Isnin, 31 Ogos 2009

KHAS UNTUK MU... YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada salah seorang anak yatim di Masjid Al-Taqwa Miri pada 30 Ogos 2009.


Berat mata memandang

berat lagi bahu memikul

inilah yang dapat diselami oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti


UTUSAN SUBIS (31 Ogos 2009) - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul hati yang tidak mempunyai keluarga disisi terutamanya bila menghadapi masalah, inilah perasaan yang sering timbul pada anak-anak yatim yang dapat diselami kesulitan mereka oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang.


Berucap pada Majlis Penyampaian Wang Ihsan di Masjid Al-Taqwa di sini baru-baru ini berkata, kita sebagai masyarakat penyayang harus memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak yatim kerana isi hati seseorang anak yatim jauh berbeza dengan anak-anak yang mempunyai ibubapa dan keluarga.


“Kita harus bekerjasama menjaga anak-anak yatim dan beri pendidikkan kepada mereka supaya mereka akan menjadi seorang insan yang berdisplin dan bertanggungjawab satu hari nanti.


“Jika mereka berjaya nanti, pasti mereka juga akan memberi kerjasama kepada kita untuk menjaga anak-anak yatim kerana mereka ini sudah tahu betapa peritnya perasaan seseorang anak yatim itu“, jelasnya.


Majlis anjuran daripada Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam (PERKAYA) Miri telah menyampaikan wang ihsan kepada anak-anak yatim melebihi RM30 ribu, pada majlis ini juga Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang juga turut menyumbangkan RM5,000 kepada tabung PERKAYA.


Turut hadir ialah Pengerusi PERKAYA Tuan Haji Imran Abdul Hamid, Pengerusi PERKIM Syarifah Fatimah, Temenggong Abdul Rahman Talil dan Ustaz-ustaz serta kakitangan kerajaan Bahagian Miri.

BERSABARLAH.... YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang ketika berucap yang mengikuti Program Lawatan Kerja Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu di Kampung Lusus Miri pada 29 Ogos 2009.


Kerajaan akan salur lebih banyak lagi peruntukan


UTUSAN SUBIS (31 Ogos 2009) – Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan menyalurkan lebih banyak lagi peruntukan untuk pelbagai projek untuk membangunkan kawasan luar bandar dan kita hanya bersabar untuk menunggu kedatangan peruntukan itu.


Kenyataan yang sering didengar ini adalah semakin hari semakin membuat hati masyarakat luar bandar bagaikan menerima hadiah berupakan durian runtuh daripada kerajaan yang berwawasan 2020 dan 1 Malaysia.


Baru-baru ini, Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang yang berucap di Majlis Lawatan Kerja di Kampung Lusut Taman Tunku Miri bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, katanya masyarakat luar bandar adalah harus memberi kerjasama kepada kerajaan kerana kerajaan sahaja mampu membela nasib rakyat pada masa ini.


Tinjauan Utusan Subis, bahawa semua kawasan luar bandar iaitu rumah-rumah panjang (pendalaman) dan kampung-kampung yang dahulu menggunakan sungai sebagai jalan penggangkutan utama, tetapi kini semua kawasan berkenaan sudah mempunyai jalan raya.


Begitu juga, di rumah-rumah panjang ulu sungai Sibuti dalam tahun 70-an – 80-an menggunakan minyak tanah sebagai sumber utama dapatkan cahaya pelita, tetapi kini telah berubah dan hampir semua kawasan luar bandar (Sibuti) sudah mendapat bekalan elektrik bantuan daripada kerajaan kita.


Dan baru-baru ini kita juga telah mendengar daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah meluluskan jutaan ringgit untuk projek bekalan air bersih kepada masyarakat di luar bandar.

Jumaat, 28 Ogos 2009

SETINGGI-TINGGI

"Tahniah"

DIUCAPKAN

KEPADA
YANG BERHORMAT
DATUK SERI IDRIS JALA

DI ATAS PERLANTIKKAN
SEBAGAI
MENTERI DI PEJABAT PERDANA MENTERI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO)
UNIT PENYAMPAIAN DAN PENGURUSAN PRESTASI (PEMANDU)

OLEH
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 27 OGOS 2009

DARIPADA
YANG BERHORMAT
TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG
AHLI PARLIMEN P.218 SIBUTI

"RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Khamis, 27 Ogos 2009

RENCANA KESIHATAN

KAWALAN RAPI...Jabatan Kesihatan sedang bergiat menjalankan tugas berjaga-jaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri bagi mengenal pasti pembawa H1N1 dari negara luar. Gambar di atas telah dirakam ketika Utusan Subis balik dari Sibu baru-baru ini.


