Jumaat, 17 April 2009

JKP Miri anjur Hari Promosi Kesihtan Pergigian

Oleh : Adum Liu

17 April 2009

Jabatan Kesihatan Pergigian Miri

Anjur Hari Promosi Kesihatan Pergigian

UTUSAN SUBIS (BEKENU 17/4/2009) – Jabatan Kesihatan Pergigian (JKP) Bahagian Miri akan menganjur Hari Promosi Kesihatan Pergigian secara terbuka untuk masyarakat bandar dan luar bandar Bekenu pada 25 April depan.

Hari promosi ini akan diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Majlis Daerah Subis (MDS Bekenu) bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan orang ramai adalah dijemput untuk hadir bagi menjayakan hari promosi yang julung kali diadakan di gelanggang di sini.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti ialah Ceramah Kesihatan Pergigian, Pemeriksaan Gigi, Pemeriksaan Gigi “Oral Cancer”, Pameran Kesihatan Pergigian, Pemeriksaan Kesihatan, Memberus Gigi Beramai-ramai, Kuiz Spontan Kesihatan Pergigian dan Jualan Produk Dari Colgate-Palmolive Sdn. Bhd.

Pekan Kecil Batu Niah Semakin Pesat

KEDAI BARU... inilah kedai baru yang akan membuat
pekan
Batu Niah berwajah baru menjelang 2010 nanti.


GUA Niah yang cantik yang boleh dilihat dengan jelas di
kedai di Batu Niah.


Pemandangan di jalan masuk utama pekan Batu Niah.

Oleh : Adum Liu

(Berita ringkas)

Batu Niah Berwajah Baru Menjelang 2010

UTUSAN SUBIS (Batu Niah 17/4/2009) – Pekan kecil Batu Niah yang terkenal dengan Gua Niah dan sarang burung layang-layang kini semakin pesat dengan adanya penambahan tiga baris kedai baru yang akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Paling membanggakan adalah pengelibatan masyarakat bumiputera (iban) telah berjaya memilikinya dengan keberanian mereka bersaingan dengan kaum Cina untuk membeli beberapa unit kedai baru berkenaan.

Di mana kedai baru tiga baris dua tingkat sebanyak 39 buah itu yang bernilai RM180,000 hingga RM400,000 telah pun habis dibeli masyarakat setempat.

Keberanian kaum Iban untuk membeli kedai-kedai berkenaan adalah disebabkan ekonomi mereka sangat memberansangkan melalui hasil tanaman kelapa sawit yang lumayan pada pertengahan tahun 2008 lepas.