Ahad, 29 November 2009

SERUMPUN…Rosey Yunus (tiga kanan) dan Aeries Sumping Jinggan (dua kanan) ketika di Majlis Makan Malam St. Boniface Parish di Rh Baie Mamut pada malam tadi.

Rosey : Contohi majlis makan malam di Rh Baie

UTUSAN SUBIS (29/11/2009) – Sifat kental yang sentiasa ada di dalam diri penganut agama Kristian masyrakat Iban di Rh. Baie Mamut Sungai Sibuti harus dicontohi kerana berjaya membawa mereka untuk julung kali mengadakan majlis makan malam setaraf di hotel tempatan.

Ini adalah satu sifat yang patut dicontohi rumah-rumah panjang dan masyarakat lain di Sarawak yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN N.61) Bekenu Rosey Yunus ketika berucap pada Majlis Perasmian Makan Malam anjuran St. Boniface Parish di sini, kita yang pelbagai kaum dan agama tidak harus berpilih-pilih lagi kerana kita merupakan 1 Malaysia bahawa tiada yang tercicir daripada arus pembangunan dan kemajuan.

“Kita tidak seharusnya bersama janggal dengan pengganutan agama masing-masing kerana ianya adalah bebas dan tidak agama yang membawa kejahatan kepada kita malah kan memberi banyak kebaikkan kepada kita.

“Apa yang penting ialah kita harus saling menghormati sesama kita yang berbeza bangsa dan agama, dengan ini kita akan mampu untuk lebih maju dan membangun. Kita juga sentiasa kena bersikap kerjasama dengan pelbagai kaum terutamanya bersatu dengan Barisan Nasional yang membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar”, jelasnya.

Pada majlis ini, Rosey Yunus turut mengumumkan peruntukkan MRP RM2000 kepada Gereja St. Boniface Parish Mamut, Sibuti. Turut hadir bersama ialah Pengerusi Parti Progressif Demokratik Sarawak (SPDP-Bekenu) Sebastian Janting, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Tr. Baie, The. Rigst Rev. Asst. Bishop of Kuching Aeries Sumping Jinggan dan Rev. Fr. Jecksion Tay.
IBADAH KORBAN…Jamali Basri (tengah) bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Mutabbquin Bekenu pada majlis penyembelihan salah seekor daripada empat lembu untuk dikorbankan pada Hari Raya Haji Semalam.

Masjid Bekenu korban empat ekor lembu

UTUSAN SUBIS (29/11/2009)– Jawatankuasa Masjid Al-Mutabbquin Bekenu menerima empat ekor lembu sumbangan daripada ADUN N.61 Bekenu dan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu sempena Hari Raya Korban semalam.

Pengerusi pengelola majlis penyembelihan Kaunselor Jamali Basri ketika ditemui berkata, sumbangan empat ekor lembu ini masing-masing daripada ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus dan Yusuf Sani adalah untuk diagihkan kepada lebih 200 fakir miskin kawasan Bekenu.

Jamali, upacara penyembelihan dan melapah daging korban adalah dilaksanakan secara gotong-royong oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid ini yang terdiri daripada ketua-ketua kampung dan kakitangan kerajaan serta penduduk setempat.

“Kita semua di sini mengucapkan terima kasih di atas sumbangan empat ekor lembu daripada ADUN N.61 Bekenu dan Yusuf Sani yang bermurah hati terhadap pemberian sumbangan berkenaan.

Aktiviti ini harus dilaksanakan oleh umat Islam sebagai memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya“, jelasnya.

Kita juga pada setiap tahun akan mengadakan majlis seumpama ini yang tidak mahu ketinggalan seperti yang dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh dunia kerana ianya sangat wajib, tambahnya.

KENANGAN…Rosey Yunus menerima cenderahati daripada Daneil Bating pada majlis perasmian Program Rakan Muda di Rh Selan Batu Niah Baru-baru ini, turut kelihatan ialah SAO Niah Serbilah Haji Dahlan (kiri).


Program Rakan Muda dapat sambutan di rumah panjang


UTUSAN SUBIS (29/11/2009) – Program Rakan Muda Wawasan Desa (Etnik) 2009 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri di Rh Selan Rancangan Sepupuk Niah mendapat sambutan para belia rumah-rumah panjang kawasan Batu Niah dan Niah/Suai.


ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus berucap pada majlis perasmian berkata bahawa program seumpama ini harus diteruskan ke setiap kawasan rumah panjang dan kampung-kampung demi memberi pelbagai kesedaran yang berfaedah dan bermanfaat kepada belia pada masa akan datang.


Katanya, program ini juga mampu mengurangkan para belia kita terlibat dalam gejala lepak yang merosak masa depan, oleh itu belia kita harus pandai berfikir berusaha untuk maju bersaing merebut peluang kerja yang ada pada setiap masa.


“Masyarakat di sini harus mempunyai sifat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana telah banyak memperuntukan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.


“Kepada mana-mana rumah panjang dan kampung yang masih belum mempunyai kemudahan tertentu bahawa bersabarlah kerana peruntukan kemudahan sudah disalurkan hanya menunggu masa kerja sahaja“, jelasnya.


Program kemudahan asas ini bahawa kerajaan kita telah merancangkan siap sepenuhnya selewat-lewatnya hujung tahun 2012 kelak.


Turut hadir majlis ini ialah Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri Daneil Bating, Pegawai Dearah Kecil Niah, Serbilah Haji Dahlan; Penghulu Bau dan tuai-tuai rumah kawasan Batu Niah dan Niah/Suai.