INFLUENZA A (H1N1)
PEMBUNUH BERSIRI?

UTUSAN SUBIS (27 Ogos 2009) – Jangan pandang ringan terhadap kehidupan keceriaan persekitaran anda yang tidak mempunyai sebarang tanda penyakit dan tidak bermunsuhan kedengkian sesama manusia, kini pembunuh senyap ini tidak memilih sesiapa pun, jika anda lalai tidak pentingkan kesihatan, kebersihan serta mengabaikan nasihat berharga daripada mana-mana pihak, maka…… anda adalah dikenakan supaya kenali pembunuh senyap yang dimaksudkan.

Tahukah anda?

Semalam (26 Ogos 2009) negara kita mempunyai seramai 324 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan dalam masa yang sama sejumlah 223 pesakit ILI telah didiscaj keluar. Seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk 2 hospital swasta di seluruh negara. Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 217 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1. (Maklumat ini diperolehi daripada www.moh.gov.my (Kementerian Kesihatan Malaysia)).

Kunjungi www.moh.gov.my demi pengetahuan dalam penjagaan diri dan semua.

Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU di mana 9 kes merupakan kemasukan baru, sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (9), kanak-kanak/bayi (6), post natal (1) dan Sindrom Down (2).

Untuk makluman, satu kematian didaftarkan pada hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee). Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

Seorang wanita berumur 24 tahun yang obes mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 08.08.09. Pesakit telah dimasukkan ke hospital swasta di Kuantan pada 10.08.09 dan dirawat sebagai viral pneumonitis. Pada 12.08.09, pesakit dirujuk ke hospital kerajaan kerana keadaannya bertambah teruk dan seterusnya dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. Rawatan antiviral dimulakan pada 12.08.09 dan ujian makmal mendapati kes positif influenza A (H1N1) pada 17.08.09. Walau bagaimanapun, keadaan pesakit bertambah teruk dan beliau meninggal dunia pada 19.08.09. Sebab kematian adalah H1N1 with Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS).

Di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan jumlah kes sehingga 26 Ogos 2009 adalah berjumlah 239,985 dengan 2,601 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. Pihak WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan sekali lagi bahawa satu sesi dialog antara Y.B. Menteri Kesihatan dengan para pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes Influenza-like Illiness (ILI) yang di syaki Influenza A(H1N1) telah dijadual akan diadakan pada esok hari iaitu Khamis 27 Ogos 2009, pada jam 3.30 petang di Bilik Gerakan KKM, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya. Semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke sesi taklimat tersebut.

Baru-baru ini Utusan Subis mengambil sedikit masa pergi ke Sibu menggunakan penerbangan Maswing dan sampai di sana mendapati iklan kesihatan amat bermakna kepada semua dan hargailah nasihat yang terpapar walau di mana pun.

Iklan dan maklumat Kementerian Kesihatan yang ada terdapat di setiap lapangan terbang negara kita adalah bukan sebagai mencantikkan lapangan terbang, ambillah sedikit masa untuk mengetahui lebih mendalam tentang catitan-catitan pada iklan berkenaan.

Nasihat Perjalanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Wabak H1N1 yang melanda dunia pada hari ini mula-mula dikesan di Mexico pada bulan April 2009 dan disebabkan oleh satu strain virus influenza yang baru. Pada 30 April 2009, Pertubuhan Kesihatan Seduna (WHO) telah menamakannya sebagai Influenza A (H1N1).

Sebelum itu, pada 2008 April, WHO telah menukar amaran fasa pandemik ke ‘fasa 5’, yang bermaksud -….penyebaran virus di sekurang-kurangnya dua (2) buah negara rantau WHO. Penguman Fasa 5 ini menandakan ancaman pandemic akan berlaku pada bila-bila masa.

