Kampung Kuala Sibuti yang dirasminya petang ini beliau berkata kaya ia adalah program terbaik dalam usaha ke arah menyatupadukan masyarakat kampung dengan para belia program itu.

Katanya, menyedari hakikat ini, pelbagai program telah dijalankan oleh kerajaan negeri dan pusat laksanakan untuk memastikan semua golongan masyarakat luar bandar dan bandar turut terlibat.

Program IKBN ke Desa 2013 ini bahawa ia mampu menyumbangkan pelbagai kesan positif kepada semua yang terlibat dan khasnya kepada belia kampung supaya mengambil segala peluang tersedia oleh kerajaan dalam membantu mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Sebagai contoh pelauang latihan kemahiran yang diwujudkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan melalui IKBN ini, di mana terdapat pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan.

Peluang ini tidak harus dilepaskan kerana peluang pekerjaan mahir dan separuh mahir dalam pelbagai bidang industri amat diperlukan pada masa ini bersama SCORE di kawasan Samalaju di Bintulu, tambahnya lagi.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah IKBN Miri, Syamsul Tahrin Mohamad Tahir, Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung Kuala Sibuti, Haji Abdullah Haji Aman, Kaunselor Jamali Basri, Penghulu Junit Mulok dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.

Antara acara yang telah diadakan oleh IKBN sehari suntuk di kampung tersebut ialah pentas hiburan, kerja gotong royung membersihkan pantai, pertandingan tarik tali, memancing ikan dan pameran kaunter oleh beberapa agensi kerajaan. ~ Tamat ~