Khamis, 30 April 2009

KENANGAN...SAO Sibuti Awang Jaapari menyampaikan cenderahati kepada Rosey Yunus sambil diperhatian oleh Bolhan Budeng (kiri) dan Dr Sajem Jinin (kanan).

Oleh : Adum Liu
29 April 2009

Seminar keusahawanan bantu tingkat pendapatan

UTUSAN SUBIS (BEKENU - 29/4/2009)-Seminar Keusahawanan Dalam Sektor Strategik secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan dan memberi pendedahan tentang peluang-peluang keusahawanan dalam strategik yang boleh diceburi oleh masyarakat dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan masyarakat di kawasan Sibuti khususnya dalam aktiviti keusahawan.

Demikian kata Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) dan Menteri Muda Perancangan dan Pembangunan Sumber Sarawak, Haji Mohammad Naroden Haji Majais yang disampaikan oleh ADUN Bekenu, Rosey Yunus di Majlis Penutupan Rasmi Seminar Keusahawanan Dalam Sektor Straregik di Dewan SJK Chung Hua Sibuti pagi tadi.

Katanya, penganjuran seminar peluang perniagaan dan keusahawanan khususnya di bidang pertanian sememangnya tepat pada masanya, memandang sektor ini masih kurang sambutannya dan hanya dijadikan sebagai punca sara diri dikalangan masyarakat kita.

“Aspek Pertama perlu diketengahkan ialan bidang pertanian sendiri, dalam bidang ini adalah pengusaha sendiri perlu mengetahui mengenai cabang atau jenis pertanian yang boleh dimajukan dan mempunyai nilai komersil yang tinggi serta menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan hasil pengeluarannya.

Aspek Kedua, pendedahan terhadap hasil dari industri asas pertanian dapat melihat seseorang itu sebagai usahawan berjaya. Seseorang itu perlu kreatif agar dapat menambah nilai hasil pertanian sebagai produk makanan, kesihatan dan kecantikan untuk tujuan jualan hingga boleh mendapat pendapatan yang lumayan”, jelasnya.

Katanya, jika kita mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ini, maka kita akan dapat merealisasikan agenda kerajaan iaitu “Pertanian Adalah Perniagaan” agenda ini telah terbukri berjaya meningkat taraf hidup dan memberi pulangan hasil yang tinggi kepada kerajaan seperti yang dijalankan di negara Thailand, Indonesia, China, Belanda, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Seminar anjuran Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (JKM, Sarawak) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera Bahagian Miri (MPUB), Pejabat Daerah Kecil Sibuti dan SJK Chung Hua Sibuti ini telah dihadiri seramai 100 masyarakat di sini.

Antara enam cemarah yang diketengahkan ialah Ceramah Peluang-peluang Perniagaan Dalam Bidang Berpotensi, Industri Asas Tani, Potensi Perniagaan Berasaskan Sektor Ruminan, Potensi Perniagaan Berasaskan Sektor Pertanian, Potensi Perniagaan Berasaskan Homestay dan Peranan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).