PERJALANAN KE NEGARA YANG DILANDA DENGAN H1N1.

Rakyat Malaysia tidak digalakkan melawat negara-negara berkenaan pada mas ini, jika perjalanan tidak dapat dielakkan mereka perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah berikut:

· Ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami kes H1N1 yang tinggi, elakkan melawat tempat-tempat yang sesak.

· Elakkan bersentuhan dengan pesakit H1N1. Jika anda terpaksa berhubung rapat dengan pesakit, guna alat perlindung pernafasan yang sesuai.

· Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Tutup mulut bila anda batuk atau bersin. Basuh tangan dengan air dan sabun.

· Kalau anda jatuh sakit, SEGERA dapatkan rawatan.

Jika anda baru balik dari kawasan yang dilanda H1N1, elakkan berhubung rapat dengan orang lain selama 7 hari. Kalau dalam tempoh tersebut anda demam dan menghidapi satu atau lebih gejala berikut – batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak, SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.

Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/kawasan yang dilanda H1N1.

KETAHUILAH H1N1 (Influenza A).

1. Apakah pandemik Influenza?

*Wabak penyakit influenza yang berlaku di seluruh dunia akibat dari jangkitan virus influenza baru (novel virus).

2. Apakah gejala yang dialami oleh pesakit influenza?

* Deman kuat melebihi 38°C, sakit tekak, sakit kepala, letih, lesu, sakit-sakit badan, batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal.

Pesakit boleh juga mengalami :-

* Radang mata, cirit-birit, sesak nafas.

3. Bagaimana manusia boleh mendapat jangkitan?

* Jangkitan tersebar melalui titisan cecair daripada saluran pernafasan pesakit yang dijangkit semasa bersin, batuk atau bercakap pada jarak yang dekat (3 kaki atau 1 meter) atau bersentuhan dengan permukaan / objek yang tercemar.

4. Apakah langkah-langkah pencegahan pandemic influenza?

* Elakkan berhubung rapat dengan pesakit tanpa alat perlindungan diri; seperti penutup mulut dan hidung (mask), sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan cara hidup sihat, mendapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala atau tanda influenza.

5. Apakah rawatan untuk penyakit influenza?

* Rawatan adalah secara simptomatik. Beberapa antiviral boleh membantu jika diberi pada peringkat awal. Walaubagaimana pun, keberkesanannya masih belum diketahui.

6. Apakah vaksin berkesan untuk mencegah pandemik infliuenza?

* TIDAK ! Vaksin yang ada dipasaran sekarang tidak memberi perlindungan terhadap pandemik influenza.

7. Adakah selamat untuk melawat ke negara-negara semasa pandemik influenza?

* ELAKKAN ! Jika perlu, dapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan terlebih dahulu sebelum sebarang perjalanan dilakukan.

8. Apakah perbezaan di antara INFLUENZA, AVIAN INFLUENZA dan PANDEMIK INFLUENZA?

Influenza adalah sejenis penyakit yang terjadi akibat dari jangkitan virus influenza A atau B atau C, yang menyerang saluran pernafasan manusia. Jangkitan dari seorang manusia kepada manusia lain berlaku melalui titisan cecair dari saluran pernafasan pesakit semasa batuk / bersin / bercakap.

Penyakit ini berlaku di seluruh dunia tetapi paling ketara dan teruk di negara-negara berhawa sederhana terutamanya di musim sejuk, sehingga ia dipanggil penyakit influenza bermusim.

Avian influenza satu atau selesema burung pula merupakan jangkitan virus influenza pada unggas. Dalam keadaan tertentu, ia boleh menjangkiti manusia. Virus tersebut adalah dari jenis Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI). Jika berlaku, pesakit akan mengalami gejala yang terus dan mungkin mati.

Virus selesema burung (avian influenza) ini boleh mengalami perubahan genetik dengan cepat dan muncul sebagai virus jelmaan baru (novel virus). Virus jenis terbut boleh menyerang manusia dan merebak daripada manusia kepada manusia dengan cepat sehingga mengakibatkan wabak di seluruh dunia. Ini dikatakan sebagai Pandekmik Influenza.

