Khamis, 7 Mei 2009

Dua pemuda mencurigakan yang berjaya ditangkap penduduk Rh. Chabu di Liam.

DITAHAN...Polis Bakong mengari 2 pemuda dan dibawa ke Balai Polis Miri untuk disiasat.

BARANGAN MENCURIGA...Penduduk memeriksa bag kecil milik 2 pemuda berkenaan.

Oleh : Adum Liu
7 Mei 2009

Penduduk tangkap 2 pemuda mencurigakan

UTUSAN SUBIS (MIRI/BARAM – 7/5/2009) – Dua pemuda tidak dikenali yang mencurigakan berlegar sejak awal malam tadi di sekitar kawasan Rh Chabu Makom berjaya ditangkap oleh penduduk Rh Chabu Makom pada pagi tadi.

Menurut penduduk di sini, perbuatan kedua pemuda berusia antara 20-an dan 30-an itu yang enggan pergi dari kawasan rumah panjang telah membuat mereka kurang senang lalu membuat pemeriksaan barangan di dalam bag kecil.

Dalam pemeriksaan itu, mereka telah mendapati pelbagai jenis anak kunci serta cermin motosikal dan dengan miliki barangan tersebut membuat penduduk berkenaan terus melaporkan perkara ini kepada pihak polis Bakong.

Kedua-dua pemuda yang seorang berpakaian kotor dan salah seorang tidak berbaju serta kotoran tanah melekat di badan telah dibawa ke balai polis Miri untuk siasatan lanjut.

BERITA BERGAMBAR
TERIMA KASIH... Tr. Boniface Bada (6 kanan) dan Tr. Chabu Makom (4 Kiri) serta Yeong Kui Po (2 kanan) merakamkan kenangan "Ribuan Terima Kasih Atas Bantuan" pada majlis penyerahan bantuan pada pagi tadi.

Oleh : Adum Liu
7 Mei 2009

PPK Subis hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

RINGAN SAMA DIJINJING BERAT SAMA DIPIKUL…Pertubuhan Peladang Kawasan Subis, Miri yang mempunyai perasaan bersimpati hari ini telah menyampaikan bantuan berupakan makanan kepada mangsa kebakaran di Rh Chabu Makom, Lepong Ajai Bakong, Sungai Liam (Daerah Baram) yang berlaku pada 29 April lepas. Penyampaian penyerahan bantuan itu telah dilaksanakan oleh Pengerusi Ahli Jemaah PPK Subis, Tr. Boniface Bada ak Enjah kepada Tr. Chabu Makom.

Sumbangan ini adalah salah satu daripada aktiviti sosial PPK Subis, antara bekalan makanan yang di sampaikan ialah beras, minyak masak, roti-roti, garam dan gula. Turut hadir pada majlis penyampaian ini ialah Pengurus Besar PPK Subis, Yeong Kui Po, JKKK Rh. Chabu, Anthony Lani. - Utusan Subis. 7/5/2009. Foto - Adum Liu