Sabtu, 10 April 2010


Konsep 'Mata-Telinga' rakyat


KURANG PENGGERTIAN MAUT… Empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Miri yang pergi sesi gentian kelas sempena Hari Gawai pada 10 April (pagi tadi) langsung tidak menyedari undangan maut yang sedang menunggu kesilapan mereka telah mempertunjukkan lagak berani berlumba di tengah jalan raya ke Simpang Bekenu tanpa menggunakan helmet.


Ketika kenderaaan penulis berada di belakang mereka, pelbagai karenah berbahaya ditunjukkan yang tidak sempat dirakamkan. Jika perkara tidak diingini berlaku seperti kecelakaan jalan raya, adakah jalan raya yang salah atau ibu bapa yang dipersalahkan atau pun pihak polis harus dipersalahkan tidak membuat sekatan? Renungkalah bersama demi masa depan remaja kita terjamin.

KENANGAN… Aidan Wing (dua kiri) menerima cenderahati daripada Sutinah Ibrahim (KEMAS) sambil diperhatikan oleh Tr. Sating (tiga kiri).


PMR WADAH TERBAIK MASYARAKAT


SIBUTI (Bukit Peninjau), Sabtu – Keaktifan insiatif Program Mesra Rakyat (PMR) yang dilaksanakan oleh Jabatan KEMAS Daerah Miri sebagai wadah terbaik untuk mendekatkan masyarakat dengan pemimpin.


Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir, Aidan Wing pada Majlis Perasmian PMR anjuran KEMAS (Unit Pembangunan Desa) dan Jawatankuasa Keselamat Kampung Rumah Panjang Sating pada pagi tadi.


Katanya, inisiatif KEMAS ini amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak rakyat khususnya di luar bandar agar terus membangun kearah individu yang berilmu, berkhemah, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni di globalisasi kerun ke-21 ini.


Kurun ke-21 ini adalah merupakan zaman yang lebih mencabar kehidupan kita, anak-anak dan keluarga secara keseluruhannya. Oleh itu, tanpa ilmu yang mantap dan tanpa kemahiran menyeluruh dalam pelbagai perkara akan menjejaskan serta mempengaruhi kitaran kehidupan yang ingin maju dan cemerlang, tambahnya.


“Saya sebagai wakil rakyat di sini akan berkerjasama dengan Jabatan KEMAS bagi membantu dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang ada dengan baik agar setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan seberapa segera”.


“Demi membawa perubahan kepada masyarakat luar bandar ketika kesibukan kita menjalankan tugas adalah bahawa pemimpin kita memang tidak pernah mengabaikan masyarakat di akar umbi”, jelasnya.


Katanya, suasana harmoni begitu jelas dengan pemuafakatan yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat dengan aktiviti sukaneka yang dipertandingnkan dengan impak bukan sahaja kepada fizikal malahan jua kepada kecerdasan mental.


Ini adalah kerana kecerdasan minda yang lahir daripada kecergasan fizikal ataupun disebut tubuh badan yang sihat. Justeru itu, amat sesuai dan bertempatan dengan kepada setiap lapisan masyarakat kita, tambahnya.


Turut hadir ialah Pegawai KEMAS Daerah Miri Sutinah Ibrahim, Kaunselor Zainani Salleh, Ketua Pemuda Ranting Lambir Ajis, Tuai-tuai rumah panjang DUN Lambir dan masyarakat setempat.

WASPADA SINDIKET GORES DAN MENANG


UTUSAN SIBUTI – Masyarakat luar bandar, kampung dan rumah panjang di Kawasan Parlimen Sibuti dinasihati bertindak bijak jangan mudah terpedaya tipuan oleh juru jual semata-mata mahukan keuntungan.


Pegawai Peribadai kepada Ahli Parlimen Sibuti, Mansor Mahdar ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti hari ini berkata, juru jual atau pengusaha runcit dari luar mereka cerdik dengan cara penipuan jualan langsung gores dan menang.

TERIMA KASIH…Mansor yang menunjukkan Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim untuk penggal kedua 2010.


“Jika mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat kes penipuan sebegini adalah diseru agar segera laporkan kepada KPDNKK atau saya sendiri, jika dibabit kesalahan peniaga atau syarikat akan boleh dikenakan hukuman berat”.