9. Di manakah anda boleh mendapatkan rawatan?

Sekiranya anda mengalami gejala seperti di bawah, segera ke kaunter khas di hospital yang telah ditetapkan :-

* Deman kuat melebihi 38°C, sakit tekak, sakit kepala, letih, lesu, sakit-sakit badan, batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal.

10. Apa yang perlu dilakukan jika anda dijangkiti?

* Gunakan penutup hidung dan mulut atau sapu tangan, majlumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut ATAU terus ke kaunter khas di hospital yang telah ditetapkan. JANGAN guna kenderaan awam dan kurangkan bersentuhan dan bergaul rapat dengan orang lain.

11. Adakah jangkitan ini boleh membawa maut?

Risiko kematian adalah tinggi jika mengalami komplikasi di kalngan kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik lain seperti jangkitan paru-paru dan sakit jantung.

Kesimpulan, anda yang telah membaca habis rencana kesihatan demi keselamatan kita semua ini, sila jangan abaikan nasihat yang telah disalurkan oleh pihak kesihatan setempat, malah kita harus mengucapkan terima kasih dan hargailah jasa mereka.

BERBUKA PUASA 1 Malaysia... Konsep 1 Malaysia semakin menyemarak kerana memang sudah lama negara kita mendapat kepujian kebudiman bahasa yang bersopan santun dari negara laur. Baru-baru ini Utusan Subis yang menyertai Majlis Berbuka Puasa anjuran Pusat Khidmat P.218 Sibuti di Masjib Besar Bekenu telah mendapati sekumpulan rakyat berbangsa Iban di sini kelihatan raut wajah seribu gembira kerana dapat menikmati suasana cara masyarakat Islam menyambut Bulan Ramadan 1430H.


Tr. Jambai ak Jali, 40-an (duduk 3 kanan) dari Rumah Panjang Bekelit Sibuti ketika ditemui menceritakan bahawa mereka amat bertuah mendapat jemputan Yang Berhormat Tuaj Haji Ahmad Lai Bujang ke Majlis Berbuka Puasa ini. Ini merupaka buat julung kali menyertai majlis seumpama ini di sebuah masjib yang besar lagi indah ini.


Kehadiran kami yang berbangsa Iban di sini juga secara langsung dan serba sedikit dapat mengetahui masyarakat Islam menunaikan tanggungjawab rakan Islam kita, kami sangat berterima kasih atas jemputan Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang kerana ia juga sebagai tugas utama memastikan konsep 1 Malaysia ini berjalan lancar.

TERIMA KASIH... YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan bantuan segera kepada mangsa kemusnahan rumah puan Catherine Ranggi baru-baru ini di Pejabat Pusat Khidmat P.218 Sibuti. Turut kelihatan seblah kanan Ahmad Lai ialah Pegawai JASA, Lukanisma.

10 perbadanan gembira terima

MRP daripada P.218 Sibuti


UTUSAN SUBIS (27 Ogos 2009) - Sepuluh perbadanan rumah panjang dan kampung gembira menerima peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Ahli Parlimen P.218 Sibuti Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang di Pejabat Pusat Khidmat P.218 Sibuti di sini pada 24 Ogos baru-baru ini.



Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai, peruntukan MRP ini adalah kegunaan untuk perbadanan kampung, rumah panjang seperti jawatankuasa keselamatan kemajuan kampung, rukun tetangga, lembaga pengelola sekolah, kumpulan wanita, PIBG sekolah dan individu (mangsa bencana) ialah sebagai usaha kerajaan membantu meringankan bebanan semasa mereka menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing.



“Peruntukkan MRP ini adalah disalurkan oleh kerajaan negeri selepas menerima permohonan dari sesebuah perbadanan, mana kala MRP bencana pula merupakan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat dalam kesusahan seperti kemusnahan rumah akbibat runtuh, kebakaran dan banjir kuat.



Dengan adanya bantuan yang telah diterima ini, saya berharap supaya gunakan dengan sebetul-betul jangan untuk mengendalikan aktiviti yang berfaedah kepada penduduk masing-masing“, jelasnya.



Katanya, bantuan MRP seumpama ini yang dapat kita salurkan adalah tidak besar hanya jumlah yang kecil sebagai membantu mana-mana perbadanan yang telah memohon MRP ini yang bertujuan kerajaan kerjasama membantu menjayakan aktiviti yang masyarakat hendak adakan di sesuatu masa.



