Jumaat, 29 April 2011

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA… Rosey Yunus (dari kanan) , Paulus Ngumbang, Sylvester Entri dan Datuk Peter Nansian ketika ditemui di Kampung Teh, Dalat petang ini.


TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI BN


UTUSAN SIBUTI - Sokongan dan jasa masyarakat pengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 lepas diucapkan jutaan terima kasih dan teruskan bersatu bersama BN lebih aktif untuk banyak pembangunan rakyat sendiri.


Demikian kata keempat-empat calon Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) iaitu ADUN Marudi Sylvester Enteri, ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Ngumbang ketika ditemui hadir pada Majlis Malam Kesyukuran Kemenangan BN Sarawak di sini hari ini.


“Kami sangat berterima kasih kepada pengundi yang turun ramai-ramai di hari pengundian pada 16 April lepas hingga memberi kemenangan besar di kawasan kami masing-masing.


“Juga terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kepercayaan kepada kami untuk terus mencurahkan bati dalam membela nasib rakyat Sarawak”, jelas mereka berempat.


ADUN Marudi, Sylvester Enteri berkata, sokongan dan jasa rakyat pasti akan kami kenangkan dan akan mendapat balasan dari segi perkhidmatan kerja terbaik yang lebih aktif dan memuaskan lagi, ini untuk tidak mengsiakan sokongan rakyat terhadap BN.


Pilihan dan sokongan rakyat kepada BN terutamanya sangat bertepatan kerana kawasan luar bandar kawasan Marudi masih memerlukan pelbagai pembangunan dan kemajuan untuk generasi akan datang.


Sokongan kepada pembangkang sudah tentu pembangunan dan kemajuan kawasan Marudi tidak akan berjaya menerima apa-apa pembangunan malah ia akan memberi kerugian besar dalam masa lima tahun, jeklasnya.


ADUN Bekenu, Rosey Yunus berkata, terutamanya diucapkan ribuan terima kasih ke atas sokongan kepada BN pada pilihan raya lepas dan akan menerima balasan melalui perkhidmatan kerja pemantauan kawasan kelak.


Sokongan perpaduan rakyat ini telah menunjukkan rakyat luar bandar seperti rumah-rumah panjang dan kampung masih memerlukan pelbagai kemudahan asas.


Sokongan rakyat hingga memberi kenaikkan majoriti undi lepas juga sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan yang telah berjaya menyalurkan kemudahan ke kawasan terbabit menerima bekalan elektrik, air bersih, naik taraf jalan kampung, kemudahan persekolahan anak-anak luar bandar dan sebagainya.


ADUN Tasik Biru, Datuk Peter Nansian dan ADUN Batu Danau juga sama-sama akan memberi perkhidmatan kerja lebih terbaik dan menjamin kemakmuran perpaduan rakyat.


“Apa yang pasti kami sebagai wakil rakyat kawasan masing-masing akan terus berusaha membawa rakyat lebih berjaya dalam perningkatan usaha dan kehendak rakyat mengikut konsep gagasan 1Malaysia ilham Perdana Menteri”, jelasnya.

GIGIH USAHA… Ahmad Lai Bujang menyerahkan bendera peransang semangat kepada pihak sekolah sebagai memberi peransangan untuk mencapai kejayaan masa depan pelajarnya.

AHMAD LAI - PERGANBUNGAN DAP SNAP

TIDAK GUGUT BARISAN NASIONAL


UTUSAN SIBUTI - Tidak ada sebarang kesan penggabungan antara Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan ia tidak akan menggugat kekuatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).


Kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemui di Majlis Ringkas Peransang Semangat Pelajar SMK Subis Batu Niah petang kemalrin untuk memberi pandangan dan perkara yang akan berlaku terhadap cadangan pergabungan DAP dan SNAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Parlimen nanti.


BN tidak melihat sebarang kesan jika penggabungan itu benar-benar berlaku kerana rakyat tahu hanya satu kerajaan sahaja yang mampu mentadbir mereka dengan baik iaitu kerajaan Barisan Nasional.


“Pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10 baru-baru ini, parti pembangkang iaitu SNAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meletakkan calon masing-masing bagi kerusi Lambir dan Bekenu, yang merupakan konstituensi di bawah Parlimen Sibuti.


“Calon BN telah tewaskan kedua-dua calon dari parti terbabit dan kita menang dengan majoriti besar. Ia cukup membuktikan rakyat di sini sudah menolak mereka secara terang-terangan”, jelasnya.


Katanya, BN tidak takut dengan cadangan penggabungan tersebut kerana rakyat sendiri mampu menilai kemampuan dan sumbangan kerajaan BN kepada mereka selama ini.


Sehubungan itu, beliau turut yakin bahawa majoriti penduduk luar bandar masih setia dan menyokong kerajaan BN berdasarkan ke atas kemenangan calon BN mempertahankan kerusi Lambir yang meletakkan calon baru Ripin Lamat dan Bekenu Rosey Yunus.


Walaubagai mana pun, jentera BN tidak boleh berasa selesa kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan termasuk me-mastikan setiap kemahuan dan keperluan rakyat dipenuhi.


DAP dalam pilihan raya lalu sudah banyak menaburkan janji manis kepada rakyat serta memburukkan kerajaan, namun mereka tidak sedar bahawa ramai pengundi yang mengundi mereka kini menyesal,” jelasnya lagi.