Sabtu, 27 Jun 2009

TANDA KENANGAN...Rosey Yunus (tengah) menerima cenderahati daripada Misiah Bujang (2 kanan) dan turut kelihatan ialah Penolong Pengarah Pencegah Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak, Yap Chung Hong (2 kiri).

Oleh : Adum Liu
27 Jun 2009

ROSEY: Sedarilah betapa bahaya dadah pemusnah masa depan

UTUSAN SUBIS (BEKENU, 27/06/09) – Ahli Dewan Undangan Negri (Adun) N. 61 Bekenu, Rosey Yunus berasa bangga dengan pelbagai aktiviti kesedaran memerangi dadah berbahaya yang dianjurkan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (ADDK – Daerah Miri) dan kerjasama Parlimen P.218 Sibuti di pekan Bekenu selama tiga hari.

Katanya, aktiviti seumpama ini adalah sebagai satu usaha pihak ADDK bersama masyarakat di Bekenu ini terutamanya kepada anak-anak muda supaya tahu betapa bahayanya dadah yang disusun nombor satu sebagai pemusnah dan pembunuh masa depan.

“Memang tetaplah dengan corgan kata “Dadah Pemusnah, Musnahkan Dadah” pada sambutan Hari AntiDadah Antarabangsa tahun ini, kita kena musnah dadah dan jauhi dadah kerana ia pemusnah masa depan anak-anak kita.

Terima kasih ADDK Daerah Miri kerana memilih Bekenu sebagai tapak sambutan dan sekali gus ia mampu memberi kesedaran bahayanya dadah serta menjalankan pelbagai aktiviti sosial kepada masyarakat luar bandar”, katanya di majlis perasmian petang semalam.

TUNJUK BAKAT...Antara peserta yang turut menyertai Pertandingan Karaoke anjuran AADK Miri dan Ahli Parlimen P.218 Sibuti yang berlangsung di Deawan Masyarakat Bekenu.

MERIAHKAN...Adun Bekenu, Rosey Yunus (baju perang/tengah) turut menghiburkan dan memeriahkan lagi suasana di pertandingan karaoke.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah yang bermula sejak petang 25 hingga 28 Jun ialah Solat Maghrid Berjemaah di Masjid Al-Muttaqin Bekenu, jejak (kumpulan 1), AADK Miri bersama dengan pemimpin masyarakat kpg Bekenu, Gis – sekitar kampung, pameran antidadah, pertandingan kolaj, pertandingan karaoke, senamrobik & poco-poco, pertandingan futsal, pertandingan bertandak, forum antidadah dan demonstrasi anjing pengesan dadah oleh kerajaan Kastam Diraja.

Majlis penutupan sambutan ini akan dilaksanakan oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmah Lai Bujang pada 28 Jun ini di Dewan Masyarakat Bekenu dan hadir bersama majlis ini ialah Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak, Tuan Jasni bin Haji Jubli.