Antara 10 perbadanan termasuk satu bencana kemusnahan rumah ialah Persatuan Bomba Sukarelawa Batu Niah, Pusat Kegiatan Aktiviti Pemuda Bekenu, Persatuan Buddha, Persatuan Sim Bekenu, Gereja Roman Katolik Eve Maria Lambir, Persatuan Penganut Dewa Hock Tong Jeng, RELA Kampung Kejapil, JKKK Tr. Jambai ak Jali, JKKK Tr. Rajit ak Ambas dan Lipat ak Engki (Catherine Ranggi) mangsa rumah runtuh di Bantu Niah.



Turut hadir pada Majlis Penyerahan MRP ialah Pegawai JASA Sarawak, Lukanisma Awang Sauni, Kapitan Haw Min Yaw dan Kaunselor-kaunselor dari Majlis Daerah Subis.

Jumaat, 21 Ogos 2009


MUSNAH... Beginilah keadaan rumah Lipat Engki yang runtuh dan habis harta benda musnah.


Rumah ibu tunggal runtuh dan tiga cucu

terselamat dalam timbun kayu-kayu


UTUSAN SUBIS (21 Ogos 2009) – Sebuah keluarga dengan lima orang ahlinya yang terperangkap dalam rumah terselamat dalam kejadian rumah runtuh pada tengah hari semalam di kilometer 1 dari pekan Batu Niah.


Mangsa Lipat ak Engki, 57, ketika ditemui menceritakan bahawa dia terdengar dua bunyi aneh (kayu patah) dan dalam beberapa saat sahaja beliau dan anaknya serta tiga cucunya telah ditimbus rumah.


“Saya berasa bersukur kerana tiga cucu saya, Elysia Ruran, 2, Baggio Lian, 5, dan Lanmelly Rinai, 8,tidak mengalami kecederaan semasa keruntuhan berlaku, cuma anak perempuan saya Catherine Ranggi, 38 mengalami cedera kecil bahagian kaki kanan.

KESAKITAN... Lipat (duduk) menunjukkan kecederaan di bahagian kaki kanannya. Mana kala Catherine Ranggi hanya cedera kecil juga di bahagian kaki kanan.


Saya yang berapa di bahagian belakang rumah ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa hanya turut sahaja dibawa runtuhan dan terperangkap menahan kesakitan pada di bahagian belakang dan kaki”, jelasnya.


Katanya, ketika saya berada dalam timbunan runtuhan itu hanya mampu berdoa kesemua ahli keluarga saya selamat sahaja.


Lipat dan anak perempuannya Catherine masing-masing merupakan ibu tunggal yang bergantung pada hasil kebun untuk menyara hidupan harian mereka.


Punca kejadian rumah runtuh ini belum diketahui lagi, kesemua harta benda di dalam rumah musnah.

SETINGGI-TINGGI DIUCAPKAN
TERIMA KASIH


DI ATAS KESUDIAN LAWATAN KERJA
KE KAWASAN P.218 SIBUTI
DI KAMPUNG TIRIS, BEKENU
PADA 20 OGOS 2009


KEPADA

YANG BERHORMAT
Datuk Seri Haji Mohd. Shafie
Bin Haji Apdal

Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Malaysia


DARIPADA


YANG BERHORMAT
TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG

AHLI PARLIMEN P.218 SIBUTI

DAN

KAKITANGAN
PUSAT KHIDMAT P.218 SIBUTI


"RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"


RASMI... Datuk Seri Shafie Apdal (tengah) ketika merasmikan jambatan melalui projek pembangunan kerajaan. Turut hadir Tuan Haji Ahmad Lai (3 kiri), Datuk Gramong Juna (3 kanan), Rosey Yunus (2 kiri) dan Ripin Lamat (2 kanan).

Datuk Seri Shafie Apdal:
KKLW dalam proses kumpul data


UTUSAN SUBIS (21 Ogos 2009) Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia sedang dalam proses menggumpul data untuk melaksanakan beberapa lagi projek kepada kumpulan asar yang menjadi keperluan di luar bandar Sarawak.