“Usaha itu bukan sahaja dapat melindungi pengguna tetapi juga memastikan orang ramai lebih berhati-hati ketika berdepan dengan juru jual”, jelasnya.


Mansor yang juga merupakan Pembantu Penguat Kuasa KPDNKK Sibuti berkata, Pindaan Akta Jualan Langsung 1967 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mampu melindungi pengguna terutama kepada masyarakat luar bandar.


Sementara itu., bagi membasmikan penipuan ini adalah diharapkan semua Pembantu Penguatkuasa yang dilantik oleh KPDNKK di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang harus berkerjasama membuat pemantauan sekiranya terdapat pergerakan aktiviti jualan langsung di kawasan mereka.


Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim di atas penyampai Sijil Penghargaan kepada beliau untuk penggal kedua pada tahun ini sebagai mata dan telinga kepada Ahli Parlimen Sibuti dan Polis.


Dalam pantauan kerjanya, perkara yang harus diambil berat ialah mengenai jualan rokok murah di sekitar pekab Bekenu, Batu Niah, Niah dan Lambir kian membimbangkan. Ini kerana budak bawah umur 18 tahun masih untuk mendapatkan bekalan rokok.


Rokok murah ini harus di kawal supaya budak-budak tidak mudah memperohinya secara senang sekali gus boleh mengurangkan tertagihnya kepada rokok yang membawa pelbagai penyakit, tambahnya.

PANTAU… Pihak berkuasa jalan raya dari Miri sedang memerhatikan keadaan jalan rosak yang perlu diperbaiki dengan keselamatan pengguna.

SELAMAT… Pemandu lori (kiri) ketika ditemui di KM4 dari pekan Bakong pagi tadi.


PIHAK BERKUASA 'TURUN PADANG'


UTUSAN SIBUTI – Keluhan masyarakat pendalaman daripada kawasan Parlimen Baram dan Sibuti mengenai kerosakan teruk Jalan Bakong kini dalam perhatian dan pemantauan kerja oleh pihak bertanggungjawab bagi menjamin keselamatan pengguna.


Jurutera sebuah syarikat tempatan ketika ditemui dalam kerja pemantauannya di km 4 dari pekan Bakong berkata, pemantauan ini dibuat atas makluman dan keluhan daripada orang ramai di kawasan Bakong sejak beberapa tahun lalu.


Pihak berkenaan kini dalam membuat pemantauan mengenai kerosakkan jalan dan cuba untuk mengenal pasti bahagian jalan yang perlu diperbaiki di sepanjang Jalan Bakong dari Simpang Bakong ke Pekan Bakong sejauh 20 KM.


Jalan ini adalah merupakan jalan utama penduduk kaum orang ulu dari kawasan seperti kawasan Long Lama, Long Miri, Tinjar (Lapok), Logan Bunut dan juga ke Pekan Marudi dengan menyeberangi Sungai Bakong yang kini dalam pembinaan jalan.


Tinjauan mendapati jalan yang sangat teruk dan berbahaya adalah depan Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong di mana terdapat ramai pelajar pergi ke sekolah menggunakan motosikal yang bertarungan dengan pelbagai jenis kenderaan berat di sini.


Keadaan paling bahaya ketika melalui jalan rosak ini ialah pada musim hujan hingga jalan becak dan licin hingga kadang-kadang kenderaan sukar kawal. Jika musim kemarau seperti sekarang jalan rosak lagi berdebu tebal juga turut membahayakan pengguna.


Dalam perjalanan ini, penulis turut terserempak dan sempat menemubual dengan pemandu sebuah lori 3 tan yang terbabas ke bahu jalan kerana bimbang keselamatannya terancam dalam kemalangan.


Pemandu lori 3 tan yang hanya dikenali Wee, 31 dari Miri berkata, kejadian ini berlaku kerana sebuah kenderaan berat telah memasuki lorong jalannya bagi mengelak jalan rosak berlubang telah memaksanya sepantas kilat jatuh ke bahu jalan.


Pemandu dan seorang pekerjanya dalam kekesalan itu bernasib baik sempat menggelakkan diri dari dirempuh kenderaan berat, mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan serius.