Datuk Seri Shafie Apdal berkata ini bagi memastikan pelaksanaan projek itu di bawah peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dapat memberikan implikasi besar kepada penduduk di Sarawak malahan juga di Sabah sama mendapatkan peruntukkan RM2 billion.
BEGINI CARA LEBIH BERHASIL... Datuk Seri Shafie Apdal etika mengadakan lawatan ke SK Beliau Ahad di Kampung Tiris.

Katanya di bawah NKRA, sebanyak RM2 bilion disediakan khusus bagi membangunkan jalan luar bandar dan jalan kampung yang keseluruhannya dianggar sepanjang 1,500 kilometer di negeri ini. Sebanyak RM750 juta lagi turut diperuntukkan untuk pembangunan bekalan air bersih di kawasan penempatan luar bandar di Sarawak, katanya dan menurutnya kemudahan itu bakal turut dinikmati oleh kira-kira 2,000 penduduk Kampung Tiris Bekenu.

Dalam ucapannya sebelum itu, Mohd Shafie meminta rakyat di luar bandar negeri ini supaya bersabar menanti pelaksanaan projek-projek ini disiapkan.

Katanya beliau secara peribadi akan memastikan pelaksanaan projek terlibat akan mengikut jadual dan meminta wakil rakyat sentiasa memberikan maklum balas terkini berkenaan perkembangan semasa pembangunan di kawasan masing-masing.
NAMA BERITA NUAN? Datuk Seri Shafie Apdal yang sempat mengadakan lawatan singkat ke Rumah Panjang Entrie Tiris.

Selain itu, katanya kontraktor yang telah diamanahkan untuk melaksanakan projek berkenaan perlu memastikan kerja mereka siap mengikut jadual dan memenuhi kualiti kerja yang ditetapkan.

Di Kawasan P.218 Sibuti (Kampung Tiris) bahawa 7 kawasan menerima pembangunan ini ialah Kampung Masjid, Pintasan, Tunah, Panyang, Tunah, Buihneh dan Rumah Panjang Enteri Blawan.

Turut hadir ialah MP P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, Menteri Muda Pembangunan Sarawak Datuk Gramong Juna, Adun N.61 Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politik Ketua Menteri Ripin Lamat dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.
Tahniah...Masyarakt P.218 Sibuti bertuah kerana suara kalian (penduduk Sibuti) disampaikan YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang mendapat restu dan membuahkan hasil dengan terperuntuknya jutaan ringgit untuk Projek Jalan, Bekalan Air Bersih dan Pembaikkan Saluran Elektrik di kawasan Kampung Tiris. Memang benar suara YB P.218 Sibuti lantang didengarkan kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia Datu Seri Shafie Apdal (kiri) dan Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (kanan) ketika sidang media di Tiris pada 20 Ogos 2009.


Datuk Seri Shafie Apdal :
Bising YB P.218 Sibuti di persidangan
parlimen membuahkan hasil


UTUSAN SUBIS (21 Ogos 2009) - Masyarakat P.218 Sibuti sangat bertuah kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang benar-benar berjiwa rakyat dalam membela nasib rakyat kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia Datuk Seri Haji Mohamad Safie Haji Apdal.


“Wakil rakyat P.218 Sibuti, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang selalu bising pada persidangan parlimen, bising beliau adalah sebagai membela nasib rakyat di sini sebagai mana yang dikehendakkan rakyat sendiri.


Beliau telah banyak kali bising menyuarakan pelbagai masalah dan kekurangan kemudahan seperti mengenai permohonan bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya sebagai yang dihantar oleh rakyat di sini“.

PENGHASILAN BISING... Ini dia hasil penduduk tempatan untuk Datuk Seri Shafie Apdal setelah menterinya menyampaikan permohonan rakyat telah diluluskan dan sabar nantikan bekalan bair ersih, jalan raya lebih sempurna dan elektrik dalam masa setahun dua ini.


Katanya, suara rakyat P.218 Sibuti bukan sahaja didengar di Sarawak tetapi secara langsung juga didengar oleh para ahli Parlimen yang sama turut hadir pada sesi persidangan Parlimen.


Bising Tuan Haji Ahmad Lai Bujang di persidangan parlimen untuk berkali-kali dan tengoklah hasilnya pada 20 Ogos 2009 bahawa kawasan Tiris yang terdiri 6 kampung dan sebuah rumah panjang telah mendapat peruntukkan yang besar untuk bekalan air bersih, jalan raya dan bekalan elektrik disempurnakan lagi.


Tuan Haji Ahmad Lai memang seorang yang bekerja keras dan jujur menjalankan tugas demi kepentingan rakyat yang berbilang kaum di P.218 Sibuti. Maka rakyat di sini harus memberi sokoangan padu kepada beliau yang kini bersama Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional.

Rabu, 19 Ogos 2009

RASMI...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang memotong reben tanda rasminya sudah Majlis Penyampaian Baju PBB di Rh Lagan ak Dinggat di Ulu Sungai, Sibuti malam tadi.


Ahmad Lai : Kerajaan Sentiasa Peka Dan Bantu Rakyat


UTUSAN SUBIS (19 Ogos 2009) – Kerajaan sentiasa peka dan bersedia membantu penduduk di kawasan luar bandar dan tidak ada yang terpinggir kerena kita merupakan 1 Malaysia kita telah banyak memberi kemudahan pembangunan kepada rakyat.


Tuan Haji Ahmad Lai Bujang Ahli Parlimen P.218 Sibuti berkata, konsep 1 Malaysia adalah tekan kepada kepentingan kepada rakyat kerana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.


Pada Majlis Penyampaian Baju PBB di Rumah Lagan ak Dinggat, Telajin di Ulu Sungai Sibuti semalam, beliau turut mengucapkan tahniah kerana rumah panjang mereka telah memperolehi peruntukkan sejumlah RM 1.2 juta untuk bekalan elektrik yang sedang dalam proses penyambungan sekarang.


“Saya selalu membuat pemantauan bersama Kaunselor Rapahal Engkamat mengenai projek elektrik kawasan ini, dan penduduk di sini dijangka akan boleh mengunakan sepenuhnya pada sambutan Hari Krismas nanti.


“Saya juga telah menghubungi pihak kontraktor supaya mempercepatkan kerja-kerja pemasangan elektrik ini dan tindak balas daripada mereka bahawa mampu siap pada sebelum November ini“, jelasnya.


Beliau juga menasihati penduduk rumah-rumah di Ulu Sungai Sibuti ini agar sentiasa mengambil tahu tentang pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan, dapatkan berita melalui surat khabar, telivision, radio dan sebagainya.


Katanya, jika rakyat mempunyai masalah apa-apa saja adalah jangan takut datang menemui beliau kerana tugas utamanya ialah sebagai seorang wakil rakyat berkerja untuk rakyat.


Turut hadir pada majlis ini ialah Pegawai JASA (Miri) Lukanisman Awang Saumi, Kaunselor Anuar Ahmad, Kaunselor Ali Yusof Su'al, Pergerakkan Wanita N.62 Lambir dan Tuai-tuai rumah Kawasan P.218 Sibuti.
Kaunselor Rapahal Engkamat...terima kasih Kerjaan



Penduduk Ulu Sibuti mahu 100 peratus undi putih kerana BN banyak bawa pembaungun


UTUSAN SUBIS (19 Ogos 2009) - Penduduk Rumah Panjang Lagan dan Insin di Ulu Sungai Sibuti tidak mahu ada undi hitam lagi dari rumah panjang mereka pada pilihan raya yang akan datang nanti.


Kaunselor Rapahal Engkamat dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan N.62 Lambir, kami tidak mahu ada undi hitam lagi dan kami akan memberi undi sepenuhnya 100 peratus kepada Barisan Nasional (BN).


Demikian janji-janji dari rumah-rumah panjang berkenaan kepada Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang sempena Majlis Penyampaian Baju PBB kepada 41 ahlinya di Rumah Lagan malam tadi.


Katanya, pada masa lampau tahun 70-an kami di kawasan ulu lagi pendalaman bahawa undi dari sini kurang memuaskan kerana tidak mungkin kerajaan BN dapat memberi pembangunan di sini kerana jauh.


Tetapi sekarang, sejak P.218 Sibuti yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN-PBB) Tuan Haji Ahmad Lai Bujang telah menunjukkan sangat kreatif membawa pembangunan kemudahan asas sudah pun sampai cuma menanti masa saja untuk projek bekalan elektrik siap.


Kami amat berterima kasih kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang telah banyak memberi peruntukkan kepada kami, kami di rumah panjang sini amat gembira setelah mendapat peruntukkan sejumlah 1.2 juta untuk bekalan elektrik dan memang tidak diduga, jelasnya.


Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai JASA (Miri) Lukanisman Awang Sauni, Kaunselor Anuar Ahmad, Kaunselor Ali Yusof Su’al dan Pergerakkan Wanita Lambir serta tuai-tuai rumah berdekatan.

BARISAN INDUK...Ahmad Lai Bujang (duduk tengah) merakamkan kenangan selepas sahaja selesai sesi pemilihan jawatankuasa pada 16 Ogos Lepas.


Ahmad Lai Ketua PBB Bekenu

Samli Tinggal Ketua Pemuda

Sesi 2009/2012


UTUSAN SUBIS (19 Ogos 2009) - Pernantian dan akhirnya terjawab sudah apabila Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang dengan sukacintanya menerima jemputan daripada ranting-ranting Parti Pesaka Bumiputera kawasan Bekenu untuk menerajui PBB Cawangan N.61 Bekenu bagi sesi 2009/2012 baru-baru ini.



Ketua PBB Cawangan N.61 Bekenu, Tuan Haji Ahmad berkata bahawa sebenarnya sudah lama berfikir panjang mengenai jemputan untuk menjadi Ketua PBB Bekenu, beliau sendiri lebih tenang untuk menjadi wakil rakyat bagi Parlimen P.218 Sibuti tetapi kerana mengenang pelawaan yang banyak kali daripada ranting-ranting dan rakyat membuat beliau terasa terharu telah berubah fikiran.



Pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu Sesi 2009/2012 bahawa Jawatan Ketua PBB N.61 Bekenu ini adalah khas dan jemputan kepada Tuan Haji Ahmad Lai Bujang tiada dipertandingkan kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi untuk membawa pembaharuan di kawasan P.218 Sibuti.



Selepas selesai pemilihan jawatankuasa bagi Bahagian Induk PBB Cawangan N.61 Bekenu ini, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, timbalannya Kaunselor Jamali Basri, Ketua Wanita Hajah Halimah, Ketua Pergerakkan Pemuda Samli Tinggal bersama Ahli Jawatankuasa telah mesyuarat ringkas dan menyampaikan unsul pertama bahawa PBB N.61 Bekenu menyuarakan untuk mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden PBB Sarawak tidak dipertandingkan pada Majlis Masyarakt Ahli Tertinggi Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak pada masa akan datang kelak.



Pada sesi pemilihan jawatan Bahagian Induk PBB Bekenu, bagi jawatan timbalan bahawa Kaunselor Jamali Basri telah berjaya menang besar dengan mengalahkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Ripin Lamat.



Jawatan Naib Presiden pula telah dimenangi oleh Tr. Linan Jalak yang mengalahkan Tr. Selan Endau, ahli-ahli jawatankuasa kecil ialah Ramlee Nawawi, Awang Rosely Awang Chee, Mansor Mahdar, Matali Samti dan Haji Junaidi Lazem.


BARISAN PEMUDA... Samli Tinggal (duduk 2 kanan) merakamkan kenangan bersama jawatankuasanya yang baru.


Mana kala Jawatankuasa Pergerakkan Pemuda yang mengadakan pemilihan pada 15 Ogos lepas mendapat pertukaran iaitu Samli Tinggal menjadi Ketua Pemuda apabila beliau berjaya menewaskan mantas ketua pemuda iaitu Yussof Bujang melalui undian oleh Ketua Penyelaras kerana mereka mendapat undi seri 23-23.



Timbalan pemuda pula kini disandang oleh Firduas Morshidi yang menewaskan Epat Bakar juga melalui undian oleh Ketua Penyelaras kerana mereka mendapat undi seri 23-23. Setiausaha pemuda kini ialah Epat Bakar dan timbalannya Sarbini Salleh.



Ahli-ahli jawatankuasa kecil ialah Tr. Melina Lasa, Soenadi Sedua, Babu Lasan, Anuar Bujang, Abdul Karim Joni dan Tuah Gabak.